~air mata ramadhan~

Air Mata Tafakur Ramadhan
www.iLuvislam.com
oleh: FiNaS_90


Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah assignment di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al-Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana perbincangan di sana sini. MP3 player berisi ayat-ayat Al-Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan mulia ini..” Najwa mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al-Anfal ayat 2 :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal!”


Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulullah SAW:
Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta(Tiada Tuhan selain Engkau)
(Riwayat Abu Dawud, Ahmad)

Najwa singgah duduk di atas kerusi di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya. “Ya Allah hanya rahmatMu yang aku harapkan”.Dalam hati Najwa mengulangi doanya itu. Tiba-tiba terdetik di dalam hatinya: Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan? Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya. Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti program agama mingguan. Dia terasa sangat gembira kerana melihat wajah adik-adik yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah.

Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…” Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan. Najwa tersentak. Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin. “Oh… Di situlah silapnya…. Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini…. Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku” Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar.

Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelamatkan Najwa dari percampuran bebas lelaki dan perempuan. Dengan perasaan malu itu juga, pakaiannya semakin sopan menepati cirri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh. Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan sebuah program semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam-kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al-Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi…

“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab ?Maka tidakkah kamu berfikir?”
Najwa teringat Surah Al-Baqarah ayat 44. Ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini… Aku mengharapkanMu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku… Walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap. Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia itu zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri. Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak memerlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya.

Tetapi, manusia lupa… Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan. Najwa terkedu… “Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati. “Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik. “Alah… Maaflah… Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil memberi salam. “Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyekat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya. Najwa sengih sahaja.

Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki?(Apa khabar iman kamu?)”. Hayati senyum, “Alhamdulillah… Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!” Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan?” Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar dari seorang Sheikh semasa solat terawikh kat mussollah”. “Surah Al-Ma’un ayat 4-5. Dalam ayat 4… Allah mencela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa kenapa, Najwa?” Hayati bertanya.

“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas berfikir. “Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannya fi solaatihim. Maksudnya,
Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Ia bukan merujuk kepada orang yang lalai semasa solat mereka. Seolah-olah, orang tu telah lari dari tujuan solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solat. Itu sebab Allah cela”.


“Macam kitalah, kalau dok dalam usrah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar usrah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu… What is the purpose of the usrah to begin with?” Hayati berkata. Hayati menyambung lagi, “Awak ni macam ade problem je…” Najwa melarikan pandangannya, “Hmm… Biasalah, hati kurang sihat”. Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah… Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasullullah SAW pernah bersabda, siapa yang dalam saat imannya rendah, tetapi masih berpegang kepada Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”. “Iman kita memang ada turun dan naik. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadaNya… Sepertimana ada satu
Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana Aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu

"Awak tau Najwa… Asalnya, kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat… Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa. Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya! Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa kalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan diterima oleh Allah.


~cintailah ALLAH~

Mana Satu Pilihan Hati
www.iLuvislam.com
oleh: aisyahhumaira




Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.


Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.
Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”


“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

~lawak2~

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg
niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu kesurau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp
Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun
x khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tokduduk kat belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam punundur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin
ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalubatallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawaterbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang.
Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn
bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."
Tok imam pun terkedu&terpana...*aiseh*
iluvislam

~guitar..akuastik... &...chantek@ beautiful~

akustik..guitar dan saya..mmg dari dulu teringin memiliki sebuah gitar dan nak gak blaja memainkan lagu menggunakn gitar..mmg jatuh hati pada lagu2 akustik..bukan gitar elektrik tuh..xbesh langsung...waaa bilakah daku akan memiliki nya...insyaALLAH akan saya dapatkan ia..hehehe..actually nk post kan sebuah lagu "chantek" yang de 2 version..mula2 dgr dulu cam serabut gak lagu nih..tapi hari ni dgr cam besh lak lirik die mmg sweet...
lagu ini dituju khas pada:

  • my mak
  • my opah
  • my tok(kedah)
  • my anties
  • my sisters...kak afni,kak wani,kak aslah,kak nana,kak mariam,kak farah,kak aida..dan semua kakak2 di mmu nih
  • adik2 gurls
  • my gurl frens in mmu and x-madid..
  • my tanzim muslimat
  • tidak dilupakan semua yang bergelar wanita..perempuan..muslimah..girls.

1st version:-



2nd version( full gitar):-



hayatilah lirik ini:
Altimet feat Adeep Fabulous Cats - Chantek Lirik :-

hey wanita
gembira dapat berjumpa
teringat kembali kali pertama kita bersua
ingat bila kita bersepatu serupa
tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa


kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
kau paling menyerlah di antara mereka
rambut hitam warna cokelat anak mata
membuat aku kurang fasih bila bicara

apakata kita ambil sedikit masa
untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
dan jika kau rasa apa yang ku rasa
ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

chantek..
dirimu buat ku tertarik
menghilang segala prasangka
di jiwa
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu

dia..
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
dia..
bisa cipta yg gula dari yang cuka
pandai menukar yg duka kepada suka
dia..
bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa
dia..
pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
dia..
setia pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
dia..
punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
tak usah lengah
ayuh kita berumah tangga
[Chantek lirik on http://lyricsmusicvideo.blogspot.com ]

chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka
di jiwa...
oohhh chantekk..
sungguh aku cinta kamu

aku..
melihat kita bersama di hari tua
dia..
masih satu tiada empat tiga atau dua
dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
kau tetap cantik padaku aku tak lupa
kita bersama di anjung luangkan masa
kewangan kita merdeka mampu bersara
hasil usaha kita dari masa dahulu
cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
hidup santai tak perlu terburu-buru
punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
anak kita dan ayahya semua sebulu
aku bilang kau chantek dan mereka setuju


chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka di jiwa...
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu...

~cinta oh cinta~

Cinta oh cinta... PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Admin
Friday, 27 June 2008

Image

"Apakah hukum bercinta dalam islam? Maksud saya bercinta sebelum kahwin. Seperti belia yang kebanyakan di zaman ini. Ada yang cakap hukumnya boleh selagi tidak melanggar batas-batas syariat, kerana cinta adalah fitrah manusia. Ada pula yang cakap cinta sebelum kawin tidak boleh..menggunakan hujah "Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)" (Al-isra : 32). Kalau difikirkan, bercinta sebelum kahwin mendatangkan banyak cabaran dan mudah melalaikan seseorang. Apa pandangan ustaz?"

Emel seumpama di atas, biasa memasuki kotak emel Ustaz.

CINTA. Kalimah yang sering menghantui remaja dulu, kini dan selamanya. Satu fitrah manusia yang tidak dapat tidak perlu dikendalikan dengan bijaksana. Jika tidak, tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran. Adakah Islam membenarkan percintaan sebelum pernikahan? Persoalan yang sering membelenggu benak remaja.

Pertama sekali, sebagai seorang muslim sejati, seharusnya kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Telah aku tinggalkan dua perkara yang mana jika kamu mengikutinya maka kamu tidak akan tersesat untuk selamanya, iaitu Al-Quran Sunnahku”.

Kita lihat kepada dalil Quran yang dibangkitkan oleh si penanya iaitu Surah al-Isra’;32

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Dalam konteks bercinta sebelum kahwin, kalau dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di tempat sunyi atau ditempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat sebagai muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, lepas tu… hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua.

Justeru, ada pertanyaaan seperti “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup ustaz?”. Bila direnung-renung betul betul jugak kan? So, ustaz berpendapat bahawa “term” bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada “term” berkenalan sebelum kahwin. Jom kita refer kepada sirah sekejap. Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang ingin kahwin. Lalu oleh kerana “tawakkal” nya begitu tinggi dengan selambanya dia memberitahu Rasulullah untuk mencari calon isterinya. Katanya dia akan terima sahaja walaupun tak pernah melihat bakal isterinya.

Rasulullah menasihati supaya melihat dahulu bakal isterinya sebelum berkahwin. Namun, si sahabat berkata tidak mengapa Rasulullah. Lalu pernikahan pun berlangsung. Walau bagaimanapun selepas berkahwin, si dia tadi terkejut melihat isterinya yang tidak menepati langsung cita rasanya. Dia pun mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah pun menempelak si dia tadi. Tu lah, sebelum kahwin tak nak tengok dulu. Kan dah menyesal. Ibrahnya, kalau nak berkahwin tu, setidak-tidaknya perlulah kenal dahulu. Oleh sebab itu, dalam Islam juga menganjurkan supaya melihat bakal suami ata isteri terlebih dahulu dengan prosedur yang diiktiraf oleh syarak.

Macam mana plak prosedurnya? Ha, kalau nak tengok calon tu, jangan jumpe berdua je. Bawalah teman yang mahram ataupun seelok-eloknya ibu bapa atau pasangan yang telah berkahwin untuk menjadi perantara. Dengan cara ini. Pertemuan terkawal, hajat pun sampai dan insya Allah tidak timbul perkara-perkara yang menghampiri zina.

Selain itu, di zaman cyber ni faham2 la. Macam2 teknologi seperti SMS (sistem pesanan ringkas), YM (Yahoo Messenger) dan sebagainya. Islam tidak mengharamkan penggunakan medium ini untuk berkenalan, namun perlulah si pengguna teknologi memahami batas-batas syarak. Janganlah perbualan menjurus kepada kata-kata yang tidak perlu seperti kata-kata lucah dan yang sewaktu dengannya. Anda lebih mengetahui niat anda dalam melakukan perkara-perkara tersebut.

Secara kesimpulannya, dalam perhubungan di antara muslimin dan muslimat boleh lah rujuk surah An-Nur ayat 30 bagi lelaki dan surah An-Nur ayat 31 bagi wanita.

Sekian dimaklumkan. Bagi mengakhiri artikel ini, ustaz selitkan seloka untuk renungan semua.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyaipekerjaan yang tetap.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Anda telah besedia untuk bercouple jika..

Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.

Sebaliknya anda belum bersdia untuk bercouple jika..

Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang...aduhai!



ustaz zamri

Jangan Merajuk Wahai Da'ie

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya
"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa':87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…


Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...


sumber : bahantarbiyyah.info

~selamat berpuasa~

wah dah lame tol xmelawat blog ku ini..hurm xtau nk tulih hape..just tulih mende2 yg happy..alhamdullilah diatas kurniaan nikmat yg xterhingga yg telah ALLAH berikan kpd diri ini,sehingga diri ini malu untuk menerima nya..syukran ya ALLAH...

firstly nak ucapkan tahniah kpd abah coz dapat naik pangkat,pilu hati ini bila abah kol and ckp "kak yong abah dh naik pangkat,terima kasih doakan abah,abah syg kak yong"..isk..isk..alhamdullilah.."kak yong pon syg abah"..mak ckp abah nk bg hadiah special untuk yong,wahh besh giler ah kan bila dgr hadiah tuh,xsabar nk g hamik..

secondly nak ucapkan tahniah kat kak afni yg akan menjadi engineer proton tak lame lagi..dgn hepy nya die memberitahu diri ini yg die nk g interview,bape kali tah minah nih kol,..alhamdullilah dapat gak beliau mengakhiri zaman penganguran beliau,hehe..and diatas kejayaan itu die telah menghadiahkn tiket sunway lagoon..wah2 besh2..dh lame xmen2 air nih..so wa mmg ah akan dilantik menjadi planner....

thirdly nak ucapkan tahniah kpd diri sendiri kerna berjaya menghadapi rintangan diploma sehingga dihari graduation,dan berjaya dgn jaya dan mencapai pointer yg terbaik..alhamdullilah ya RABB...siap dapat pooh besar tuh..paling gembira ofcourse la my abah and my mum....tahniah sekali lagi kpd diri ini diatas kejayaan yg mendapat.......sendiri mau ingat la..ya ALLAH hanya Engkau yg mengetahui apa yg diperlukan oleh diri ini,Kau memberikan aku sakit yg hanya sedikit pada ketika dulu..tapi pada ketika ini Kau menganugerahkan diri ini seribu nikmat yg xternilai..ya ALLAH ampunilah dosaku diatas kelalaian dan kealpaan ku...

alhamdullilah..alhamdullilah..alhamdullilah..

selamat berpuasa semua..jadikanlah ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yg lepas,rebutlah segala peluang pahala yg ada..

sekadar sampingan..

picu yg sedang leka bersama buaianya