~abaya oh abaya~

sebenarnya diri ini sgt2 lah banyak keje..dgn asemennyee..dgn study xmnyee..dan mcm2 lagi..cadangnya nk stay up untuk study,tapi sy telah terpengaruh dgn beberapa website yg menayangkan abaya2 moden yg cantik,simple and elegance..muahaha..sy dpt link2 nih dr status kak nana lah nih..waaaa xleh tdo la..coz cantik sgt..haha de ke patut....xpatut xpatut..

tapi alangkah sygnya kebanyakkan abaya yg cantik2 tuh perlu diimport dr egypt,mak aii jauhnya

~why should i vote earth?~

This year, Earth Hour has been transformed into the world’s first global election, between Earth and global warming. For the first time in history, people of all ages, nationalities, race and background have the opportunity to use their light switch as their vote – Switching off your lights is a vote for Earth, or leaving them on is a vote for global warming. WWF are urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009. This meeting will determine official government policies to take action against global warming, which will replace the Kyoto Protocol. It is the chance for the people of the world to make their voice heard.

Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour. In 2008 the message had grown into a global sustainability movement, with 50 million people switching off their lights. Global landmarks such as the Golden Gate Bridge in San Francisco, Rome’s Colosseum, the Sydney Opera House and the Coca Cola billboard in Times Square all stood in darkness.

In 2009, Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote. Unlike any election in history, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re from. VOTE EARTH is a global call to action for every individual, every business, and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet. Over 74 countries and territories have pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday.

We all have a vote, and every single vote counts. Together we can take control of the future of our planet, for future generations.

VOTE EARTH by simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour.

Saturday, March 28, 8:30-9:30pm.earth hour

  • Delicious button
  • Stumbleupon
  • Spread the word on Twitter!

~ALLAH always help us~

Karamah Mujahideen di Perang Gaza

hamas-army1

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

  1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
  2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
  3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
  4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
  5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian puti dan melemparkan pasir ke matanya.
  6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
  7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
  8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. “ (Fussilat:52).

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

~tahajud cinta di IB~



"Beribu tahun telah berlalu,beribu batu telah tertimbus.Kami yang tidak pernah melihat wajahmu,yang tidak pernah mendengar suaramu.Menemukan jalan hidup,yaALLAH sampaikan selawatku dan salam kami kepada Rasulullah tercinta..YA ARHAMAR RAHIMIN"


seawal pagi sabtu ( 20/3/3009) dalam kol 9 semua org dh bz2 bersiap2..bukan

semua pon mama n wan kak afni je bangun awal..hehe diorg kene packing brg2 coz
nak g kl central nk balik kelantan..ktorg je liat nak bangun..ish..ish..bila dh de nasi lemak depan mata baru bangun muahaha..lapa ah dr smlm xmkn..so bila dh siap2 dh makan sume..baru ah kuar umah agak2 kol 12 gitu kuar umah..banyak betol brg2 parents kak apeni nih..almaklumla cuti sekolah g shopping la kan..then pas hantar parents kak afni n barangan ke kl central n ktm ktorg pon menuju ke istana budaya (IB)..tuh dah nk ptg lam kol 3 lebey camtuh nk solat lagi nk mkn lagi..so terus ah menuju ke IB takut sesat la..



sebenarnya dh lama dh plan semua nih..huhu so 20/3 tuh ah yg paling sesuai coz ktorg cuti that tym...nk posting pasal nih pon nk kene hamik masa..hehe semalam dgn selamatnya saya kene tazkirah di waktu mlm kerna tdk memahami konsep AULAWIYAT..hamik ko kan dh kene..minta maaf banyak2 kpd yg berkenaan..n tq coz ingatkan saya pasal nih..insyaALLAH sy ingat..dan sentiasa lah ingatkan sy hek..itu baru namanya kawan..berbalik kpd tajuk diatas..hehe

pusing punya pusing..baru lah nampak IB tuh..besarnya cantiknya..klu dulu sy xminat theater n sy selalu cakap teater nih untuk org2 yg buhsan hehe..ye ah dh ah mahal pastu cam buhsan je coz semua cite2 klasik..skrg barulah saya tau teater nih bukan shj cite klasik..cite baru2 pon ade n lately nih de gak teater berunsurkan islami..so amat berbaloi gak la ktorg beli tiket dgn harga rm100..klu baca kat belakang tiket, diorg dh state kan rules nk masuk teater..antaranya pakaian mestilah sopan dan kemas...jeans yg koyak2 tuh ( ala jeans busuk yg selalu org skrg pakai ) xdibenarkan masuk..so ok la kan..klu wayang kan sampai skrg sy xbape nk ske..coz gelap sgt then org tgok wayang kat depan..de plak sesetgh org nih wat wayang sendiri kat belakang..sendiri mau paham okeh..so pasni klu de rezki sy nk tgok teater lain lak,teater yg boleh memberi peringatan kpd sy..nih mungkin medium dakwah yg sesuai untuk sy kot..ye ah lain org lain approach ( ciplak ayat blog kak nini),kdg2 klu dgr tazkirah sy selalu je ngantuk..ish2 dun try this okeh..

lepas hamik tiket dr hapiz ktorg pon amik seat masing2..eh xlupe gak kat hapiz kerna saya telah menyusahkan anda..sory ah hapiz ( ala ko dpt tiket vip..xaci tol.hehe)..tq2 so much..seb bek de die..klu x, xde ah tiket ktorg.pas duduk..ktorg disajikan muzik2 klasik..arghh giler xske muzik2 nih bg ah selawat ke hape ke..nih diorg dok seret2 biola la..main piano la..dh ah sume lagu2 yg leh wat org tido..hahaha..masuk2 dh mnguap..adoii...
pas semua org dh masuk tepat kol 8.30pm bermulalah siri pengembaraan upin dan ipin..eh2 silap pengembaraan kami ke alam sirah jungjungan,..1st2 tuh cam besa2 je..jeng2 tiba2 kuar lagu asma alhusna..mmg besh lagu nih tapi that tym xtau sape yg nyanyi tiba2 muncul la mawi..ktorg pon xbudget de mawi..xkisah ah dgr je ah..wahh dgn sound system yg mmg besh ditambah dgn alunan zikirullah..subhanallah menusuk jiwa..sehingga bole menitiskan air mata..ya ALLAH,ketika itu diri ini sgt2 menggigil2 entah ah..mungkin kerna diri ini sering melupakan-MU..ampunkan dosa ku ya Allah..

tiba2 dr sudut pandangan yg lain di pintu belakang seat kami muncullah barisan pelakon yg akan memulakan lakonan..semuanya berjubah putih sambil membawa lampu yg masing2 nya tertulis nama2 AGUNG ALLAH..ketika itu keadaan cahaya suram2 je..xgelap pon..dan mereka berjalan menuju ke stage..setelah itu bermula kisah agung Nabi Muhammad s.a.w..bermula dgn kisah penyembahan kaum Quraisy yg menyembah berhala yg diberi nama lata uzza...then tentera gajah abrahah datang mnyerang kota mekah..dan dgn bantuan ALLAH ..burung ababil turun untuk menyelamatkan kota mekah..tapi ketika itu kaum arab quraisy semakin teguh dgn lata uzza..mereka percaya lata uzzalah yg telah mnyelamatkan mereka..dalam tahun gajah juga lahirlah Nabi Muhammad s.a.w...dari situ lah bermula nya perkembangan islam..islam semakin dikenali walaupon mendapat tetangan hebat dari kaum Quraisy,Baginda dan para sahabat tidak pernah berputus asa demi mempertahankan akidah dan kebenaran yg diyakini..malah para sahabat sanggup bergadai nyawa untuk Baginda dan islam..subhanallah..

di teater tuh tiada siapa pon yg melakon watak Baginda,hanya suluhan cahaya dan dialog Nabi berdasarkan hadis2 baginda.imej Siti Khadijah dan para sahabat hanyalah sekadar bayangan dibelakang tirai..part yg paling romantis adalah part Siti Khadijah menyampaikan hasrat hatinya untuk meminang Rasul Allah...dan setelah itu Baginda telah menempuh saat kedukaan dimana isterinya yg tercinta telah pergi mengadap Ilahi..

para sahabat sgt setia dan menyanyangi Rasulullah..ini ditunjuk ketika salah seorang hamba bangun mengatakan bahawa cambuk Rasulullah terkena badannya..dan Rasulullah s.a.w bersabda:baiklah cambuklah aku ditempat yg sama..dan semua sahabat bangun dan mereka merelakan diri mereka di cambuk demi tidak mahu melihat Nabi Muhammad kesakitan..tapi sebenarnya hamba itu kepingan untuk memeluk tubuh Rasulullah untuk mendapat syafaat Baginda...ya ALLAH betapa mereka menyanyagi Baginda..dimana kah aku ketika Kekasih-MU dihina??..dan saat yg sgt2 menyedihkan iaitu sebelum Baginda menghembuskan nafasnya yg terakhir Baginda berpesan: kalian tidak pernah sesat untuk selamanya jika kalian berpegang teguh kpd AL-QURAN dan AS-SUNNAH...dan Baginda juga menyebut umatku..umatku..umatku..dan Baginda pergi meninggalkan kita selama-lamanya..
saat itu sgt2 menyedihkan terasa betapa rindunya kpd Baginda,tapi layakkah aku untuk bertemu wahai kekasih ALLAH??..dipenghujung persembahan mereka memperkenalkan barisan artis dan penerbit serta pengarah..erma fatima adalah pengarah dan penerbit..semoga perjuangan beliau ini diberkati..teruskan..

alaunan selawat dimulakan..semua berdiri untuk berselawat..dan akhirnya pulang dengan mata yg bengkak2..sebelum masuk dewan ingatkan pas habis teater nk bergambar dgn mawi..tapi xjadi coz mata dah bengkak sgt2 n masih sedih2..so gerak terus balik..balik plak sesat lak kan..hehe so berjalan2 jap..anak dara xleh balik lewat2..banyak gak pengajaran yg dapat..on the way nak balik tetiba teringat dialog dgn abah sebelum abah fly ke tanah suci:

abah: abah nk g sane,yong xnk pesan pe2

me: nak2 ofcourse ade..abah belikan kak yong jubah,bla bla..pastu abah belikan bla.bla..bla

abah: banyaknya..abah nk g beribadat bukan nk shopping..pesan la menda baik2..cuba pesan "abah tolong sampaikan salam kak yong kpd Rasulullah..

me: okeh ( dgn tanpa sebarang perasaan rindu pon )

skrg baru ku sedar ketelanjuran ku berbicara..keluar2 dr IB terus je kol abah..cakap dalam keadaan yg sgt2 mnyesal..abah pon tertanya tanya sakit ker budak nih..abah soh amik ubat coz abah ingat diri ini demam..pada hal baru pas kene panahan hati..huhu..panahan hati cinta yg tiada tandingan..waktu tuh abah dah nak naik flight..so sempat sampaikan salam kpd kekasih ALLAH..alhamdullilah...terima kasih abah coz ingatkan diri ini..
insyaALLAH pas nih kita leh kaji sama2 sejarah kehidupan Rasulullah..ayuh kawan2 bantulah sahabatmu yg kurang penegtahuan sirah..( ni lah akibatnya waktu kelas sirah tido je )...pic nya de kat kak afni..so xleh lah nk upload..nk tggu die send mmg berjanggut la kan..huhu..k la tata
mungkin boleh lihat disini previewnya

SYNOPSIS








© 2009 Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia | All rights reserved
www.onesixtwelve.com

Ketika Islam dicabar..Rasulullah s.a.w dihina..Bangkitlah wahai umat Muhammad demi mempertahankan akidah dan kebenaran yang di yakini..






~abah ke kota suci~

dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,terima kasih ya ALLAH kerna telah memberiku peluang untuk menambah baik segala amalan ku...

arini adalah ari yg sgt baik untuk mengepost segala kejadian sebelum dan semasa midterm break,kerna diri ini tidak memulangkan diri kepada keluarga di perak..oh daku bukan sengaja mahu berjauhan dgn keluarga,tetapi keluarga disana semuanya berhijrah buat sementara waktu,so xde mende nak balik..hehehe..balik pon dok sorg2 huhu..alhamdullilah pagi2 lagi abah kesayangan dan tok ( kedah )..selamat pergi ke mekah untuk menunaikan umrah..tapi diri ini tdk dapat menghantar beliau kerna beliau tidak mahu puterinya susah hati dan abah pon risau gak coz xde sape nk hantar g sana...waaaaaaa sedeynya..hanya panggilan telefon sahaja yg dapat menghantar abah..

mmg abah dah plan lama dh nk bawak tok..tapi beberapa minggu sebelum ke umrah..abah jatuh sakit hampir seminggu abah ditahan hospital..dan sampai sekarang dalam rawatan.mmg kak yong berat hati nk tgok abah pergi dalam keadaan abah camni..tapi kak yong tau abah pergi untuk beribadah dan mak pon cakap kat sana insyaALLAH abah sihat..tapi abah dah janji akan kol setiap waktu..pernah gak pujuk abah supaya abah bawak diri ini,tetapi xleh lak abah cakap nnti ganggu nk belajar dah la g bukan waktu cuti..belajar bg habes..dah habes g la wat haji terus huhu..( kene guna wit sendiri )... leh bawak abah sekali g sana..bole2 insyaALLAH..

sebelum pergi abah dah tanya nk ape2 tak?..hehehe sure ah dh de list dah..mcm2 pesan..adoii sampai abah ckp..nih bukan nk g shopping tau..nih nak beribadah..pesanla menda2 baik..huhu hamik ko kan dah kene..ala dah tanya ..jawab la..huhu..nak balik perak adik pon xde..nih la family xbapa nk luas..hehe..mak plak g outstation..alih2 dok melaka gak la..seb bek de kak wani,yanti fie..mak pesan study la cuti nih xyah la nk merayap2 result dah la xmemuaskan..so fokus la study masa cuti nih..xyah sibuk2 nak balik..

waaa daku di anak tiri kan...org lain emak soh balik..mak plak soh kak yong dok sini..haaa nih la akibatnya xstudy betol2 kan dah kene stay kat sini..org cuti besh2 je..tapi xpe lah banyak mende leh wat kan..assignment pon berlambak2..tapi xtau bila nk stat..sabarlah wahai hati..

tapi diri ini mempunyai banyak alternative lain untuk mengisi masa lapang..tapi itu next post la kot..cam xkene tajuk lak..muahaha..salam sayang untuk abah dan tok..kak yong sentiasa doakan abah dan tok selamat beribadat..p/s : hope abah xlupa yg kak yong pesan..hahaha..antara kita berdua aja..muahaha

~malam penghayatan bumi palestin~

dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih....

sudah 2 minggu MPBP berlalu,kali ini baru lah ada sedikit ruang untuk mengomen2,waduh2 nak kata bz xde ah bz,hamik masa gak la nk update pasal ni,tetiba je smlm terkenangkan MPBP,mulut sentiasa je bercerita pasal MPBP terutama skali cerita kat kak afni,mula2 die dh plan nk turun melaka untuk MPBP,last2 cancel coz mama n wan die dtg dr kltn huhuhu,die soh kita lak belikan die semua brgn palestin kat aman palestin booth..belikan je la..n cerita ah kat die dari mula stat program MPBP sampai la ke mlm kemuncak,rase rugi klu tak mengabadikan MPBP dalam blog sendiri, ye ah nnti klu dah tua2 baca balik semua posting nih kan besh..semalaman gak la memikirkan...pikir pe hek smlm??

secara keseluruhan nya MPBP alhamdullilah berjaya dgn jaya nya,walaupun ada yg komen pasal pameran xde crowd dan sbgnya,tapi bg saya lah program ini sgt memberi kesan,yelah saya nih bukan lah banyak sgt pengetahuan psl palestin,since bila de pameran tuh alhamdullilah,bertambah jua smgt untuk berjuang,ramai jugak non muslim yg join..walaupon de jugak dikalangan org muslim yg xnk amik tahu or yg xtahu tapi buat2 tau..huhu malaih ah nk emo2 kat sini. at least la kan dapat gak bgtau org ape itu palestin..sebab de jugak yg xtau pe itu palestin..

pengerak2 program MPBP sgt2 memainkan peranan yg penting,dan mereka2 ini sgt2 komited dalam menjalankan program ini,mungkin kita tdk berpeluang or layak untuk menyertai perang di palestin,tapi saya yakin program ini serba sedikit dapat membantu.ya dan tentu skali bantuan yg terbesar adalah dari ALLAH.Pengerak2 ini telah membuktikan bahawa mereka dapat memberi impak maksima yg positif kepada org ramai walaupon mereka terdiri dr junior yg baru sahaja melangkah ke alam universiti, dr director sampaillah ke head2 division semuanya junior.WELL DONE U ALL!!!.nih bukanlah pujian yg boleh membuka pintu neraka,tapi ini adalah kata2 smgt yg ikhlas dr hati.( jgn de lak yg kembang kempis hehe )...diri ini hanya menolong serba sedikit shj ( jadi driver pon besh gak ),tapi mmg besh la kerja dgn adik2 nih..walaupun masih muda ( mcm la diri ini tua sgt..tua ke?? ) mereka matang dalam mengatur rancangan..kak wani selaku coordinator juga memainkan peranan penting untuk memastikan kelancaran program ini,wah2 beliau sgt2 la bz ketika itu,klu dah jalan tuh laju je,..hehehe kita pon paham2 je la..
mlm 12/3 de talk pasal palestin dr aman palestin n org palestin sendiri,"hujan"
gak saya malam tuh..sedey seyh..sedey sebab selalu je xingat kat saudara2 disana,cuba bayangkan klu abah mak n adik berada disana??..adakah saya seperti mereka yg berjuang dan bersmgt untuk membela kematian keluarga saya dan mnyelamatkan islam dannegara saya?? atau saya hanya menyorok dan lari mnyelamat kan diri sprt seorg yg sgt penakut?? atau saya sprt pengkhianat yg disogok bg mnyelamatkan diri dari dibunuh?? nazubillah...takutnya ya ALLAH,aku mahu mati sbg pejuang dalam agama-MU bukan mati sbg pengkhianat agama-MU...talk tuh juga bercerita mengenai sejarah palestin n israel..siap tunjuk video lagi..alhamdullilah lepas nih bolelah sampaikan cerita ini kpd generasi yg seterusnya insyaALLAH...

alhamdullilah dr 10/3 hingga 14/3 ptg selamat la pameran itu berlalu,kini tiba pula malam kemuncak...wah2 semua org bz bangat sehari sebelum malam MPBP,ye ah dah mlm kemuncak kat sini la penutup MPBP so kene ah yg the best,the best maksud disini adalah dapat mejadi malam tersebut betul2 penghayatan kpd bumi palestin dan juga memberi kesan yg positif kpd semua yg hadir...malam tulah semua menunjukkan bakat mewarna,part nih yg paling besh sebab ske main2 cat warna warni tuh..terima kasih juga dan tahniah kpd designer2 dewan dan banner,design2 mereka sgt smart dan stylo..xde ah nampak cam old fashion..hehe..
malam itu sepatutnya dirasmikan oleh yb dato mukhriz tapi last2 die hantar wakil huhu tuh perkara biasa ah..paham2 jela..walaupon kecewa skit..skit je..nih ah part best nk cite nih,tapi xtau nk cite dr mane sebab semua cam besh2 je,excited tol nk cerita,malam tuh kan de persembahan theater dari group UIA,internationl student n gimik dari wakil MPBP..lakonan dan gimik mereka sgt2 besh,A++ untuk u all..theater yg berunsurkan islami camni ah yg harus dipertingkatkan sebab saya mmg jatuh hati dgn teater,tapi xde bakat la...

malam tuh bukan sekadar teater je de gak nyanyian dr MUADZ,dan AFWAN,nyanyian mereka dapat kita hayati.tapi nk puji skit n komen pasal muadz.nyanyian beliau bukan sekadar menyanyi dan syok sendiri je mcm artis malaysia yg lain tapi beliau berjaya menyanyi sambil mengajak audience untuk mengahayati setiap bait lagu2 tersebut diselingkan lagi dgn slide show gambar pejuang2 palestin.dan cara penyampaian sgt2 bersmgt yg dapat mengegarkan main hall,dan akhir skali sbg penutup beliau juga mengajak audience untuk berdoa bg pejuang2 palestin.sepatutnya artis begini yg dapat menjadi role model kpd artis2 yg lain terutama skali untuk penasyid2 zaman skrg.bukan nasyid yg mendayu2 shj yg harus diperbanyakkan tapi nasyid yg dapat memberi smgt dan motavasi yang wajib diperbanyakkan.

"hujan"lagi saya malam tuh dek panahan lakonan and nyanyian untukmu palestin,waaaa rindunya MPBP.saya harap peringatan ini dapat kita kekal dalam dalam hati.flow of event bg saya smooth je walaupon sound system sgt2 menganggu,ingatkan de bom2 gimik ker..ghupe2nye mmg problem die..huhu..kesian kat budak2 n warga tua la..terkejut sesaje..practice dgr2 bom tuh,klu dgr sound system rosak dah takut2 n terkejut,apatah lagi klu bom betol2..GOOD JOB...ramai yg hadir memberikan komen positif,tapi komen yg negatif juga akan diambil kira,mungkin ini bukan puncak kejayaan dalam membantu saudara kita disana,tapi anggaplah ia sbg satu batu loncatan untuk kita semua berterusan untuk mnyelamatkan baitul maqdis n saudara2 kita..ayuh semua bangkitlah bersama saya,bantulah saya agar seiring dgn kalian,jgn biarkan saya berada dalam keselesaan...terima kasih kpd pihak penganjur semoga perjuangan kalian di bumi MMU sentiasa dalam lindungan ALLAH dan diberkati..

gambarnya mana ya??..pe lagi kita click2 kat blog org then kita save image tuh..hehehe so cam besa ah amik kat blog cik zinnie..rase2 nyee beliau pon amik blog org gak hehehe..xpon leh tgok kat sini ...tq2 semua























































































~mafela kasih~

MAFELA KASIH
www.iluvislam.com
layyinul qalbie
editor: azzahra_solehah




Usai solat Zuhur dan berdoa, dia terpaku seketika. Fikirannya masih menerawang ke arah kata-kata ibunya melalui telefon tadi. Sambil melipat telekung, perbualan dengan ibunya tadi seolah-olah diputarkan kembali.

“Maria, ibu tak tahu nak kata apa lagi. Umur Maria dah nak masuk 28.. takkan la nak tunggu umur sampai 30..ibu tak suka tengok anak ibu kawin lambat. Fikirlah sendiri, suami macam mana lagi yang Maria nak. Nabil tu bukannya ada rupa saja, pangkat tinggi..kaya pulak tu. Kakak dan abang kau pun setuju kalau kau terima aje lamaran dia. Fikirlah baik-baik,”.

“Entah la bu.. bagilah Maria masa dulu. Banyak perkara tengah Maria fikir sekarang.” Itulah jawapan yang sering dilontarkan tatkala ada orang yang merisik dirinya.

Bukan dia menolak untuk menegakkan sunnah Rasullullah s.a.w itu, tapi hanya dia sahaja yang memahami dirinya sendiri. Seperti pilihan-pilihan yang datang sebelum ini, pastinya dia akan merujuk dulu pada yang maha menentukan sesuatu keputusan, Allah s.w.t. Dengan istikharah beberapa kali, dia yakin petunjuk yang diberikan Allah kepadanya adalah tepat.

Tetapi pilihan kali ini, Nabil…hatinya seolah-olah menolak mentah-mentah. Bukan dia tidak kenal siapa Nabil itu. Nabil yang selalu mengacaunya, dan pernah ingin memegang tangannya semasa kali lepas sewaktu pulang ke kampung. Adakah suami seperti itu yang didambakannya? Bolehkah dia menjadi suami soleh yang boleh memandu rumahtangga Islami yang selalu diimpikannya? Kalaulah ibu faham, desis hatinya.

Kakinya segera melangkah menuju ke wad A4. Tanggungjawabnya tidak harus dilupakan sama sekali. Dia tahu, itulah amanah Allah padanya. Sesibuk atau seletih mana pun, sebagai seorang doktor, Maria tetap mengukir senyuman kepada pesakit-pesakitnya. Masa rehat sekalipun, dia akan melawat wad atau dihabiskan sedikit waktu untuk membaca Al-Quran .

Bagi Maria, mukjizat Al-Quran itu bukan saja boleh menenangkan jiwa sesiapa membaca atau mendengarnya, tetapi mampu menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh pesakit-pesakitnya dengan izin Allah. Melawat wad kanak-kanak, tidak pernah rasa bosan baginya.

Bagi Maria, melihat wajah-wajah comel mereka mampu memberi ketenangan dan menyejukkan jiwa. Suara tangis kanak-kanak memaksa hatinya untuk memujuk mereka. Melihat muka-muka mereka menderita, timbul rasa simpati dalam dirinya.

Selalu bermain di fikirannya, untuk memiliki anak-anak comel seperti mereka. Sudah lama dia menantikan untuk bergelar ibu tetapi belum tiba masanya dia menjadi seorang isteri kepada seseorang. Dia yakin sekali Allah pasti akan mengurniakan suami soleh yang didambakannya kelak. Oleh sebab itu, dia tidak putus-putus berdoa.

Langkah kakinya menuju ke bilik-bilik sakit di wad pesakit jantung. Sunyi sekali. Dia melangkah masuk ke dalam memerhatikan pesakit yang baru dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur tadi. Kata rakannya di unit jantung, Dr Bahtiar pesakit mengalami kecacatan septum ventrikel. Itulah yang dialami oleh kanak-kanak kecil di hadapannya kini.

“Ya Allah.. dia terlalu kecil …mengapa diuji berat sebegini,”getus hatinya. Wajah mulus kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun itu diperhatikannya. Dia masih terbaring lesu tanpa ditemani sesiapa. Tertulis di hujung katilnya, MARDHIYA QISTINA MUZAMMIL..nama yang sangat comel, secomel orangnya. Ingin saja dia memeluk kanak-kanak itu. Andai aku adalah ibunya, pasti aku sentiasa menemaninya dalam keadaan begini. Rasa simpatinya menebal.

Maria tahu waktu pembedahan jantungnya dalam masa terdekat ini, menurut kata Dr Bahtiar tadi. Pintu terkuak dan seorang wanita lewat 60an masuk. Maria sedikit terkejut, namun terus dia melemparkan senyuman dan memberi salam. Wanita tua itu membalas senyumannya walaupun agak tawar sambil memandang pada wajah comel itu. Tiba- tiba saja wanita tua itu menitiskan air mata lantas bersuara.

“ Hati makcik kadang-kadang tak tahan melihat wajahnya saat dia tidur macam ni. Makcik takut kalau dia terus tidur dan meninggalkan makcik. Makcik takde anak perempuan, dan makcik tak nak lagi kehilangan cucu perempuan. Tolong makcik, nak. Walaupun dia masih kecil, dia budak yang bijak, dan sangat baik. Walaupun ibu dia tinggalkan dia, dia tak pernah bertanyakan ibunya…dia tak pernah susahkan ayahnya yang sibuk. Dia betul-betul menjaga hati papa dan neneknya. Tolonglah doktor, makcik tak nak kehilangan dia ,”.

Air mata Puan Nuraini semakin laju membasahi pipinya. Maria agak faham hati dan perasaan seorang nenek terhadap cucu perempuan tunggalnya. Sememangnya anak ini terlalu tabah, dan kini Allah mengujinya lagi.

“Sabarlah makcik..saya mungkin tak berada di tempat makcik tapi saya faham apa yang makcik hadapi sekarang..banyakkanlah berdoa makcik. Kami di sini akan berusaha sedaya upaya..selebihnya, itu adalah hak Allah, mohonlah pertolongan padaNya agar dia dapat diselamatkan.” Maria mendekati dan memeluk bahu wanita itu.

“Insyaalah.Terima kasih doktor. Jarang dapat jumpa doktor seperti kamu, nak. Anak makcik, ayah Mardhiya ni pun doktor, tapi sekarang bukak klinik sendiri. Katanya, hospital ni terbaik dalam rawatan jantung, jadi terus Dhiya ditukarkan ke sini. Tapi, memang makcik ni kurang sabar sikit bila berhadapan dengan ujian agaknya. Mak cik kagum lihat anak lelaki makcik..pelbagai ujian yang dia terima, dia nampak sabar..tenang sekali walaupun makcik tahu, dia sering menitiskan air mata di masjid. Dulu, isterinya nak pergi tinggalkan dia dengan anak dia, dia tenang lepaskan..walaupun makcik tahu hatinya perit. Kini, anaknya pula menderita. Tapi, anaknya pun sama, ikut sabar dan tabah macam papanya. Kalau makcik tahu nak jadi macam ni, makcik tak kasi dia kawin dengan mat saleh tu dulu. Astaghfirullahalazim… maafkan makcik, nak. Makcik tak sepatutnya makcik luahkan masalah makcik pada kamu. ”
"
Tak apa lah makcik..saya faham perasaan makcik. Kadangkala bila luahkan apa yang terpendam di hati..kita akan rasa lebih ringan dan insyaalah tenang, jadi, makcik jangan malu dengan saya.,” Maria mengukir senyuman walau dalam hatinya kembali memikirkan masalah yang diungkit ibunya siang tadi.

* * * * * * * * * * * *

“Macam mana dengan Dhiya kat sana, Ummi?” Puan Nuraini tidak segera menjawab. Dia menghenyakkan tubuhnya ke sofa, mendekati anak lelakinya.

“Macam biasa la Mil. Petang tadi dia tidur je masa ummi pegi. Ummi hairan la Christina takkan tak ingat langsung kat anak dia ni? Anak tengah sakit camni taknak jenguk langsung! Ummi tak faham betul dengan dia tu!”. Wajah Puan Nuraini sedikit berubah.

“Ummi jangan cakap macam tu. Dia bukan tak nak ke sini, cuma dia takut ummi dan Dhiya lagi terluka. Walaupun dia dah balik ke agama asalnya, dia tetap ibu kandung Dhiya. Pasti dia juga rindu Dhiya. Dah takdir yang hidayah tak betul-betul sampai ke dalam hatinya, atau mungkin salah saya yang tak berjaya didik dia jadi muslim sebenar. Jadi, Ummi janganlah terlalu membenci dia lagi dan tolonglah jangan ungkit lagi pasal ni.” Muzammil menjawab tenang.

Selepas menyalami ibunya, dia segera berangkat untuk menjenguk anaknya di hospital. Janjinya pada diri sendiri, sesibuk macam manapun dirinya, pasti dia akan mencari masa untuk Dhiya, dan mendengar tasmi’ hafalan Dhiya. Baginya, dia mahu Dhiya mengenal Penciptanya dahulu melalui sentuhan al-Quran di hatinya yang bersih. Dialah mama, dialah papa kepada Dhiya sekarang.

Barang-barang kesayangan Dhiya dibawa bersama untuk menemani dia sewaktu di hospital. Antaranya, buku ‘Fairy tales’ yang dibeli di Ireland oleh bekas isterinya semasa Dhiya berumur 1 tahun dan… mafela kesayangannya yang kini menjadi barang kesayangan Dhiya. Mafela yang sangat istimewa buat dirinya. Mafela yang sentiasa menyelimuti lehernya semasa menuntut di Ireland dahulu. Mafela yang menemani Dhiya selepas ditinggalkan ibunya. Mafela yang mengingatkan Dhiya tentang dirinya. Mafela pemberian seorang gadis yang betul-betul mencintainya suatu ketika dahulu!

* * * * * * * * * * * *

Maria masuk setelah memberi salam. Kelihatan anak comel itu tersenyum manis padanya sambil menjawab salam.

“Doktor suka tengok Dhiya ceria pagi-pagi ni. Bertuah nenek dapat cucu macam Dhiya, cantik dan pandai!” Pujian Maria membuatkan Dhiya tersengih lebar. Seketika Dhiya diperiksa dan jantungnya kelihatan masih berfungsi normal.

“Doktor nak dengar tak Dhiya hafal surah Al-Waqiah? Dengar Dhiya baca ye,” sambil memperbetulkan jubahnya dan duduk, Maria memperhatikan bacaan Dhiya.

Sememangnya, bacaannya baik sekali dengan makhrajnya yang jelas. Hatinya berbisik, alangkah bagusnya sekiranya dia miliki anak seperti Dhiya, baru sahaja 4 tahun umurnya, tapi sudah berjaya menghafal surah Al-Waqiah, Al-Rahman dan surah-surah pendek dalam juz Amma, seperti kata neneknya. Sekiranya dia miliki anak kelak sudah pasti akan dididiknya seperti Dhiya. Dia sudah pasti ingin lahirkan zuriat yang comel, soleh dan solehah mengikut acuan Al-Quran.. tapi,sudah pasti dia perlukan seorang suami yang benar-benar boleh membentuk diri dan anak-anaknya dengan akhlak Islami.

Bukan dia terlalu memilih atau memandang dirinya sempurna dalam memilih calon suaminya..tidak sama sekali. Tetapi, itulah keluarga yang diidaminya…keluarga yang dipenuhi dengan limpah mahabbah wal rahmah oleh Allah s.w.t, dan melahirkan generasi soleh setanding Salahuddin Al-Ayubi, Al-Biruni, Al-Khwarizmi, Ibnu Sina, Umar al-Khattab dan generasi solehah, seperti Aisyah r,a, Fatimah az-Zahra, Khadijah dan Sumaiyyah.

Itulah yang dipintanya di dalam doa setiap hari. Fikirannya kembali menuju kepada Dhiya tatkala kanak-kanak itu menghabiskan bacaannya. “Subhanallah. Bagus sekali bacaan Dhiya. Doktor kagum sangat dengan Dhiya, dan..Allah juga pasti sangat sayang pada Dhiya. Siapa yang ajar Dhiya hafal Quran?”

“Papa. Papa kata Allah sayang pada orang yang selalu baca Quran. So..Dhiya pun nak Allah sayang Dhiya jugak. Semalam pun papa datang ajar Dhiya.. pastu dia bagi chocolate 'kisses' sebab Dhiya dah ingat surah Al-Waqiah,”.Bibirnya mengukir senyuman bangga.

Tidak dinafikan, hati Maria tertanam sedikit kagum pada papa Dhiya itu. Maria mendekati Dhiya sambil mengelus-ngelus rambut perangnya. Semasa memegang tangan Dhiya, matanya tertancap pada sesuatu yang dipegang oleh Dhiya. Ia betul-betul kelihatan sama. Dia segera memohon untuk beredar! Entah kenapa hatinya terusik apabila memandang barang yang dipegang oleh Dhiya tadi. Maria menangis!

“Kenapa kau harus menangis?? Mungkin ia kelihatan sama tapi ….ia memang sama! Atau kau marah pada diri sendiri sebab barang tu menyebabkan kau kembali ingat pada dia? Orang yang pertama telah kau jatuh cinta..? Atau kau ingin usirnya dari fikiran takut cintamu pada orang yang bukan jodohmu??” hatinya berkata-kata pada dirinya sendiri.

“Ya Allah..aku pernah mencintainya dan merinduinya. Aku tak pasti…aku mencintai kerana apa atau kerana akhlak dan pekertinya. Ampunkanlah aku sekiranya ini membawa dosa kerana hatiku kembali mengingati seseorang yang aku tak pasti di mana atau tak mungkin ku milikinya jika dia bukan jodohku,” Air matanya menitis lagi. Dia yakin sekali lelaki itu mungkin kini sudah berumahtangga dan mengecapi kebahagiaan yang indah.

* * * * * * * * * * * *

Suara azan Asar telah berkumandang dari surau An-Nur, Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud. Sungguh gemersik dan syahdu. Dia tahu, suara itu selalu diminatinya, iaitu suara yang sama membaca al-Quran sebelum solat Maghrib semalam. Entah kenapa dia jatuh hati pada suara itu. Sering dia bertanya pada Anis, rakan sebiliknya tentang pemilik suara itu. Kata Anis, dia senior mereka di tingkatan 5 Alpha. Orangnya tinggi,berkulit sawo matang dan rakan-rakan memanggilnya Najmi. Tetapi, tetap dia tidak dapat meneka yang mana satu orangnya. Manakan tidak, wajah dan nama semua pelajar lelaki tingkatan 3 pada masa itu pun tidak dapat diingatnya, inikan pula pelajar tingkatan 5. Sememangnya matanya jarang memandang lelaki, apatah lagi bercakap dengan lelaki.

Walaupun hanya di sekolah sains biasa, dia gembira kerana sekolah itu menekankan aspek keagamaan terhadap pelajarnya. Melalui program usrah muslimat yang diketuai oleh kak Fauzana, Maria mula mempelajari ilmu agama secara mendalam. Dia bersyukur kerana rahmat Allah sentiasa bersamanya. Semakin hari dia dapat rasakan perasaan aneh dalam dirinya. Semakin lama dia mendengar suara itu, hatinya semakin jatuh cinta pada suara itu. Segera dia beristighfar kerana bimbang hatinya terleka dari Allah.

“Aku rasa kan Maria, kau ni bukan saja dah jatuh cinta pada suara abang Najmi tu, tapi juga orangnya kan?” gurau Anis padanya. Dia hanya menidakkannya dan mengatakan tumpuannya kini pada pelajaran.

Pernah dia menemani Kak Fauzana ke bilik pengurusan badan dakwah semasa menjadi AJK Sambutan Maulidur Rasul dulu, dan ketika itu dia mula mengenali wajah orangnya. Sememangnya wajahnya cukup tenang. Ketika itu mereka berkerjasama dalam kumpulan untuk menjayakan program tersebut, secara tak langsung Najmi mengetahui nama panggilannya..Maria.

Namun, cukuplah masa itu sahaja, sesama mereka berdua juga tidak pernah bersapa. Cukup hanya semasa mengutarakan idea semasa perbincangan umum. Bagi Maria, batas pergaulan harus dijaga, sekiranya tiada urusan penting..tiada guna dia bersapa mesra dengan lelaki bukan mahramnya.. walaupun ternyata hatinya mengidami pendamping soleh seperti Najmi suatu masa kelak..

Dia masih ingat kata Kak Fauzana.. “Kita kini hanyalah seorang pelajar. Dan tanggungjawab kita adalah belajar dan rasa cinta dan sayang kita haruslah pada Allah, rasul serta ibu bapa kita. Buat masa ini, cinta kita bukan lagi untuk lelaki kerana mereka tak berhak dicintai selagi mereka belum bergelar suami kita. Namun, sekiranya perasaan cinta itu tetap datang, Islam menyuruh kita supaya bernikah untuk mengelakkan daripada zina dan fitnah. Jika itu tidak dapat dilakukan lagi kerana kita masih seorang pelajar, harus kita elakkan daripada timbul rasa cinta dan syahwat”. Maria memilih untuk membuang perasaan itu, walaupun ternyata nama itu tersimpan jauh dalam lubuk hatinya.

*********

Assalamualaika ya akhi…Najmi, Maaf kiranya saudara agak terkejut dengan kedatangan surat ini. Saya kagum dengan sikap saudara, suara saudara mengalunkan ayat-ayat Allah selama di Sekolah Menengah Sains. Maafkan saya..harus saya akui, saya juga hanya insan biasa yang tak mampu melawan fitrah di hati ini.. saudara muslimin yang baik, saya doakan agar saudara sentiasa dilimpahi rahmatNya Saya tahu ini bukan masanya kita bercakap tentang ini, soal hati dan perasaan. Saya yakin Allah beserta dengan orang yang sabar dan Allah sedang menguji hati saya ketika ini. Anggaplah hadiah pemberian saya tanda ucapan tahniah dari saya sempena melanjutkan pelajaran ke oversea.Iinsyallah, perasaan ini akan hilang bersama pemberian saya kepada saudara. Terimalah dengan ikhlas.Maat taufiq wa najjah M.Qibtiah

Muzammil kembali teringat isi surat ringkas yang diterimanya sebelum dia berangkat ke Ireland. Surat yang disisipkan pada mafela biru tua yang dikaitkan nama..NAJMI. Bungkusan itu diterima melalui seorang rakan yang juga tidak tahu dari siapa. Dia memang dapat rasakan gadis itu mencintainya.

Memang ramai yang dikenali meminatinya dahulu tapi tidak satu pun yang dilayannya. Tapi gadis ini cukup berbeza, terlalu ‘low profile’ sehingga orangnya pun dia tak tahu siapa. Biasanya, mereka akan memberi nombor telefon lah, e-mel lah.. tapi satu pun dia tak pernah contact balik. Baginya pada masa itu bukanlah waktu mengejar cinta tapi cita-citanya sebagai doktor menjadi keutamaan.

Selepas menamatkan MBBSnya di Ireland, Muzammil berhasrat untuk bertugas di sana untuk menimba pengalaman. Tidak disangka-sangka, anak pemilik rumah yang disewanya sangat mencintainya. Christina James namanya. Minatnya terhadap Islam memungkinkan Muzammil untuk berdakwah dan menariknya untuk memeluk Islam. Jadi, dia berkeputusan menikahinya.Tetapi, hampir dua tahun berkahwin, Christina ternyata tidak dapat menyesuaikan diri dengan agama barunya.

Paling menyedihkan, sedikit kata-kata Muzammil tidak lagi diambil peduli. Muzammil mula faham, Christina hanya menunjukkan minat pada Islam semasa ingin mendapatkannya dahulu. Dia yang bersikap keanak-anakan itu, kembali meneguk arak semasa Muzammil sibuk di hospital. Akhirnya, Muzammil terpaksa menceraikannya setelah Christina memutuskan untuk bersama lelaki lain dan ingin kembali ke agama asal.

Dengan penuh kepiluan, dia pulang ke tanah air setelah berjaya menuntut anaknya, Mardhiya Qistina…itulah permata hatinya kini, diberi nama mengikut huruf pangkal nama gadis yang tidak dikenali, yang tulus mencintainya dahulu…

* * * * * * * * * * * *

Maria menyapa Dr Bahtiar yang melewati di luar wad yang dilawat olehnya. Dia juga berasa hairan kerana terlalu menyayangi dan mengambil berat terhadap anak itu. Lantas menyebabkan dia sedikit risau.

“ Kami dah bincang tentang penyakit dia berdasarkan penelitian diagnosis.Bayangan gelombang jantungnya menunjukkan dia menghidapi sakit jantung secara semulajadi. Pada mulanya saya sangka ia bahaya. Tapi, persen pengaliran darahnya 25% sahaja, sedangkan pembedahan biasa memerlukan 30% atau ke atas. Juga tiada kemunculan tekanan darah pada paru-paru, menunjukkan tiada tanda bahaya.Walaupun pembedahan dilakukan, keadaan badannya yang kecil dan lemah memungkinkan adanya komplikasi lain. Jadi, asalkan mendapat rawatan susulan di bawah jabatan perubatan, ia akan pulih secara perlahan-lahan semasa pesakit membesar,” kata doktor bedah utama pembedahan Dhiya itu.

Ditunjukkan kepada Maria hasil diagnosis untuk dipastikannya sendiri. “Alhamdulillah, anak kecil itu tidak perlu dibedah,”hatinya melafazkan kata syukur. Laporan perubatan Dhiya di tangan Dr Bahtiar diteliti oleh Maria. Nama penuh Dhiya ditelitinya berkali-kali. MARDHIYA QISTINA BINTI MUZAMMIL NAJMI. Najmi.. Mungkinkah nama Najmi ialah Muzammil Najmi?? Maria terkesima.

* * * * * * * * * * *

“Mil pernah jumpa doktor perempuan yang kadang-kadang ada datang melawat Dhiya tak?” Puan Nuraini tiba-tiba bersuara setelah lama menyepi di dalam kereta. Dia dalam perjalanan ke hospital semula bersama anaknya setelah pulang sebentar pada pagi itu untuk memasak bubur kegemaran Dhiya.

“Tak ada la Mi. Saya selalu jumpa kawan saya, Dr Bahtiar je. Kenapa?”

“Manis sangat orangnya….macam nama tuannya, Dr Maria Qibtiah. Dia selalu pakai jubah. Orangnya masih bujang lagi Mil, hari tu mak tanya.Takkan Mil tak pernah jumpa?” Muzammil terkesima mendengar nama itu. Maria Qibtiah. M Qibtiah. Dia cuba memastikan dari ibunya.

“Dia pernah tanya pasal Mil tak, Mi?”

“Takde pun. Ummi pernah cerita pun pasal anak Ummi pun doktor dan pasal Dhiya.tu je.Kenapa Mil kenal dia ke?”

“Entah la..”Jawab Muzammil acuh tak acuh.Fikirannya masih memikirkan soal tadi, dan hatinya dapat mengagak sesuatu.

“Eh, pelik pula jawapan budak ni,”.Puan Nuraini mengerutkan dahi tanda hairan.

* * * * * * * * * * * *

Susuk tubuh berkot putih itu masih di tepi Dhiya yang masih tidur. Dia kini memegang mafela di tangan Dhiya, diperhatikannya…dan di tepinya, tertulis nama NAJMI. Maria menangis lagi. Dia menangis lagi, marah kepada diri sendiri kerana masih mencintai lelaki itu walaupun sudah bertahun-tahun berlalu, hatinya tetap menafikan.

Dia terlalu mengidami lelaki sesoleh Najmi sejak dahulu lagi. Dia tahu, Najmi mungkin tidak tahu sama sekali tentang dirinya.. dan dialah pemberi mafela itu.

“Mustahil dia mencintaiku, bahkan tidak akan memandang diriku. Sedangkan tentang diri aku pun dia tak tahu. Pemberianku mungkin dianggap seperti dari sesiapa saja dikenalinya. Astaghfirullahalazim..maafkan aku ya Allah kiranya aku berfikir bukan-bukan,”

“Doktor ada di sini rupanya” Puan Nuraini segera mendekatinya selepas menutup pintu. Segera dilapkan air matanya dan memberi ruang untuk Puan Nuraini duduk. Dia memohon untuk pergi dengan alasan mempunyai urusan lain, khuatir perasaannya diketahui oleh orang tua itu.

Belum sempat dia membuka pintu,, sesusuk tubuh sasa dan tinggi lampai masuk…dan Maria memandang wajahnya. Mereka saling berpandangan. Namun, segera wajahnya ditunduk. Dia masih dapat mengecam wajah itu,wajah lelaki yang pernah dicintainya tak banyak berbeza…hanya sedikit berkumis. Dipaksa dirinya untuk senyum dan segera dia mengatur langkah untuk keluar. Rasa kaget bercampur malu kini menyelubungi hatinya. Dia tak pasti, lelaki itu mengenalinya atau tidak.

Muzammil tahu, itulah Maria yang pernah dikenalinya, pelajar tingkatan 3 dahulu yang pernah mencuri hatinya. Namun, dia tidak pernah menganggap dirinya setanding untuk gadis sebaik dan sesolehah Maria. Sekarang, Muzammil pasti, dialah Maria…Maria Qibtiah, dan kini sudah jelas, gadis yang dicintainya dulu rupa-rupanya mencintainya..Dia pasti tidak berdiam diri lagi, kerana dia yakin tidak bertepuk sebelah tangan..

“Maria, tunggu dulu!” Maria berhenti tanpa membalikkan tubuhnya kearah Muzammil.

“Saya tahu awak masih kenal saya. Saya Najmi..Muzammil Najmi yang awak pernah kenali dahulu. Kenapa awak lari dari saya….awak takut saya tahu yang awak bagi mafela tu? Atau awak takut jatuh cinta pada saya lagi? Maaf, saya tak tahu nama penuh awak Maria Qibtiah..ibu saya dah beritahu saya tentang awak. Saya tahu saya ada peluang kali ni. Saya tahu apa tersirat di hati awak, Sekiranya awak sudi…dan Allah izinkan, kita segera taaruf dan saya akan melamar awak.” Maria memejamkan matanya. Air mata syukurnya gugur ke bumi.

* * * * * * * * * * * *

Majlis berjalan dengan lancar. Suasana agak sunyi selepas ramai tetamu sudah pulang. Maria menitiskan air mata lagi…air mata kesyukuran ke hadrat illahi. Dia tahu, Allah menyayanginya,memelihara kesuciannya sehingga dia bertemu kembali dan diijabkabul dengan lelaki yang dicintainya kerana Allah. Rahmat dari Tuhan iyang dilimpahkan sangat dirasainya kerana kini memiliki suami soleh dan sekaligus anak solehah seperti Dhiya.

“Sayang, kenapa menangis ni?”Muzammil mendekatinya.

“Terima kasih abang…kerana menikahi Maria”. Air matanya jatuh perlahan-lahan.

“Kenapa cakap macam ni.?Abang nikahi Maria kerana mencintaimu kerana Allah, dan Maria isteri solehah yang abang idamkan. Abang sepatutnya berterima kasih pada Dhiya yang sanggup menerima abang dan Dhiya.Abang cintaimu selama-lamanya..Insyallah,Doakan agar Allah sentiasa mencurahkan rahmahNya kepada kita.”

Kelihatan Dhiya mengintai mereka dari tepi pintu kamarnya. Dia beransur sihat kini di bawah jagaan Maria yang kini bekerja bersama suaminya di Muzammil Medical Centre. Cepat-cepat Maria meleraikan pelukan suaminya itu. Dhiya meluru masuk memeluk ibu barunya..

“Papa, papa kena tidur kat rumah ibu ke malam ni? Boleh Dhiya tidur sama ngan ibu dan papa tak? ” soal Dhiya sambil tersengih. Maria tersenyum menantikan jawapan Muzammil. Agak lama menantikan sebelum Muzammil menjawab.

“ Malam esok boleh kan sayang?Malam esok balik rumah kita nanti , papa janji kita tidur sama-sama ok,” jawab Muzammil memerhatikan reaksi puterinya.

“Ibu pun janji!” Maria menambah.

“Tapi mana papa letak mafela Dhiya ye?”

“Oh.. ada kat bilik papa. Nanti Dhiya ambik kat bilik papa ye sayang,” Muzammil menjawab sambil tersenyum.

Dia faham Dhiya selalunya tidak boleh tidur tanpa mafela itu. Mafela itu seolah-olah pengganti dirinya semasa ketiadaannya. Memang tidak hairan Dhiya begitu sayangkan mafela itu.

“Alright,papa.Good night papa! Good night ibu!” Dhiya tersenyum tanda setuju lalu keluar setelah bersalam dan mencium pipi papa dan ibunya.

“Kenapa ada kat bilik abang? Mafela tu kan dah jadi Dhiya punya?” Maria sengaja bertanya.

“Semalam Dhiya tidur kat bilik abang. Jadi, ada kat bilik abang lah. Tapi, walaupun abang bagi pada Dhiya, ia tetap mafela kesayangan abang… sebab ia dari seseorang yang abang cintai tanpa abang sedari. Dan sekarang …abang dah milikinya,” kata-kata Muzammil menyebabkan Maria tersentuh. Dia tertunduk malu.

“Kesian pulak kat Dhiya, tak boleh tidur dengan abang malam ni.” Maria cuba mengalih topik.

“Habis tu, sayang tak kesiankan abang?” Maria faham maksud kata-kata Muzammil itu. Malam itu sememangnya milik mereka berdua. Malam yang indah yang mereka sinari dengan cahaya ibadah cinta dalam hubungan mahabbah yang suci dan diredhai olehNya. -layyinul qalbi-


~cinta Baginda~

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.


Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,

"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul,
berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."


Jawab Nabi Muhammad saw,

"Aku akan tolong kamu semua."

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.
Aku akan kabulkan permintaanmu."


Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."



Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,

" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."



Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?

Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita?


artikel dari iLuvislam.com

~sirah jungjungan,tahajud cinta~









tiket boleh didapati di sini: ticket2u.....jumpa disana

Di antara… kebatuan cadas, padang pasir, panas matahari membakar kulit. Di tanah Mekah, bangunan kukuh Kaabah yang sejak awal dibangun untuk menyembah yang Maha Kuasa kini telah berubah dikelilingi berhala. Kejahiliahan membuat perilaku menjadi amat rendah dan nista. Budak dan hamba abdi menjadi binatang yang tak berharga, wanita hanya jadi pemuas nafsu belaka, anak perempuan dikuburkan hanya untuk ditertawa riakan oleh sang ayah yang tidak rela memiliki anak perempuan. Berhala-berhala disimpan, dijadikanpenyembahan kepada jalan kegelapan. Berhala menjadi sesembahan mereka bernama Lata Uzza.

Dalam pada kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy. Seorang wanita dirundung kepedihan tatkala suami tercinta pulang ke alam baqa, padahal di perut dikandung janin yang amat dicinta. Ketika terlahir bayi yang amat molai rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan. Di saat bayi ini dilahir- kan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi padam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang. Bayi yang kelak menjadi perkasa, mengukuhkan empat tembok tinggi kisah. Bayi inilah yang terlahir menjadi pemadam api sesembahan kaum Majushi. Di tahun gajah, telah lahir bayi mulia Muhammad bin Abdullah.

Muhammad tampil menjadi cahaya bagi lingkungannya. Tidak hanya sebagai penyejuk tetapi juga sebagai penegak hilar-bilar keadilan. Beliau tegak bagai karang yang kukuh menghadapi kebatilan. Hiful fudul adalah cahaya yang mulai berkibar untuk menegakkan kebenaran dalam kegelapan kejahiliahan.

Di telapak tangannya Muhammad terdapat api yang menyala yang dapat menunjukkan jalan yang benar sedangkan di dalam darahnya mengalir akidah yang kuat yang sentiasa siap untuk menentang sesiapa yang membangkang, dan sesungguhnya sudah menjadi sunatullah, setiap perubahan selalu mendapat tentangan. Kaum Musyrikin Quraisy seakan tidak rela, Muhammad mencerai-beraikan keluarga mereka, Muhammad akan menggantikan sembahan mereka, Muhammad akan meruntuhkan peradaban mereka. Maka, bermulalah siksaan datang.

Cinta kepada Allah… Cinta kepada Rasul! Membuat ringan setiap derita. Ujian tidak terhenti. Kekejaman bermaharajalela. Kehilangan sanak saudara. Yang lebih menyedihkan ialah apabila Muhammad kehilangan bapa saudaranya Abu Talib yang meninggal di saat belum sempat memeluk agama Islam. Derita semakin terusai dan yang lebih memilukan apabila isteri tercinta pula, Siti Khadijah, penyejuk di kala batin resah, yang meneguhkan di kala goyah, yang rela menafkahkan harta, tenaga demi dakwah, dipanggil oleh Yang Maha Pencipta. Rasulullah Muhammad S.A.W betul-betul pilu kehilangan isteri, kekasih, penyejuk dan peneguh. Hampir seperempat abad mendampingi suka duka. Itulah tahun kedukaan bagi baginda.

Kematian Abu Talib telah meruntuhkan benteng-benteng penghalang kemarahan orang-orang Quraish terhadap Muhammad. Kalau dulu Abu Talib adalah pembela Muhammmad tetapi sejak ketiadaan bapa saudaranya itu, orang-orang Quraisy makin bermaharajalela. Ke mana sahaja Muhammad pergi, pasti baginda akan direjam dengan batu bahkan ditaburkan pasir di atas kepala, dibaling dengan najis namun baginda menghadapi kekejaman musuh dengan perisai kesabaran dan istiqamah.

Kesakitan yang dilalui sama sekali tidak mampu menghentikan nafas perjuangan kaummuslimin sehingga kemajuan Islam semakin pesat. Baginda Muhammad berjaya memujuk tokoh-tokoh utama Quraish untuk masuk Islam lantaran golongan Quraish menjadi marah dan mengadakan pakatan untuk menyekat ekonomi kaum muslimin. Setelah 3 tahun kaum muslimin terpaksa berdepan dengan berbagai rintangan dari kaum Quraish dan selama itu juga mereka berlindung di Lembah Abu Talib, akhirnya Muhammad sudah tidak lagi sanggup melihat kesakitan dan kezaliman orang-orang Quraish terhadap kaum muslimin. Ramai yang menderita lalu Muhammad mengarahkan supaya kaum muslimin kembali ke rumah masing-masing untuk berdepan dengan orang Quraish manakala sahabat-sahabatnya diputuskan berhijrah ke Madinah untuk mencari penempatan baru.

Hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah merupakan langkah awal dari proses terbentuknya Darul Islam yang pertama di muka bumi saat itu. Rasulullah berjaya meletakkan asas-asas penting bagi negara ini iaitu pembi- naan masjid, mempersaudarakan sesama kaum Muslimin dan mengatur kehidupan sesama kaum Muslimin. Dalam masa yang cukup singkat, Baginda berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi.

Bagi kaum Quraisy , tidak ada sebab yang lebih berkesan untuk membangkitkan pertempuran dan kemarahan orang Islam selain tumpahnya darah melalui peperangan. Bahkan Nabi pun terhujam di Bukit Uhud. Luka menganga. Hamzah singa Allah terhujam, dirobek, dikunyah jantungnya oleh Hendon. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan, Diberi ujian dia bersabar maka sabar menjadi kebaikan

Rasulullah dengan para sahabat masih meneruskan dakwah dengan berangkat masuk semula ke Mekah. Perjalanan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang-orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Akhirnya, baginda berjaya membawa Abu Sofyan mengakui “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah”.



http://yayasansenikarya.com/guide.html

~cinta itu bukan pilihan~

Kenapa Mahu Bernikah?
www.iLuvislam.com
Asniza
editor: everjihad

Diskusi aku bersama seorang sahabat petang ini menarik minat aku untuk mengkaji lebih mendalam. Walaupun topik sebegini sebenarnya sentiasa mendapat tempat di kalangan pengguna-pengguna forum tempat aku berkongsi idea, pasal cinta/ crush/ nikah/kahwin/lelaki idaman/ wanita idaman,'in relationship' teman lelaki, teman perempuan dan sebagainya. Jika thread yg berkenaan topik ini di buka, laju saja pengguna lain memberi pendapat. Benar-benar mendapat sambutan hangat namun aku jarang sekali menjenguk thread ini utk melihat komen para sahabat, apatah lagi untuk turut serta memberi idea. Bukan musim aku untuk bercakap pasal cinta agaknya.

Berbalik kepada perdebatan aku siang tadi.

“Macam best jer bernikah” kata sahabatku.
“Haah kot..kawan2 ramai yg dah kawen” aku menyampuk.
“Kalau ko..kenapa ko nak bernikah?” aku bertanya pulak.
“Entah..” dia menjawab..

Haih..aku mmg selalunya susah nak terima jawapan yang sebegini, entah, tak tau..dan sebagainya kerana aku seorang yang suka mengikut logic akal. Setiap persoalan, mesti ada jawapannya. Itu yang aku percaya lalu aku terus memancing jawapan seterusnya.
“Antara-antara sebab berikut, mana yang ko pilih?” aku terus lagi bertanya.

Cintakan kekasih? Sunyi, dan bosan keseorangan? kerana nafsu? nak ikut sunnah Nabi – demi menghalalkan yang haram?mahukan zuriat penyambung generasi? atau mak ayah yang paksa?

Itulah lebih kurang soalan aku. Namun aku masih tidak puas hati. Dia masih lagi menjawab, “entahlah”. Aduhai,geram terasa. Aku mula memberi hujahku mengenai hal ini.
“Kalau aku, aku mungkin akan bernikah kerana semua sebab tersebut, kecuali satu..CINTA.”


Cinta Sebelum Nikah Vs Cinta Selepas Nikah.

Cinta adalah suatu perasaan yang suci dan indah dan cinta yang tercipta akibat didorong oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia. Sebaliknya pula bagi cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan hasutan syaitan, ianya pasti tidak akan berkekalan selamanya membahagiakan. Mungkin segalanya akan terasa ‘indah’ namun itu semua hanyalah tipu muslihat syaitan semata. Malahan mungkin akan menyebabkan rasa gundah gulana, resah dan akhirnya kecewa. Dan pastinya, cinta yang sejati dan agung tentunya hanyalah untuk ALLAH swt...kerana Dia satu-satunya Pencipta kita yang maha berhak.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:
Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”

– Riwayat al-Bukhari -

Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Namun semuanya itu harus di lakukan mengikut syarat dan batasan-batasan yang tertentu yang telah ditetapkan. Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku di banyak negara Islam sebenarnya diambil dari budaya barat, ternyata ia mempunyai lebih banyak kesan negatif berbanding positif.
Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya tanpa ikatan yang sah.

Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan. Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu. Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.

Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka. Kesimpulannya, ingatlah bahawa syaitan sentisa menghiasi indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH. Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA.


Komentar C.I.N.T.A

Komentar Aku Apa itu cinta? Kenapa kita menyintai? Syukur Alhamdulillah jika kita menyintai seseorang itu kerana Allah, ini cinta yang suci dan agung. Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya. Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah. Alhamdulillah..Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini.

Namun, sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab-sebab itu semata? Puji-pujian kepada Allah, syukur hanya kepada Dia jika kita di anugerahkan rasa cinta dan di cintai seindah ini. Alhamdulillah. Bagaimana kalau si dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut:

Dia mungkin cintakan kita kerana kita ni cantik, tubuh kita ramping yang menggiurkan atau kacak yang mempesona, dia mungkin cintakan kita kerana pertuturan kita yang lemah lembut, kerana suara kita yang merdu menggoda. Dia mungkin mencintai kita kerana mata kita yang indah, bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Dia mencintai kita mungkin kerana kelincahan kita, kerana kecekapan kita. Dia mungkin mencintai kita kerana kebijaksanaan kita berdebat meluah pendapat. Dia menyintai kita mungkin kerana wang kita dan harta kita, atau kerana karier , status dan ‘siapa’ kita yang membanggakan atau macam-macam lagi sebab.

Namun, mari kita soroti dengan lebih mendalam. Bagaimana andai secara mengejut Allah takdirkan kita bisu. Adakah dia yang menyintai kita kerana kemerduan dan kepetahan kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kita buta..adakah dia yang menyintai kita kerana tajamnya panahan mata kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kaki kita kudung, lumpuh tidak mampu bergerak, adakah dia yang menyintai kita kerana kelincahan kita akan tetap menyintai kita? Bagaimana kalau tiba-tiba muka kita cacat, tidak lagi secantik dulu atau berkedut sana sini, adakah dia masih menyintai kita? Bagaimana pula kalau kiranya kita ditakdirkan tidak dapat melahirkan anak? Adakah dia yang mencintai kita kerana kita melahirkan zuriat untuknya akan terus menyintai kita?

Mungkin juga tidak kerana cinta kepada sesuatu yang ada pada kita, bermakna cintakan suatu yang tidak kekal, yang bermaksud, boleh diambil kembali olehNya yang Maha Berhak ke atas hamba-Nya pada bila-bila masa sahaja. Semua itu hanyalah pinjaman. Malahan, cinta itu sendiri juga suatu pinjaman. Suatu nikmat yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Maka. InsyaAllah, aku tidak akan sekali-kali menerima cinta kerana suatu yang tidak pasti. Aku pasti akan menyintai, dan dicintai..tapi Tuhan, jika Kau takdirkan aku jatuh cinta, Kau jatuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku kerana Mu.”



Sumber rujukan:
1.
www.semut2comel.blogspot.com
2. Alaf21.com.my

~ISLAMIC ECONOMY~


Assalamualaikum w.b.t and greetings,

Do you know what 'Islamic Economy?' is?
How is it different from the western Capitalist System?
Is it a solution to the world financial crisis?

Usrah Institution will be organizing an Economic Forum entitled;

"Islamic Economy via Horizontal Dimension"

This forum will discuss matters regarding Western Economic System , Islamic Economic System and Islamic Consumerism.

Details of the event is as follows;

Date : 4 March 2009 (Wednesday)
Time : 8.45 p.m
Venue : CLC0003

The forum will be conducted in English and Usrah Institution Academic Awards will also be presented to those who excelled during the previous trimester. So, bring along your friends and experience in depth discussion with our invited experts on economy. Refreshments and SAP points will be provided.

Jazakumullah Khairan Khatira

" Building Ukhuwwah, Mahabah Fillah"

Ahmad Fakhrurazi
Exco
Economy Bureau

Usrah Institution 0809
Multimedia University
Malacca Campus

H/P : 013-6285794
Email : razi_009@yahoo.com.my
Website : http://www.iumelaka.com/v1/