~cinta dalam hati~






Ungu - Cinta Dalam Hati


Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

[ Cinta Dalam Hati lyric found on www.lirik.tv ]
Reff:
Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

~jalan2 sampai pengsan~

jalan2 sampai pengsan,itulah nama prog yg diberi since ana yg mengajak2 org dan soh diorg ajak kwn2 skali..hahaha men ajak je sesuka ati diri ini tanpa pemikir bagaimana pengangkutan..program nih sempena habes xm dan menemani sahabat2 dan adik2 yg akan berpindah ke cj dan juga tdk berpindah2 untuk berjalan2..mula2 cam ramai ah kan dalam 15 lebey camtuh..so xkisah ler kita leh cari kete "urgent" untuk membawa mrk2 ini..sesudah nyee diri ini dan diri2 yg len habes xm hari khamis ghitu lam kol 12++ ,maka bermula xpdc kami,tapi hanya 2 buah kete je gerak iaitu mr kembara and mr "tan"..berhimpit gak la..muat2 je..so memula g mydin untuk mkn dan solat..selesai perkara berwajib maka bergerak semuanya ke zoo..de satu part kat zoo nih yg tdk dpt dilupakan..blom masuk zoo lagi dh de org tggalkn kenangan..kisah burung kakak tua dan ain..hahaha..hanya kita2 je yg tau,klu nk tau lebih lanjut sila hubungi ana..( ain jgn marah..sweet la ain nih)..dah masuk zoo pe lagi jumpa sedara mara semua..de yg sampaikan salam la..yela mane yg xberkesempatan menjoinkan diri sertai kami..maka dikirimkan salam..diri ini xde la teruja sgt coz sebelum dh masuk dh..ala dah kenal lama dah dgn "mereka2" nih..:)..

lama gak dalam zoo tuh dr dlm kol 3 camtuh,solat asar pon dalam zoo hehe..nama prog pon jejln sampai pengsan selagi xpengsan xleh balik..pastu pas g zoo nk ajak mereka2 nih main go kurt,tapi apa kan daya tiada yg mahu nk sertai ana..uwaaa xpe2 kita kene ikut majoriti ( bru nk ajar diorg jd drifter hahaha )..mereka nk main kayak...g ah kuar zoo,balik ep sat coz kene hantar shahirah ain n shikin coz mereka de yg nak balik n kuar dgn sahabat2 mrk yg len..ditukar plak dgn adilah n kak ecah..destinasi kedua kami adalah ke tasik ayer keroh nak men kayak..adoya dh kol 6.15 kaya dh nk tutup..xleh men la hanya klik2 gambar je..buat gaya kayak je..
next destinasi solat maghrib kali nih port kami di restoran terapung ayer keroh D'PELICAN..huh tepat die mmg class okeh..cantik..harga berpatutan..sedappp..tapi satu je on the way jalan tuh busuk ler coz belakang die betol2 zoo..hahaha..tapi ktorg makan jauh kit dr tempat busuk..makan2..sembang2..gosiping( hehe)..klik2 the pics..

tgh2 mkn suhaila tanya ana.."akk pasni nk g mane"..ana jawab"ikut je akk..kata jejln sampai pengsan..surprise okeh"...xde la surprise mane pon..bawak g area kapal portugis..baru ana pasan kat belakang portugis de port cantik ooo..laluan cruise huhu..cannntik..so ktorg pon melepakkn diri di tepi ( sungai ke laut hek) entah2..pe2 je la..janji cantik..dr situ leh nampak eye on mesia aka mata mesia..semua org kepingan kesitu,diri ini kesian tapi serius ana xtau jln kesana,mmg penah g tapi kak wani n kak afni yg bawak,mmg xcam jalan pon berpusing2..pastu ana ckp je,klu nk redah ok je kita bersedia menuju kesesatan..haha( kesesatan menuju eye on mesia la)..pe lagi mmg men redah je tapi sebelum tuh singgah taming sari..tutup plak,singgah klik2 je la then terus g eye on mesia..2 kali pusing bandar hilir tuh..last2 jumpe..wahh sunuk betol mereka2 kan..naik 2 gondola..ktorg naik 6 pusingan coz last trip..haha ye ah patut leh sampai awal...sesat punya pasal ah nih..haha xpe2 janji dapat g tuh dh cukup puas..

haa hamik nk kat kol 12 lebey camtuh bru teringat nak balik..haha klu mak memasing tau nih,mau kene piat telinga..ayook xtau,sape yg nk ikut..haha..xpe2 de pengawasan org dewasa seperti diri ini insyaALLAH selamat..maka kami pon pulang ke pangkal jalan setelah menempuh kesesatan..( balik umah daa)..sampai umah tolong org pindah randah..cam nk merompak je..yela kol 2 pagi kot..haha..pastu balik memasing pengsan sampi xsedar tdo bertudung( serius xsedar haha..xmandi nyee adoya..bangun2 pagi terus mandi..eee tdo dlm keadaan busukk..xmo kwn dgn diri ini..haa dh bes cite,gambarnyee mane??..adoya tolong la send gambar hek..isk..isk..

terima kasih hek kekwn kerna sudi teman diri ini berjalan2..then adik2 yg akan ke cyber doa akk sentiasa mengiringi diri anda...jaga diri memasing,jaga hubungan anda dgn ALLAH..dimana shj pon kita dicampakkn ketahuilah ALLAH bersama kamu,kembalilah kepadaNYA...nasihat ini ditujukan jua pd diri ini dan diri2 yg len..

p/s: arggghhh praktikal/keje..membuhsan kan rutin harian yg sama..uwaaaaaa
rindu la nnti kat melaka dan org2 melaka..seriusss ana akan merindui antumm..maafkan diri ini atas segala2nya..halalkan segala2nya ( 0-0 ok?)..dan TERIMA KASIH KERNA SUDI MENJADI SEBAHAGIAN DARI HIDUP DIRI INI..

RAYA NANTI JEMPUT2 LER DATANG UMAH KAT PERAK..XRAYA PON LEH DTG..TAPI ROGER2 DULU JGN MENTERJAH..HAHAHA..k

salam perjuangan,dr hamba ALLAH yg hina lagi dhoif..

~konsert antara dunia...jom!!!~




Konsert Antara Dunia di Stadium Malawati, Shah Alam pada 1 Ogos

HAMPIR sedekad kumpulan nasyid Rabbani mengukuhkan label nama mereka di persada seni. Biar kemunculan penyanyi dalam genre yang sama tumbuh bagai cendawan selepas hujan, mereka masih utuh bersaing.

Paling membanggakan, kumpulan nasyid yang cukup dikenali dengan lagu Intifada dan Pergi Tak Kembali ini memahat nama dalam sejarah penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Menerusi anugerah itu, kategori Penyanyi/Artis Nasyid Popular setia menjadi milik mereka selama lapan kali berturut-turut. Tidak betah duduk diam dan selesa dengan kedudukan yang ada, Rabbani kini terus rancak merancang program menarik termasuk menganjurkan konsert.

Memilih lokasi yang sama sewaktu terbabit dalam Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul Februari lalu iaitu di Stadium Malawati, Shah Alam, sebuah konsert diberi nama Konsert Antara Dunia dijangka dipersembahkan pada 1 Ogos ini bermula jam 8.30 malam.

Bukan sekadar berhibur, konsert atas paksi kemanusiaan dan sarat dengan nilai murni itu dilaksanakan atas tujuan amal bagi mengumpul dana tabung pembangunan insan bagi Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis).

“Setakat ini, tiket konsert besar kemungkinan akan ditetapkan pada harga RM10 untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi. Tiket biasa pula dijual sekitar harga RM30 dan RM50.

“Hasil penjualan tiket nanti akan disalurkan kepada fakir miskin dan anak yatim di Malaysia juga mangsa tsunami di Acheh. Malah, Rabbani dan Gamis berhasrat untuk ke sana menyampaikan dana atas tabung pendidikan itu.

“Jika tiada aral melintang, sepanjang hari itu juga satu karnival akan diadakan bermula pagi hingga ke tengah malam. Kepada yang mungkin berminat untuk berniaga atau membuka gerai jualan boleh menghubungi Shahrul Azhar di talian, 019-2225588,” kata Azadan Abdul Aziz mewakili Rabbani sewaktu dihubungi Hip baru-baru ini.

Persatuan itu turut menjadi rakan kerjasama merealisasikan konsert itu bersama Rabbani Productions. Ketika ini, semuanya masih dalam rangka perbincangan termasuk usaha untuk mendapatkan kumpulan dari seberang, Ungu selain beberapa orang artis tempatan.

“Ini antara kelainan yang kami sedang berusaha untuk tampilkan melalui kolaborasi dengan artis luar. Jika sebelum ini, Rabbani pernah berduet dengan Amy Search, siapa tahu hasrat berduet dengan Ungu pula bakal menjadi kenyataan jika semuanya berjalan dengan lancar.

“Apa yang kami sedang usahakan ini ialah atas maklum balas dan cadangan peminat yang mahu Rabbani bekerjasama dengan Ungu. Tak dinafikan, Ungu juga antara kumpulan yang sering memperjuangkan lagu ketuhanan. Lalu, ruang baru ini dibuka demi kepuasan peminat.

“Pihak kami sendiri sudah berurusan dengan pihak Ungu dan ia berjalan dengan lancar. Cuma, biasalah kita masih menanti kata putus daripada mereka di samping perihal rundingan harga dan sebagainya,” kata Azadan lagi.

Masih merahsiakan konsep persembahan pada malam konsert itu nanti, Rabbani kini mengalu-alukan mana-mana individu atau syarikat yang berminat untuk menjadi penaja konsert terbabit.

Bahkan ketika ini pun produk Permata Hijrah yang baru melamar Rabbani sebagai duta sedang berkira-kira untuk menawarkan diri sebagai penaja. Malah, ada dua tiga syarikat yang berminat nak menjadi penaja pada peringkat permulaan ini.

“Setakat ini 60 peratus persetujuan sudah dicapai antara Permata Hijrah dan Rabbani. Kalau tiada halangan, siapa tahu syarikat ini akan terbuka hati untuk jadi penaja konsert itu.

“Sewaktu Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul diadakan, kami bersyukur kerana Telekom Malaysia Berhad (TM) sudi menaja, lalu untuk konsert ini kami masih merisik dan mencari penaja yang berminat,” kata Azadan sambil memberitahu mana-mana syarikat yang berminat mahu menaja dan mengetahui keterangan lanjut mengenai konsert itu boleh menghubunginya di talian, 019-2110300 atau layari laman web, www.rabbani.com.my

Pada masa yang sama, Rabbani turut rancak merancang pakej umrah bersempena cuti sekolah Jun ini. Menariknya juga, 10 orang anak yatim dan tidak bernasib baik daripada Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman Malaysia (Pernim) akan turut serta mengerjakan umrah.

~maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya...~

YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini...~ameen~..

~abaya butterfly..fuhh!!~

MISS FARRASHAH

hoho haha lala...ayoyo..hik..hik..xtau nk ckp pe..uwaaaa oh angin sampaikan lagu ku pada nya
( ayahandaku )..bahawasanya diri ini kepingin skali mahu memiliki abaya diatas..tapi diri ini takut mahu mintak..kerna kami telah membuat perjanjian,diri ini akan memiliki yg di ingini adalah atas usaha sendiri hoho..andai abah mendengar luahan hati ini ( poyo je ayat..mesti de yg nyampes dgn ana)..bleh tak kita wat perjanjian baru hahaha..diri ini mmg xde stand tol..

mahal tol abaya nih adoya..mula2 tgok abaya2 lain kat website nih gak..harga ana lihat semua standard la dalam rm100-160 camtuh..tetiba terstop dgn abaya butterfly tuh..budget harga standard ah kan..klik n klik..mak aiii rm280 nak dekat 300 ratuih..mmg tak ah kan..diri ini sekadar melihat je ah..hoho bagaimana mahu starting ayat hek nk ckp dgn abah..silap2 diri ini kene lecture@tazkirah free..hamik ko..haha

k la..sudah2 tuh g study ah..adoya..merayap2 je..duit xde pon nk beli semua nih..uwaaa tgok je ah..xpe2 xm dulu,later kita pikir cara untuk mencari duit..merompak mungkin..jom rompak bank..( please dont try this at home)..tata..study bersama angan2.





taken from:miss abaya

~"dunia baru"~

ya ALLAH rindu nya masa zaman skola menengah..banyak yg mahu dirungkai kan bagaimana diri ana boleh menyertai madrasah idrisiah dgn keadaan yg dipaksa rela..adakah perkataan "dipaksa rela" itu?..memandai je diri ini..hurm klu dulu penggunaan istilah bahasa arab sgt sinonim untuk yg bersekolah agama..tapi penggunaan itu semakin dilupakan,setelah habis blaja form 5. mungkin penggunaan istilah arab still selamat bg pelajar yg menyambung pengajian di Mesir contohnya..melangkah je diri ini ke MMU..istilah ganti diri pon bertukar kpd " saya awk","i you", "aku engkau","gua lu" pon ada..aish ganas nya..hik..hik....
Mungkin kah zaman ini akan kembali dalam hidup ana?..tetiba je teringat..org time nih study..diri ini mengimbau kisah lama plak..aduhai..

dengan ini ana ingin melancarkan kempem penggunaan istilah ganti nama diri dgn bahasa arab..xyah la susah2 sgt..ana pon bukannya fully leh ckp arab..hahaha nama je 5thn blaja arab tapi semua hancus..( dulu anti bahasa arab ).. asal klas arab je tido..tapi xpe walaupon kesedaran tuh dtg lambat..kita masih boleh blaja lagi ( better late than never )...JOM2 KITA SAMA2 LANCARKAN..

antum boleh mulakan dgn ganti diri ini dulu:

saya = ana

kamu ( lelaki ) = anta

kamu ( perempuan ) = enti

abang = akhi

kakak = ukhti

mereka ( lelaki ) = antum

mereka ( perempuan ) = antunna

kami = nahnu


sama2 kita lancarkan..sedikit2 slow2..lama2 terasa indah..( rase cam blaja kat mesir je :),)..mungkin ada yg dah lama mulakan..cuma xmeluas so kita luaskan lagi

yang ana dok ajak org..diri itu dh mula ke belum??..alhamdullilah td bru je stat..sape nk chat or sembang pasti kene menggunakan istilah2 diatas..klu x..chat antum/antunna tdk akan dilayan..hehe kejam nyeee..pastinya dimulakan dirumah dulu..insyaALLAH akan berterusan..

jika ada salah untuk perkataan diatas sila2 la tegur,or nak menambah kosa kata..sila kan..

p/s: opps nih bukan pelancaran cinta anta anti,tolong jangan salah paham..hik..hik..

skrg akhi bugsy pon menggunakan istilah arab..jgn men2..ya akhi bugsy,anta sgt2 cumel..eee geramnyee..rse nak picit2..

( beliau adalah seekor tikus kecik= hamster)
..later gambar akhi bugsy akan diupload..

ana mahu tido..huhu..nk cite pasal madrasati la plak..but after ana habiskan marhalah nih..huk..hukk

~keluhan sang mutarobbi~

"Akh, dahulu ana merasa semangat aktif dalam berda'wah. Tapi belakangan ini rasa semangat itu semakin hambar. Ukhuwah pula terasa semakin rapuh.Bahkan ana melihat semakin banyak ikhwah pula yang bermasalah."Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada seorang murobbinya di suatu malam. Sang murobbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad'unya.

"Lalu apa yang ingin antum lakukan setelah merasakan semua itu ? " sahut sang murobbi setelah termenung seketika. " Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana alami; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya,bila keadaan terus begini, ana mendiamkan diri saja." Jawab mad'u itu.

Sang murobbi termenung kembali. Tidak nampak raut terkejut dari wajahnya. Sorotan matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal. " Akhi, apabila suatu kali antum naik sebuah kapal mengharungi lautan luas, kapal itu ternyata sudah sangat usang. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang rapuh bahkan kabinnya berbau busuk kotoran najis manusia. Lalu, apa yang akan antum lakukan untuk tetap sampai ke tujuan?". Tanya sang murobbi dengan kiasan yang dalam. Sang mad'u terdiam dan berfikir. Tak kuasa hatinya menahan balik jawapan yang sebegitu tajam melalui kiasan yang amat tepat. " Apakah antum memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai ke tujuan?". Sang murobi cuba memberi pendapat. "Bila antum terjun ke laut sesaat, antum akan merasa bebas. Bebas dari bau kotoran najis manusia, merasa kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba, tapi itu hanya sesaat.


Berapa kekuatan antum untuk berenang hingga tujuan?. Bagaimana jika ikan yu datang?. Dari mana antum mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimana antum mengatasi kesejukan hawa dingin?" bertalu-talu pertanyaan itu dihamburkan di hadapan sang mad'u. Tak diduga, sang mad'u menangis tersedu-sedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian rupa. Kekecewaannya juga semakin memuncak, namun sang murobbi yang dihormati itu tidak memberikan jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.

"Akhi, apakah antum masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha Allah? " Bagaimana bila ternyata kenderaan yang antum naiki dalam menempuh perjalanan panjang itu tiba-tiba rosak? Adakah antum akan berjalan kaki meninggalkan kenderaan itu tersadai di jalan, atau mencuba memperbaikinya? . Tanya sang murobbi lagi.

Sang mad'u tetap terdiam dalam senggukan tangisannnya yang perlahan. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya :"Cukup akhi, cukup. Ana sedar.. maafkan Ana…. ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapatkan pingat kehormatan atau setiap kata-kata ana diperhatikan… " .

Biarlah yang lain dengan urusan peribadinya masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji- Nya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan menjadi penebus dosa-dosa ana". Sang mad'u menanamkan azam di hadapan sang murobbi yang semakin dihormatinya.

Sang murobbi tersenyum "Akhi, jama'ah ini adalah jamaah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punyai banyak kelemahan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih banyak kebaikan yang mereka miliki . Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang melalui proses menjadi manusia terbaik pilihan Allah." "Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu menpengaruhi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta'ala menghapuskan dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuskanlah kesalahan mereka di mata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini kerana di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka."

"Futur, mundur, kecewa atau berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang rasional. Apabila ketidaksepakatan yang timbul selalu diselesaikan dengan cara itu, maka bolehkah dakwah itu dapat berjalan dengan baik?" sambungnya panjang lebar. "Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya tahu bercakap-cakap atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya disebabkan itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah da'i, kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahi amanah oleh Allah untuk membenamkan masalah-masalah di muka bumi ini. Bukan hanya meluahkan masalah sahaja, yang akhirnya menyebabkann masalah jadi semakin runcing.

"Jangan sampai, kita seperti menyiram petrol ke sebuah bara api. Bara yang tadinya kecil, tak bernilai, akhirnya menjelma menjadi nyalaan api yang yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!" "Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada isu atau gosip tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkanlah segala sangka buruk antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal yang mantan budak hina menemui kemuliaannya. "

Suasana dialog itu mulai reda. Semakin lama, pembicaraaan semakin terasa akrabnya. Tidak rasa terdengar pun kokokan ayam jantan yang memecah suasana. Sang mad'u bergegas mengambil wudhu untuk berqiyamulail. Malam itu, sang mad'u sibuk membangunkan mad'u lain yang syahdu tidurnya. Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap setia bersama jama'ah dalam mengharungi jalan dakwah.Akhirnya dia menemui sinar harapan yang baru…


http://karismadaerahpetaling.blogspot.com/2008/10/akh-dulu-ana-merasa-semangat-aktif.html

~iman bukan untuk diwarisi tapi dicari~

Salasilah Dakwah
www.iluvislam.com
oleh : elbaihaqi
Editor : doraemong13



' Rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina kurrata a'yun '


Usai solat Isya' di Masjid Gamal,

Saya : Pijo, besar nanti Pijo nak jadi apa?

Pijo : Macam-macam Pijo nak jadi.

Saya : Ha, abang tau, Pijo mesti nak jadi ultraman kan? Tak pun power rangers..

Pijo : Tak nak lah..Pijo tak nak jadi tu. Tipu je semua tu. Mana ada ultraman wujud.

Saya : Jadi, Pijo nak jadi doktor macam abah Pijo ke?

Pijo : Tak tau..

Saya : Habis tu Pijo nak jadi apa?

Pijo : Macam-macam Pijo nak jadi, tapi yang paling paling paling paling Pijo nak jadi ialah Hafizul Quran..

Saya : Err.. (senyap)

Pijo : Aah, Pijo nak hafal Quran banyak-banyak!

-----------

Bertubuh kecil, berjubah suci putih, berkopiah kekuning-kuningan, ceramah baginya adalah santapan harian, bagai mendengar lagu, sentiasa keawangan bertemu tuhan.

Berahinya hanya pada Al-Quran. Si kecil itu adalah Hafizul Aiman. Berjiwa besar ingin menggapai Hamlatul Quran. Bagaimana kawan-kawan lain ketika seumur Pijo?

Saya masih teringat bagaimana saya meraung menangis merayu pada mama supaya dibelikan video tape Ultraman dan Masked Rider satu masa dahulu ketika seusia Hafizul Aiman. Ragam anak kecil manja pada seorang mama yang terlalu penyayang, dibelikan semua.

Juga, tetap segar dalam kotak ingatan ini, setiap akhir bulan bagai satu kewajiban untuk membeli komik, bukan satu bahkan lebih dari 6 buah sebulan. Kagum? haha.. Segan bila nak dibandingkan dengan Pijo. kan?

Jika kita merasakan Pijo bernasib baik kerana disenyawakan oleh dua aktivis dakwah, maka suasana keluarga mereka sentiasa penuh hidayah, barulah terlahirnya anak-anak yang tertarbiah, bagai cerita seindah cerpen Islamik Syauqatulwardah.

Maka disinilah akan ada suara-suara rintihan,

"Kenapalah keluarga aku tak macam tu? Huh.."

Jangan merintih sekarang jika tidak dilahirkan dalam sebuah keluarga berlatar masyarakatkan ustaz-ustazah mahupun kiyai atau juga hafiz-hafizah, jangan merintih dengan apa yang tiada.

Keluarga kita adalah yang terbaik untuk kita, yang disediakan oleh Allah untuk kita, yang mengajarkan kita kehidupan. Yang merintih itu mereka yang diracuni novel-novel bernuansakan islamik keterlaluan, mengimpikan suatu yang mustahil dicapai ,sehingga menyalahkan taqdir kehidupan. Jangan begitu kawan.

Biarlah salasilah kita bukan daripada jalur-jalur duat penggiat dakwah, abaikan semua itu. Biarkan kita yang mula mewariskan dan yang memulakan kemuliaan pada jalur salasilah kita. Biar kita yang mewariskan tarbiyah itu. Melahirkan kader-kader bermutu, pejuang agama yang gitu.




Inilah yang kita perlu mulakan.

Menarik ramai orang menyertai jemaah terkadang hanya menghasilkan 'peserta' dakwah tetapi bukan pejuang dakwah. Dengan kuantiti, Islam pada sejarah tidak pernah melonjak menang, tetapi dengan pewarisan dakwah atau tarbiah itulah yang akan melahirkan pejuang-pejuang berkualiti yang akan duduk di saf-saf hadapan memainkan peranan dengan aktif.

Bukankah para 'anbia wal mursalin' itu hadir dengan pengikut-pengikut yang sedikit. Tapi, sedikitnya bilangan kader itu, tetap berkesinambungan lantaran wujudnya pewarisan dakwah ini? Sehinggakan konsep pewarisan tarbiyah dan dakwah itu terabadi dalam Al-Quran.

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya:

"Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam"
(Surah al-Baqarah [2]:132)

Hentikan rintihan mulakan langkah perubahan, kitalah yang akan mewarnai salasilah kita dengan keizzahan Islam, semaikan pada jiwa kita iman, perbaiki niat, perbanyakkan amal.

Mungkin saja kelak nanti, kisah kita ini akan dinovelkan ;)



-----------

We don't have time asking for things that we don't have, we can only look for the best way to fight with the things we have for our whole life. - hiruma yoichi-

~Sejenak Bersama Dakwah~

Sejenak Bersama Dakwah
www.iLuvislam.com
al-aman
Editor: deynarashid

Bilakah kali terakhir dirimu menangis mengenangkan keadaan ummah ini?

Bilakah kali terakhir dirimu melihat seorang yg melakukan maksiat secara terang-terangan, lalu timbul rasa kasihan di hatimu lantas bermunajat kepada Allah untuk dirimu dan dirinya?

Lidah kita terlalu pantas melantunkan kata-kata kesat. Tangan kita terlalu ringan memukul dan menyakitkan. Kuasa yg ada digunakan semahu-mahunya. Semuanya dihalalkan atas nama dakwah.

Mengapa?

Tidak sepatutnya wahai pendakwah! Dakwah itu terlalu suci untuk dicemari sebegini rupa.

Islam ruh dan jasad


Untuk mengislahkan ummah, kita perlu kembali kepada Islam dengan maknanya yg hakiki. Ummah tidak menyelami hakikat sebenar Islam. Para pendakwah pula muflis akhlak dan ibadah. Kitalah golongan pendakwah itu. Ibadah kita tidak disertai rasa cinta. Rukuk dan sujud semata-mata tunduk tanpa khusyuk dan tawadhu'. Puasa hanya sekadar berlapar dan dahaga. Bacaan Al-Quran tidak mengalirkan air mata.

Dengan sebab inilah Imam Ghazali mengarang kitabnya Ihya' Ulumiddin. Ummah ketika itu berhajat kepada Islam yg sebenar. Islam secara ruh dan jasad. Ketika Al-Quds berada dalam genggaman tentera Salib, umat Islam pula berada dalam keadaan lemah dan hina. Imam Ghazali sedar penyakit yg menimpa ummah lalu menyediakan rawatan melalui kitabnya, Ihya. Maka lahirlah tokoh sehebat Nuruddin Zinki dan Solahuddin Al-Ayyubi.

Pada hari ini, seorang lelaki berkata dengan penuh semangat, "Keadaan umat tidak akan berubah melainkan dengan kemunculan seorang pemimpin sehebat Solahuddin Al-Ayyubi." [
1] Lalu seorang yg pakar dengan ilmu dakwah menjawab, "Kalaulah Solahuddin Al-Ayyubi muncul pada hari ini, tentu beliau akan dijual kepada musuh. Solahuddin Al-Ayyubi tidak keseorangan pada zamannya, bahkan beliau merupakan produk tarbiyyah dan produk masyarakat yg hebat. Daripada masyarakat dan persekitaran inilah, munculnya Solahuddin Al-Ayyubi!"

Masyarakat yg hebat akan melahirkan individu yg hebat. Masyarakat yg bangsat akan melahirkan individu yg bangsat. Rawati ruh kita. Kita rawati masyarakat.

Nasihat


Seorang pendakwah perlu memberi nasihat dan menerima nasihat.
Hinakan diri untuk menerima nasihat hatta dari seorang gila di jalanan. Sebelum memberikan nasihat kepada orang lain, hadirkan dalam hati anda bahawa orang tersebut lebih mulia daripada anda. Susah bukan?

Bersedialah untuk sebarang kemungkinan jika dia tidak menerima nasihat anda.
Jangan takut kepada celaan orang yg mencela. Dan bersungguhlah untuk menasihatinya lagi. Jangan juga membuatkan orang yg dinasihati berasa dirinya mulia. Kerana jiwa manusia kebiasaannya tidak akan menerima nasihat dalam keadaan merasakan dirinya mulia.

Secara peribadi, saya berpandangan bahawa nasihat atau teguran kepada orang yg melakukan maksiat di jalanan tidak sepatutnya dipanjang-panjangkan. Cukup dengan sekitar 30 saat dan minta izin untuk berlalu pergi. Kerana tujuan asal dia berada di situ bukan untuk mendengar tazkirah anda. Tazkirah yg berjela-jela akan menjemukan dan mengganggunya. Kecuali jika dia yg memohon penjelasan.

Namun, jika anda punya kuasa maka gunakannya bersesuaian dengan keadaannya. Jangan mengiakannya dan jangan melampaui batasnya.

Mengambil manfaat dari setiap yg berfaedah

Kebijaksanaan umpama barang yg tercicir milik orang beriman, sesiapa yg menemuinya dialah yg paling berhak. Setiap perkara yg berfaedah perlu dimanfaatkan walaupun berasal dari bukan Islam.

Pendakwah perlu tahu beza antara mengambil faedah daripada bukan Islam dan tasyabbuh dengan bukan Islam. Pendakwah perlu melihat dengan kacamata syara'. Adakah syara' memujinya atau mengejinya.

Lalu,
ambillah faedah daripada bukan Islam sekadar yg diharuskan syara'. Manfaatkan setiap peluang yg melintas di hadapan! Pendapat yg mewajibkan untuk mengambil setiap amalan barat dengan alasan mereka telah mencapai kemajuan adalah pendapat yg batil. Begitu juga dengan pendapat yg mengatakan barat adalah musuh kita maka jangan manfaatkan apa-apa pun daripada mereka.

Niat ikhlas untuk menyampaikan kebaikan kepada semua


Timbul persoalan, "Adakah diri anda berasa suka untuk menyampaikan kebaikan walaupun kepada orang yg menyakiti dan mengutuk anda?" Jika jawapannya, "Ya", maka itu petanda kepada keikhlasan niat anda dalam berdakwah di jalan Allah.

"Adakah dakwah anda umum kepada semua? Atau sekadar kepada mereka yg sehaluan dengan anda?"
Jika jawapannya, "Umum kepada semua", maka anda adalah pendakwah yg sebenar.

Pendakwah perlu sentiasa menghadirkan niat di dalam hati untuk menyampaikan hidayah kepada semua. Hatinya tidak boleh sunyi daripada niat ini dalam apa jua keadaannya.

Sabda Baginda, لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." Riwayat Bukhari dan Muslim.


Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata bahawa 'persaudaraan' dalam hadith ini bermakna persaudaraan yg umum iaitu persaudaraan kemanusiaan. Imam Nawawi berkata lagi, "Oleh sebab itu, berdoa hidayah kepada orang kafir hukumnya sunat." Beliau juga berkata, "Yang dimaksudkan dengan mengasihi (dalam hadith ini) ialah menginginkan kebaikan dan manfaat."

Tidak sibuk dengan perkara cabang

Perkara cabang atau furu' yg masih berada dalam ruang lingkup khilaf tidak seharusnya diperdebatkan. Si pendakwah perlu menghayati adab-adab dalam berkhilaf. Kaedah fiqhiyyah menyebut, "Tidak diingkari perkara yg khilaf padanya tetapi diingkari perkara yg telah diijmakkan ke atasnya."

Maka seorang pendakwah mesti membezakan antara dua kategori tersebut. Sekiranya telah diijmakkan sesuatu perkara, maka wajib diingkari perkara yg berlawanan dengan ijmak ini.

Pintu dakwah terbuka luas


Seorang pendakwah perlu tahu bahawa pintu dakwah tidak pernah tertutup. Lapangan dakwah terbentang luas. Pendakwah perlu sedar bahawa pintunya banyak dan dia boleh memasuki melalui mana-mana pintu yg sesuai dengan dirinya.

Jika di dalam penjara sekalipun, dia masih boleh berdakwah. Jika dipenjara seorang diri, maka penjaga penjara merupakan sasarannya. Jika penjaga penjara enggan berbicara dengannya, maka dakwahnya ialah melalui doanya dan melalui senyuman kepada setiap yg memandangnya. Dia hendaklah berniat bahawa keberadaannya di dalam penjara sebagai sebab hidayah kepada orang yg menzaliminya.

Tidak malu, tidak jumud dan berfikiran terbuka


Pendakwah juga tidak boleh malu dalam berdakwah. Abaikan siapa yg berada di hadapan anda. Tugas anda ialah menyampaikan kepada semua. Kawan mahupun lawan. Persetankan ejekan di sekeliling. Berpegang dengan prinsip tetapi tidaklah sehingga jumud dan berfikiran terbuka tetapi tidaklah sehingga menggadai prinsip. Keterbukaan itu hendaklah tidak melepasi orbit Islam.

Pendakwah juga hendaklah bersikap profesional dan mahir dalam menghukum sesuatu perkara. Tidak emosi dan tidak mengikut hawa nafsu.

Asal dakwah, lembut atau keras?

Sesungguhnya asalnya ialah lembut dan keras itu ialah cabangnya. Pendakwah hendaklah menggunakan kelembutan dalam ucapan dan tingkah lakunya. Digalakkan bergurau sekadarnya dan jangan bergurau kecuali dalam perkara yg benar.

Tetapi, dakwah juga berhajat kepada kekerasan dalam sesetengah keadaan. Rasulullah s.a.w. sentiasa bergaul mesra dengan Usamah bin Zaid r.a. Tetapi ketika mengetahui Usamah telah membunuh seorang musuh yg telahpun melafazkan syahadah dan beliau menggunakan alasan bahawa si musuh hanya ingin menyelamatkan diri, Baginda telah menggunakan kekerasan. Baginda berkata kepadanya, "Adakah kamu telah membelah hatinya?" Sehinggakan diketahui isi hatinya...?

Kekerasan dalam dakwah ibarat ubat bukannya makanan. Ilmu psikologi membuktikan bahawa seseorang manusia apabila kerap kali dilayan dengan keras, kasar dan denda, dia akan hilang perasaan rasa bersalah, menjadi lali atau kebal dengan nasihat dan bersikap tidak peduli.

Tetapi jika selalu dilayan dengan lembut lalu ada keadaan yg memaksa supaya dilayan dengan kekerasan, maka digunakan kekerasan, ini akan memberikan kesan yg mendalam terhadapnya. Bahkan penggunaan ubat yg berlebihan tanpa mematuhi disiplin akan mendedahkan pesakit kepada sakit yg lebih dahsyat. Apatah lagi jika pendakwah menggunakan kekerasan sebagai makanan dan bukan sebagai ubat, ini akan menambahkan lagi penyakit orang yg ingin dirawatinya. Sebahagian pula tertipu dengan menganggap kelembutan ialah kelemahan. Jauhilah anggapan keji ini.

Jangan menghina orang


Sebahagian orang yg mengaku pendakwah dikira gagal dalam gerak kerjanya apabila menganggap sebahagian orang langsung tiada manfaat dan faedah kerana sikap buruk yg diamalkannya. Bahkan orang yg mengatakan orang ini atau itu tidak berfaedah sepatutnya bimbang tentang dirinya sendiri, adakah dia seorang yg berfaedah? Adapun jika seseorang melakukan maksiat secara terang-terangan dan berbangga dengannya, maka dibenarkan untuk mengumpatnya.

Untuk perincian, beleklah Ihya Ulumiddin, Kitab Aafaat Al-Lisan. Mudah-mudahan tulisan ini dapat dijadikan pedoman untuk diri ini dan para pendakwah di luar sana.


Kosa kata:

- tasyabbuh = meniru/menyerupai
- khilaf = perbezaan pendapat
- ijmak =
kesepakatan para ulama'
- jumud = berfikiran sempit

[1] Ucapan ini diucapkan oleh seorang peserta dalam sebuah muktamar yg dihadiri oleh Habib Ali di Perancis. Lalu, Habib Ali melontarkan pandangannya. (Dengan sedikit edit)

Rujukan:
1- Muqowwamat Ad-Daieyyah, ringkasan pengajian Al-Fikr Ad-Da'wi yg disampaikan oleh Habib Ali Al-Jifri
2- Syarah Al-Arbaien An-Nawawiyyah, karangan Imam Nawawi

~mabuk cinta terhadap ALLAH~


http://alghazali-ramdzan.blogspot.com/

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Zarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Zarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Zarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Zarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Zarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata daripada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Zarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima tetapi lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

~untuk mu ibu ~




UNGU FEAT ROSSA
TERCIPTA UNTUKKU
version: accoustic
menatap indahnya senyuman di wajahmu

membuatku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan
kepada dirimu

reff:
aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku

meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tahu
ku selalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku

sungguh hanya lah dirimu
yang aku cintai
dan sungguh ku kan di sisimu
hingga ku mati


selamat hari ibu kepada Puan Khairiah Bt Zulkifli..ya yang pastinya beliau sedang bz dgn decoration rumah sampai lupa untuk menelefon diri ini..anyway abah je yg bz2 kol soh wish hari ibu,beliau ingat diri ini lupa agaknya.."abah,kak yong xlupa la..abah yg awal sehari,lagipon mak bukan nyee ingat ( hehe bz tuh )..so diri ini wish la kat mak awai sehari..mak pon ckp "ler nih minggu ibu ke?"..see i told u already abah..

hurm lambat skit update pasal hari ibu..kerna diri ini tahu mak pasti tidak membuka blog ini..( klu beliau dpt trace,alamatnya blog ini harus ditutup..haha)..tapi nak gak update..

mak jika mak terbuka blog kak yong yg xseberapa nih..kak yong hadiah kan untuk mak lagu yg kat atas tuh..actually lagu tuh untuk para kekasih,tapi mak lah kekasih kak yong..lagu tuh sgt2 sesuai untuk didedikasi kpd mak..tiada ucapan yg boleh kak yong ungkapkan betapa besar pengorbanan mak kpd kami 2 beradik..

tgh tgok tv de nampak satu iklan..kata2 itu sgt2 besh untuk ditulis...

"tiada anugerah yg terindah selain menjadi seorang ibu"..

selamat hari ibu juga..kpd semua ibu didunia ini..kpd bakal2 ibu juga..kpd ibu mentua jua :)..ibu jugak tuh walaupon xde lagi..adess

p/s: mak lambat skit hadiah tuh..


~jom perangi zionis~

nih keje org pemalas tau..haha malas nk trace point..so solution nyee kita curi kat blog org..hik.hik..izin laluan hek dr mr WADI QURRA'...anyway trimas la..solute lah..tdo pon leh dpt input..ngaku la dr awal2 syahid dah..hehe



Bismillah...

Sebesar2 dan sebanyak2 syukur buat Pemilik dan Pencipta diri, bahkan seluruh yang ada adalah ciptaanNya yang Kuasa. Selawat dan selawat buat baginda yang dirindui, Muhammad Rasulullah.

Berakhir sudah satu konvensyen yang julung kalinya diadakan seumpamanya. Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis yang telah berjaya mengumpulkan anak2 Malaysia yang punya kesedaran terhadap isu Palestine dan dengan jayanya telah mengumpulkan semua dalam satu dewan seramai lebih 3000 orang, alhamdulillah!

Konvensyen telah berlansung pada 9 Mei 2009, iaitu hari sabtu yang lepas. bertempatnya di PWTC, alhamdulillah ana berkesempatan turut serta memeriahkan suasana yg sememangnya cukup meriah. Kami rombongan MMU mewakilkan 2 bas, dan selebihnya 2 bas lagi adalah rombongan dari Melaka, jadinnya 4 bas lah, ramai juga, alhamdulillah. Kami bertolak dari MMU pukul 6.45 pagi dan sampai lebih kurang 8.30. memang ngam2 saja masanya, sampai2 pi mai2 kejap then terus masuk dewan, majlis baru saja hendak mula, alhamdulillah tidak ketinggalan.

InsyaAllah ana akan kongsikan sedikit maklumat, sedikit yang sempat dingati dan dicatat, kebanyakannya akan ana sampaikan mengikut apa yang ana dengar dari panelis, mungkin ada yang kurang ana setuju, tapi itu hak panelis dengan ilmunya dan pegangannya, ana sampaikan disini sebagai info serta perkongsian. Mungkin juga ada sedikit ulasan ana.

Sesi Pembentangan pertama telah disempurnakan oleh Dr Roslan, pensyarah UM yang telah mendapat ijazah kedoktoran dari Scotland, punya kelulusan dalam bidang Kajian Jurusalem - Islam. Banyak info2 yang telah dibentangkan Dr Roslan, terutamanya tentang cara perluasan kuasa oleh zionis. Juga dibentangkan perihal pemula idea penubuhan negara yahudi oleh Theodore Hertzl yang terkenal itu. Asalnya idea penubuhan negara yahudi ini bukanlah di Palestine, si Theodore Hertzl itu bukanlah religous sangat, baginya asal ada tempat saja untuk negara Yahudi.

Dr Roslan juga menerangkan tentang kekejaman bangsa kolonial eropah yang telah menindas teruk golongan yahudi, sehinggalah munculnya idea penubuhan negara Yahudi oleh kerana ketidakpuasan hati bangsa yahudi. Sebenarnya inilah juga yg disebut dalam persidangan oleh presiden Iran tempoh hari, Ahmadinejad, beliau telah utarakan soal inilah sehingga delegasi2 dari negara eropah memboikot persidangan, tak mahu terima kenyataan, bodoh sombong!. Mengikut Dr Roslan jika dilihat kembali, apa yang berlaku sekarang di Palestine, puncanya adalah dari tindakan bangsa kolonial eropah dulu yg telah menindas teruk yahudi, dan sekarang mereka bermati matian menyokong agenda yahudi zionis demi menutup kesilapan mereka yang lalu.

Kemudian ana lanjutkan ke pembentangan kedua oleh panelis yang tidak asing lagi, Dr Azzam Tamimi, beliau adalah pengarah jabatan pemikiran Islam di London, beliau adalah ahli politik dan aktivis palestine, sekarang warganegara British. Dr Azzam ini memang sedikit lain dari yang lain, Ideanya sarat dengan benda2 baru dan kadangkala amat contra serta bertentangan dengan apa yang selalu kita dengar, menarik!. Satu kenyataan menarik dari Dr Azzam, zionis bukan saja Yahudi, bahkan sesiapa yang menyokongnya dan beraliran sama seperti mereka, adalah zionis. Jadi Kristian ke, Islam ke, Buddha ke berpontensi menjadi Zionis. Ana tersenyum sendiri ketika itu, Islam Zionis?...ah...siapa ya...senyum lagi!.

Dr Azzam juga menekankan kita tidak bermusuhan dengan yahudi, bahkan mampu berbaik2 dgn mereka tanpa masalah, asalkan tiada konspirasi. Idea ini ditentang oleh salah seorang Dato' semasa sesi soal jawab, panjang lebar beliau menerangkan dan menyerang idea Dr Azzam, katanya agenda yahudi zionis telah bermula pada 70 masihi lagi semasa Rom menghalau "yahudi" dan beliau mengaitkan dengan ayat Quran yg menyatakan tidak akan redha yahudi dan nasrani kepada Islam sehingga kita mengikuti mereka. Dr Azzam membalas kembali, mengatakan ayat2 Quran perlu ditafsir bukan saja dengan tahu balaghah, nahu dll, tetapi perlu mengetahu asbabun nuzul, ketika ayat itu diturunkan keadaan bagaimana, dimana, dan apa sebabnya nuzul ayat itu.

Menurut Dr Azzam, musuh kita adalah zionis dan agendanya, bukan yahudi. Kerana konspirasi zionis inilah telah memporak perandakan Islam dan Palestine kini. Jadi apapun, bahkan jika Ikhwanul Muslimin, HAMAS, atau apapun jemaah Islam telah beralih arah mengkuti agenda zionis, maka kita wajib memusuhinya! Pokoknya adalah memusuhi agenda zionis itu. Sebenarnya kata Dr Azzam lagi, idea yang dibawa oleh Theodore Herztl yang mahu menubuhkan negara yahudi telah dianggap sesat oleh org yahudi sendiri bahkan telah mengatakan si Theodore itu telah pun murtad.

Akan tetapi lama kelamaan idea Theodore Herztl semakin diterima akibat penindasan teruk oleh bangsa kolonial eropah terhadap yahudi, salah satu peristiwa utamanya ialah Holocoust itu sendiri, yang mana bangsa yahudi di bunuh beramai2. Kata Dr Azzam, Hitler sendiri sebenarnya telah digunakan oleh pihak2 tertentu untuk meyakinkan bangsa yahudi mereka tidak lagi selamat untuk berada di negara eropah dan perlu berpindah ke Palestine. Dan itu antara sbb Holocoust berlaku.

Dr Azzam juga mengingatkan agar setiap maklumat yg kita dapat perlu ditapis dan dikaji secara mendalam bagi mengelakkan penipuan, Ascertain the truth! katanya. Ini kerana byk maklumat yang salah, beliau menyatakan antara contohnya adalah Protokol Zionis atau hukama sohyuni itu yang kita ketahui datangnya dari hasil seludupan oleh seorang wanita Perancis selepas satu persidangan rahsia Freemason kalau tak salah ana. Mengikut Dr Azzam itu adalah dokumen palsu, sebabnya tak mungkin zionis membenarkan agenda rahsia meraka secara besar besaran disebarkan bahkan membiar saja. Satu lagi adalah mengikut Dr Azzam tidak tahu mana asal usul datangnya dokumen itu secara pasti. Idea ini juga telah ditentang oleh perserta konvensyen, ada yang menyoal balas bertanya kalau begitu, apa buktinya atau apa faktanya yang mampu membenarkan kenyataan Dr Azzam bahawa dokumen itu palsu. Ana berfikir!

Satu lagi kenyataan Dari Dr Azzam yang membuat ana berfikir, katanya jangan kaitkan dengan Dajal, semua cara dan kebijakan konspirasi zionis adalah kerana mereka terdidik dari kecil untuk bijak berkonspirasi, bukan kerana bantuan dajal atau apa pun, dajal itu akan datang pada masa depan dan jangan kaitkan dengan masa ini katanya. Ana fikir lagi! dan kali ini kami wakil2 MMU ketika itu berbincang kalau dapat ketemukan Dr Azzam dengan Sir Halim (pensyarah economic MMU) pasti seronok melihat debat ilmiah mereka. Mungkin!...:)

Dan ini lagi satu aura panas telah dibawa oleh Dr Azzam, beliau dengan semangat berkata if you want to wait for Mahdi or Messiah, just wait for it! but i don't want to! because there is no such thing! everybody is mahdi! we have to do it now!, not just wait!. Ini benar2 mencabar fikrah ana, dan sebilangan peserta konvensyen juga hangat dengat kenyataan ini. Ia bukan sekali bahkan diulang2 Dr Azzam. Ana dengan tegas disini mengatakan bahawa jika maksud Dr Azzam ialah dia dengan benar dan besungguh2 menolak kehadiran Imam Mahdi, kerana alasan itu hadith dho'if, maka ana menolak keras kenyataan ini dengan akidah yang ana yakini. Mungkin hadith itu dho'if tetapi jalan periwatannya banyak dan saling boleh menguatkan antara yg lain, juga ia tetap hadith, mgkin lemah disebabkan ada sedikit syarat yg x dipenuhi, tetapi tetap bukan maudu'!

Akan tetapi Dr Azzam menyambung dengan memberitahu kepada hadirin bahawa kita perlu bangkit berusaha sendiri bukan hanya menunggu!...kalau Dr Azzam bermaksud mahu mengubah persepsi Umat Islam bahawa sekarang kita perlu bangkit dan tidak lagi malas2, perlu berjihad!...maka ana setuju matlamat itu, tetapi caranya itu rasanya kurang tepat, bukan semua org boleh memahami, org awam dengan fikrah meraka, org berilmu dengan fikrah mereka, jadi sebaiknya elakkan kenyataan yang boleh timbul salah faham. Bahkan dalam perbincangan kami selepas program, Ustaz luthfi dari HEP pun mengatakan masa itu Dr Azzam agak emosi, memang pun, merah mukanya dengan nada tinggi pula, kami juga bersependapat bahawa jika Dr Azzam benar2 menolak kedatangan Imam Mahdi, kami berlepas diri dari kenyataan itu. Dia dengan kenyataannya, kami dgn pegangan kami, wallahu'alam.

Itu adalah sedikit perkongsian dan ulasan kenyataan yang disampaikan Dr Azzam Tamimi, sebenarnya banyak lagi, namun disebabkan oleh masalah2 teknikal, sesi kedua pembentangan Dr Azzam, selepas rehat dan makan, telah menyebabkan ana gagal menyerap dengan baik maklumat pada waktu itu, sebagai penegasan dan bagi mengelak berlakunya salah faham, ana ingin nyatakan disini bahawa ana tak tidur pada waktu itu, tak caye takpelah, tak nak kawan....hehehe. Betul, tanye sape2 yang nampak ana, ada nampak ana tidur???...kalau nampak ana pejam mata tu, tengah berzikir tu...ibadah sirr!...

Ok Kita lanjutkan, sekarang ana kongsikan pula apa yang ana dapati dari panelis ketiga, Dr Mohsen Salleh. Beliau merupakan pengarah al Zytouna Center of Studies and Consultations, Beirut. Beliau adalah seorang yang aktif dalam isu palestine, menerbitkan buku, berceramah keseluruh dunia and etc. Dr Mohsen telah menyatakan bahawa Palestine sememang istimewa, ada tiga tempat yang penuh keberkatan iaitu Madinah, Makkah, Dan Palestine sendiri, tetapi jika dilihat Madinah dan Makkah telah dijanjikan Allah sebagai tempat yang aman. akan tetapi palestine pula telah dijanjikan sebagai bumi perjuangan.

Dr Mohsen juga menegaskan bahawa yahudi zionis bukanlah lawan umat Islam jika jika bersatu, masalahnya ialah umat islam tidak bersatu, tiada perpaduan, dan kelemahan inilah yang telah menjadikan yahudi zionis ini kuat. Israel juga mengharapkan barat, mereka menjadikan barat sebagai proksi2 mereka, dan kebijakan mereka telah mampu membodohkan barat. Jika umat Islam bersatu sebenarnya semua ini mampu diatasi. Ana berfikir, benar sungguhlah, sekarang kita dapat lihat sesama jamaah Islam pun boleh saling memburukkan antara satu sama lain, yang itu kata aku lebih 'ikhwan', yang sini kata aku lebih tarbiyah. Lepas tu saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain, kelemahan jamaah disisi didedahkan kepada org yang baru mula mahu berjinak dengan arena dakwah, bukan mahu membantu dgn cara yg berhikmah...elok benarlah tu, kita saling jatuh menjatuh, musuh sebenar zionis sana sedap2 saja menyembelih umat Islam. Teruskan begitu, dan tunggu masanya kita sendiri disembelih ketika sedang mengumpat jamaah lain. Sarcastic?...ini kenyataan!

Ok2, kita teruskan dengan Dr Mohsen. Beliau menyatakan yahudi zionis tetap gagal dalam usaha menghapuskan umat Islam di Palestine, pembunuhan besar besaran, serangan bermacam jenis bom, jet2 canggih, senjata kimia and so on, tetapi gagal, bahkan bilangan kelahiran di Palestine meningkat, rakyatnya sentiasa bertambah. Inilah bantuan Allah, teruskan berjihad, itu urusan kita sekarang, yg lain2, serahkan pada Allah, jangan ragu dengan bantuanNya!

Seterusnya Dr Mohsen menyatakan bahawa tentera Israel mmg cukup kuat, dan ia dicipta untuk memenangi sebarang perang antara negara Arab. Dengan kelengkapan serba moden dan sebagainya, namun tetap tidak dapat mengalahkan pejuang2 Palestine, tidak berjaya dalam usaha menakluk Ghazzah, cuba bayangkan kalau seluruh umat Islam diseluruh dunia bersatu, mahunya negara haram Israel itu hancur lebur,bahkan dunia pun akan mampu diterangi dengan kalimah LAILAHAILLALLAH!!!.

Kata Dr Mohsen, walaupun kelengkapan tentera Israel hebat, tetapi askar2nya penakut dan tidak punya semangat juang. Dan satu yang agak lawak, Dr Mohsen kata, tentera Israel ni disebabkan oleh pemalas dan penakutnya mereka, ketika berada didalam kereta kebal, tak mahu keluar, walaupun nak buar air, buang dalam tu ja, penakut!. Jadi kita sudah nampak perbezaan ketara antara tentera israel dan mujahideen palestine, sekarang kita juga perlu bezakan diri kita dengan soldadu Israel bangsat itu, kalau kalian pilih untuk terus malas2 dan saling bergaduh sama sendiri...ya, jadilah macam si bangsat itu, afwan jika terkasar.

Rasanya setakat itu dulu ana kongsikan untuk kali ini, penat menaip. Bersyukur sangat berpeluang ke konvensyen kali ini, begitu berinfomasi, juga dapat melihat betapa ramai lagi manusia2 yang begitu perihatin dengan nasib umat Islam sekarang, juga ana bangga melihat hadirin yang hadir adalah muda mudi majoritinya!...masa depan umat Islam ditangan pemuda dan pemudi, ingat tu!...Dalam pada itu syukur juga, dalam celah2 orang ramai dapat juga ketemu sahabat2, bahkan sahabat lama dari sekolah, yang sudah 4 tahun tak jumpa pun dapat ana ketemu...:). Lupa ana ingin nyatakan, juadah tengah hari tu agak sedap la, dan rasanya sbb ramai yang makan banyak, jadinya sesi petang itu ramai yang "syahid"...ana tak, ana "ibadah sirr"...

Konvenysen tamat awal dari jangkaan, belum pun pukul 4 sudah tamat, jadi berlegar2 lah kejap, ke The Mall, merayau kejap, mula merayau dengan Hisyam, pastu secara individu pula, banyak masa, tapi pulus tak ada, so merayau jela, belinya tak dapat lah. Disebabkan sedikit bosan, petang tu lepas p meronggeng minum petang dengan Hanif anak muda kat PWTC, ana turun kejap, last2 penin lalat taktau duk kat mana, hehe, cari yang lain2 tak jumpa, kredit plak takde time tu, tengah penin2 tu jumpe cik co - pilot yg berkaliber dan cemerlang dengan 2 junior, buat2 rilek jela, hehe...depa kata nak p The Mall, ana pun dapat idea, haa...p The Mall la beli Topup...lepas depa p tu ana p kejap...hehe....adehai zul...kamu mmg pening!

Alhamdulillah setel semua, dalam pukul 6 petang kami mula naik bas untuk pulang, awalnya ana nak join Hisyam naik bas sekali, tapi last minit dengan ilmu kasyaf ana yg terer ni, tukar pilihan...naik bas satu lagi. Last2 dapat tau bas yg ana tak jadi naik tu rosak, lambat la depa sampai sikit, kesian...tapi alhamdulillah selamat semuanya...:)...mungkin co pilotnya tak cemerlang kut...hahaha...nampaknya ana membebel lagi..jangan pening2 ya. Apapun semuanya lancar dan alhamdulillah semuanya selamat...semoga apa yang kita dapat ini boleh dimanfaatkan untuk ummah!...sekian ana undur dulu...wallahu'alam

p/s : Apakah itu Islam zionis?...ada atau tidak?...ini kerja rumah untuk semua, semoga bermanfaat...:)

p/s : Perkataan yang paling ana ingat sampai skrg adalah perkataan Dr Azzam Tamimi - Bloody arab! - Bastard Jews!....adei2...satu dewan hingaq...ganas betul encik Azzam ni.

~Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu~



Melly feat Amee - Ketika Cinta bertasbih.

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

~kekhilafan diri ini~

” aku tidak bimbang jika yang menentang dan menghalang Islam itu adalah dari kalangan orang² kafir kerana itu adalah Sunnatullah dalam perjuangan tetapi aku bimbang jika segala halangan yang mendatang adalah daripada orang Islam itu sendiri” - Yusof Qardawi

apa yg menjadikan kebimbangan sheikh Yusof Qardawi,telah pon berlaku pada umat islam akhir zaman..

eieie tau tak betapa malasnya nk update blog..nih pon sdg berkira2 nk update ke tak..tapi nk kene tulis gak..coz blog nih la salah satu tempat luahan rasa hati ku..huhu..anyway lately nih banyak kesdihan melanda tapi alhamdullilah,aku masih ada ALLAH untuk mendamaikan hati ini..

diri ini tidak lah sesempurna org2 lain,diri ini adalah selemah2 sehina2 hamba ALLAH,diri ini sgt2 dhoif lagi fakir,tapi ya ALLAH aku amat2 bersyukur diatas kasih syg yg diberikan terhadap aku,tanpa cinta-MU pasti aku terus hayut,terima kasih ya ALLAH..dgn linangan air mata ku gagahi jua menaip entry ini,tapi tangisan ini bukan kerna menunjukkan kelemahan ku atau menunjukkan kemanjaan tapi air mata ini berlinangan kerna sedih melihat umat islam zaman skrg,sedih melihat kekhilafan diri,sedih dgn kealpaan diri sendiri..apa yg ditakuti telah ku lihat didepan mata ku..

argh semua org suka berckp,bersyarah,berdebat sampai bergegar bumi nih..tapi kebanyyakan hampes je..sama je dgn diri ini,betul la apa yg dikatakan oleh seseorg..

“Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan (baca: tuliskan), itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia…”

kusangka diri ini cukup kuat menghadapinya..tapi sangkaan itu meleset..setelah diingatkan dgn ayat diatas kekuatan itu kembali bersama2 dgn kasih sayang-NYA..semalam berkesempatan jua diri ini untuk ke masjid bg mengubati hati yg kesedihan,ha nih la manusia bila sedih je ingat ALLAH,sepatutnya sepanjang masa kita kene ingatkan ALLAH..( aku lah tuh yg sering alpa)..sementara menunggu azan subuh,tetiba je diri ini berfikir,argh bagaimana ummat islam nak maju,klu subuh pon sunyi sepi,susah nak bangun.. ( teguran ini untuk diri sendiri jua)..sedihnya memikirkan keadaan ini..diri ini berfikir2 lagi,

dikata diri itu hebat,semua org dikatakan salah,nk menerima teguran pon xboleh..bila tak diberi respon dikata penakut..bak kata diri yg hebat itu " berani kerna benar,takut kerna salah"..bukan takut tapi jika diberi secara penulisan, intonasi dan nada mungkin berbeza dgn kita bersua muka..takut dgn penulisan lebih menguris perasaan..,diberi sedikit tekanan, melenting,dendam,pendam perasaan tuh..sedih rasa nya,bukan sedih kerna komen2 itu,tapi sedih kerna gagal memberi fahaman yg betol,..benarlah hidayah itu milik ALLAH..adakah lagi pejuang seperti Rasulullah dan sahabat2 baginda,Salahuddin al Ayubi dan para pengikutnya??..dikata kan mahu jadi pejuang tapi tekanan sekecil itu pon tdk boleh dihadapi..ku akui tekanan mmg memeritkan,tapi tekanan itu mematangkan,tekanan itu indah bila kita dapat mengawalnya dgn bijak,tekanan itu jua membuatkan kita lebih kuat,..ku akui jua tekanan membuatkan diri ini marah..tapi marah itu kerna disertai dgn bisikan syaitan..jangan kalah dgn bisikan itu!!!..argh diri itu sungguh hebat,tapi dimanakah diri yg hebat itu mengapa tidak memenuhi shj diri2 yg hebat itu dimasjid ketika subuh.susun saf rapat2 dan berjemaah itu adalah lebih hebat..lebih hebat jika diri itu menjadi imam,barulah semua yg dikatakan dihormati,disegani..disitulah baru adanya kesatuan ummah,org2 bukan islam akan respect kita..ini tdk org islam skrg makin berpecah belah,perasaan2 mazmumah sentiasa terpahat..tahukah kalian..ketika kalian bertingkah ( secara terbuka )..org2 yg bukan islam pasti ketawa senang hati,mereka xberusaha sedikit pon nk menghancurkan kita..kita sendiri yg menghancurkan diri sendiri.. ( tepuklah tgn anda..kerna anda berjaya )

klu ikutkan perasaan marah dan bisikan syaitan,diri ini sgt2 membenci diri2 yg dikatakan hebat itu..ohh aku tdk pernah benci org seperti ini..tolonglah ya ALLAH jgn benarkan bisikan jahat ini menguasai diri..ku mahu menyangyangi semua org,ku mahu mereka merasai kenikmatan yg sama dgn ku..malah lebih dari diri ini..

azan subuh berkumandang,walaupon agak lewat beberapa minit,oh tiada siapakah disebalah sana mahu melaungkan kalimah2 ALLAH,dimanakah diri2 yg dikatakan hebat itu..mungkin ini kerna tugasan ini ada jadual tersendiri.,tapi tdk mengapa la,biarkan diri2 yg hebat itu memikirkannya sendiri..

andai diri2 yg dikatakan hebat itu tahu bagaimanakah sifat aku ketika dulu ( dulu aku lagi hebat dr kalian )..pasti mereka terkejut..semua yg aku lakukan,aku rse betol..semua dikatakan org,semua salah..alih2 sampai ke hari ini aku berterima kasih kpd mereka yg berjaya menngubah diri ini,mereka yg dulu,sentiasa menerima kekurang ajaran diri ini..aku pasti mengingati mereka dan malu sehingga hari ini..

mohon ampun dan maaf diatas kekhilafan diri ini,sesungguhnya diri ini hamba ALLAH yg dhoif lagi fakir..aku lah sehina2 hamba ALLAH..

diri ini tdklah sehebat Rasulullah dan para sahabat,diri ini tdklah seberani Salahudin dan pejuang2nya ..diri ini tdklah sebijak..para syuhda..tapi diri ini sgt2 merindui Mereka..ya ALLAH ku pohon agar aku jua antara pejuang2 itu..

p/s: semoga ALLAH memudahkan urusan kita..jgn biarkan diri yg hina ini jatuh tersungkur..gapailah tgn ini untuk berlari2 bersama2 kalian menuju kejayaan yg diimpikan semua umat islam..setiap sesuatu pasti ada kelebihan dan kelemahannya.

kata Salahudin bin Ayubi: kita berperang bukan bg mendapatkan harta,tetapi kita berjihad hanya mengharapkan keredhaan ALLAH..