~berakhirnya agenda zionis~

KONVENSYEN Berakhirnya Agenda Zionis Israel!

PaStI MaHu PerGi!!!



Aman Palestin Berhad adalah sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan. Ia ditubuhkan untuk membangunkan kefahaman masyarakat Malaysia mengenai isu-isu Palestin. Dalam memikul tanggungjawab yang besar dan mulia ini, semua peringkat di dalam masyarakat diajak untuk bersama-sama menyokong usaha bagi membebaskan bumi Anbia’ yang bersejarah daripada cengkaman Zionis. Ia memerlukan kerjasama yang erat di dalam menangani isu ini.

Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan “Israel Raya”. Apa yang disaksikan kini, agenda mendirikan sebuah negara yang besar itu tidak mungkin akan tercapai dalam keadaan mereka ditentang dengan penentangan yang amat kuat, sehingga mereka terpaksa berundur sedikit demi sedikit pada ketika dan saat ini.

Justeru itu Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu seminar yang bertajuk “Berakhirnya Agenda Zionis” bagi memberikan penjelasan kepada masyarakat khususnya golongan belia supaya melihat semula kegagalan Zionis di dalam mendirikan sebuah negara yang agung tersebut.

Objektif

  1. Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat khususnya golongan
  2. belia terhadap agenda Zionis yang paling utama untuk menguasai dunia sudah berakhir.
  3. Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat.
  4. Membuat pendedahan kepada masyarakat terhadap propaganda Zionis di dalam mendirikan Israel Raya.
  5. Memberikan persepsi yang sebenar kepada masyarakat terhadap status terkini agenda Zionis.
  6. Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi menghadapi agenda Zionis.


Hari/Tarikh:

Sabtu/9 Mei 2009

Masa:

8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Yuran Penyertaan:

RM 10.00 (yuran penyertaan boleh dibayar pada hari konvensyen tersebut di kaunter pendaftaran)


* Untuk pengesahan kehadiran, sila hantarkan nama dan nombor IC pada 0196077372.


PEMBENTANG

Dr. Mohsen Saleh
Pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), London

Dr. Azzam al-Tamimi
Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Az-Zaytouna, Lubnan


Dr. Roslan b Mohd Nor
Penerima Anugerah Akademik Institut Al-Makhtoum 2003 & 2006 PhD in 'Islamic Jerusalem Studies', Aberdeen University Scotland


ATURCARA KONVESYEN

8.00 - 8.30 PAGI: Pendaftaran Peserta
8.30 - 9.30 PAGI: PEMBENTANGAN I - Dr. Roslan bin Mohd Nor
(Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel)

9.30 - 10.00 PAGI: Kehadiran VVIP dan VIP
Ucapan Alu-aluan - Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman
(Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Sdn Bhd)
Ucapan Perasmian - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

10.45 - 11.00 PAGI: Jamuan VVIP dan VIP dan jamuan ringan peserta

11.00 - 12.00 TGH: Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimi
(Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat)

12.00 - 1.00 TGH: Pembentangan 3 - Dr. Mohsen Saleh
(Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan)

1.00 - 2.00 PTG: Rehat, makan dan solat

2.00 - 3.00 PTG: Pembentangan 4 - Dr. Azzam al-Tamimi
(Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis)

3.00 - 4.00 PTG: Pembentangan 5 - Dr. Mohsen Saleh
(Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini)

4.00 - 5.00 PTG: Majlis Penutup
Ucapan Penangguhan - Dr. Kamil Azmi Tohiran
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)


Jadi,marilah sama-sama kita sertainya,demi membuktikan sikap peduli Gaza dalam diri,dan sokongan kepada saudara seIslam kita di sana.Para speaker yang hebat-hebat yang juga antara aktivis ikhwan juga datang dari jauh,dari negara luar untuk bersama-sama kita pada hari itu.Jom membina generasi qudwah GAZA!!

Kami akan cuba mendapatkan bas dari Melaka-bagi pelajar MMU,boleh juga menghubungi saya sekiranya berminat di talian - 013-6286991/mx_dn@yahoo.com

Bagi para belia yang duduk di sekitar Melaka dan berminat menyertai konvensyen ini, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Saudara Lukman al-Hakim di talian 019-2639964 atau e-mail kepada editor [at] pembinamelaka [dot] com selewat-lewatnya sebelum 1 Mei 2009.

Bagi belia yg diluar kawasan melaka anda boleh juga membuat sedemikian:
RM 10.00 (yuran penyertaan boleh dibayar pada hari konvensyen tersebut di kaunter pendaftaran)
* Untuk pengesahan kehadiran, sila hantarkan nama dan nombor IC pada 0196077372.



Fastabiqul Khairat


www.iumelaka.com
www.pembinamelaka.com
http://khallys.blogspot.com/

~jgn lah bersedih~

sedang merayap2 sawang2 rakan2..tetiba terhenti di satu sawang yg menarik hati ini..sgt2 diperlukan ketika ini..terima kasih diatas penulisan anda

di copy n paste dr: http://firdaussainal.wordpress.com



KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar & sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: 2-3)

KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Al-Baqarah: 286)

RASA ‘FRUST’?

“Janganlah kamu bersikap lemah, & janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Al-Imran: 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu & kuatkanlah kesabaranmu & tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) & bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.”
(Al-Imran: 200)

“Jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”
(Al-Baqarah: 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri & harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”
(At-Taubah: 111)

KEPADA SIAPA HARUS AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku; tiada Ilah selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(At-Taubah: 129)

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!

“Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”
(Yusuf: 87)

~puteri musafir 2~




ini antara ole2 untuk mereka2 yg xdpt ikut..hehe see, i still remember u all ....

habiburahman dan faisal tehrani sdg memberikan talk..

~puteri musafir~


alhamdullilah,syukran ya ALLAH diatas pelindungan-MU terhadap kami selama perjalanan seharian di kota metropolitan....

tidak tahu mahu digambarkan bagaimana perasaan bila bebas berjalan2 di kota besar itu..selalu je ajak mak abah nk g jln2 area pwtc,the mall tapi mereka xske coz sesak then ramai org..so pada thn 2009 telah menjadi saksi penjelajahan 2 srikandi dikota metropolitan di dalam terik matahari dalam kesesakkan org ramai..kami menggunakan bas,komuter dan lrt sebagai pengankutan..hoho sesak beb!...

anyway sebelum hari journey to the PWTC,malam sabtu ada MMU Award..dah tau dah mmu award ari sabtu masa yg sama dah plan tok ke book fair..tapi mmu award xde dlm planner k..hasil pujukkan kamilah dan suraya so decide la nk g,coz pikir2 balik maybe this is the first time and the last time g mmu award,xtau la bile lg nk g..lagipon senang untuk ktorg gerak dr cj ke pwtc pada hari ahad nanti..malam tuh tdk menyebelahi iu untuk dapat award,tapi bukan award yg jd pengukur segala perjuangan kita,award dr ALLAH lebih berharga..jgn kecewa okeh..

terima kasih kpd rakan2 di cj kerna menyediakan penginapan smlmn berserta dgn breakfast hehe..tq lisa aini dan lg sorg terlupa lak nama sory eh..tapi jasa mu tetap dlm hatiku..plan dgn cik su ktorg nk gerak dr cj lam kol 8..alhamdullilah ktorg bgn awal walaupon agak lewat tdo..ye la hantar sahabat2 pulang ke melaka..aish pelbagai pesanan diberikan risau bangat mrk kerna melihat diri kami begitu teruja untuk menjelajah PWTC.hehehe....

di pagi hari ahad,kami menunggu bas didepan mmu cj..mula naik bas ke putrajaya centre pastu ktorg amik ERL..cik su ckp tuh komuter, sy ckp tuh bas..haha sy xpenah dgr name ERL tuh..igtkan cj xde komuter..oo tuh komuter cj ghupenyee..mak aii leh thn mahal gak la..so sampai kat pe hek nama tempat tuh lupe lak..nih sume ikut panduan GPS cik aini...so sampai kat situ amik lrt g plaza rakyat dulu..nk tempah tiket dulu, takut xde tiket balik..pastu dh tempah tiket amik star untuk ke PWTC..wahh sampai2 sy nampak the mall dulu hehe..igtkan pas g pwtc nk g the mall lak..tapi rse nyee xleh kot..ongkos tdk mencukupi..heheh...

jejak je kat pameran tuh,xsedar rupa2 nya saya berjalan sendirian..haha sy ditinggalkn..( ke sy yg tggalkn cik su??) ..akhirnya kami membawa haluan masing2..sy mencari2 booth iluvislam.com..sambil mencari2 sy xde mood nak beli buku coz ramai sgt org..rimas gak la ramai2 tuh..sy kene melawan arus manusia..arghh xske tol..tapi tiba2 kaki sy terhenti disatu booth..saya nampak buku yg sy idam2kan..salahuddin al ayubi dan satu buku yg menarik skali iaitu yakjuk makjuk..hoho sy bergegas cari bank..haaaa tq kpd rescue finance sy..syg ah die..call je terus bank in kan duit..almaklumla diri ini takut untuk mintak duit kat abah..coz baru je last week beliau masukkan duit..uwaaaa ...syg ika kat akk bukan pd duit akk..hahhaa..siot je statement..pergh penuh org kat cimb amik duit..beratur sampai keluar..diri ini leh wat fon call lagi tok ttggu turn kuarkan duit..dah kuar terus je g jalan2 balik..so sy cari dulu booth iluvislam lagi..mak aii xjumpa2..yg len lak sy jumpe..mata sy terpaku pada travelog haji..teringat cerita aini psl sister gathering mngenai travelog haji nih..besh oo so sy beli la..murah banyak gak la..banyak sungguh buku2 disitu..sy pon sms kpd beberapa org sahabat untuk menjeleskan mereka..hahaha suke2, tuh la ajak xnk ikut..hehehe...jahatnya aku nih..

pastu pusing2 dh satu bangunan pwtc nih..lapa la plak so msg cik su ajak mkn..ktorg nk sambung pusing lagi pas makan..xnk mkn kat dlm mahal la pastu xmnyelerakan pon..so g kuar pwtc mkn kat luar..after mkn cari buku balik..ala masa nih ramai la sms pesan buku hehe..tuh la gatal sgt nk jeleskan org..so de yg dpt sy belikan mengikut kemampuan..tapi de gak sorg tuh xdpt..sorry la lambat sgt msg..kekangan masa dan budget..

tgh asyik melawan arus manusia..kami mndengar announcement psl habiburahman dan faisal tehrani..so kami bergegas untuk bertanya..then abg nih ckp diorg de wat talk kat room..waaa pe lagi kami meredah arus itu dgn laju..haha sampai2 beliau tgh bg talk..pastu kerusi dh penuh.kami pe lagi bersila je la ..haha gasak ah..besh2 talk mereka..sgt berkesan dan harus di amik serius oleh perfileman malaysia dan juga kerajaan..skali lagi sy msg kpd mereka yg berkenaan untuk menjeleskan mrk2 itu..hahaha sorry la mmg xde keje tol...so xde la dgr sampai habis coz berkejar2 untuk ke plaza rakyat kerna bas kami kol 5.30ptg..

sy sempat dgn beberapa buah buku..alaihai buku banyak xbaca lak..dah la ghitu de beli baca xhabis lagi..haii tamak bangat..ok pas ni akan ku habisi sume buku2 itu..alhamdullilah dh selamat naik bas..so sy msg kpd yg berkenaan bgtau sy dh selamat naik bas..terima kasih diatas keperhatinan kalian terhadap keselamatan kami..wokes skrg kami dh pakar kat kota metroplitan nih..hehhe..bg sy lrt dan komuter adalah nadi org kl kot..coz mnyenangkan kerja la...

--caiyok2 kita berjaya..hehe














:: minta maaf banyak2 coz de antara pesanan yg tdk dpt dilunaskan..
:: terima kasih kak wani coz jemput ika kat mc..
:: yg paling utama terima kasih akk afni ku syg diatas rescue finance tuh..ika syg akk bukan kerna sumbangan wang anda..haha ikhlas la syg ika kat akk..

::terima kasih kpd warga cj kerna diatas penginapan yg diberikan
::ha cik su tq gak..coz sudi teman diri ini..penat tak jalan2 dgn ika..dah de bebrapa org xnk jln2 dgn ika..
:: tq kpd sahabat2 yg len yg mmberi pesanan supaya berhati2..
::pas ni nex book fair kita g ramai2 k..hehehe..

moral of the story: kesusahan mengajar kita erti hidup..

~lebih baik dr bidadari syurga??~

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga
www.iluvislam.com
Submitted by : Konokokoro
Editor : arisHa27


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32)
. “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.


Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

P/S: "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"



~kekanda ku syg~

wah2 sedar xsedar blog nih dah umonya setahun sudah..since 9 april 2009 blog nih dah setahun..dah besar dah die.actually nk bgtau gak yg tuan blog nih pon dah 22 thn..oppss 20++ okeh..hahaha same je tarikh beday blog nih..hehe..uwaaa sedey la umo mangkin meningkat tapi adakah iman ku meningkat juga atau sama shj seperti thn2 yg lepas atau lagi teruk adakah jiwa ini makin kosong..ohhh tidak!!..anyway tq kpd sume sahabat2 diatas ucapan dan hadiah.terharu masih lagi ade org ingat akan diri ini..cewah2..

dah xheran sgt nk sambut beday nih coz dh tua..xnk la sambut hari yg semakin tua..takut la..lagi 3 thn dah nk suku abad..wah2 pastu nk wat pe hek???..pe la aku merepek nih kan..anyway since ari sabtu ghitu kakandaku afni dtg melepakkan diri beliau disini..hehe pe lagi ktorg mmg kuar sehari suntuk kan mmg xhingat..actually die nk join iu dinner dgn kami..salah satu alumni iu la katakan..mlm sabtu tuh kak wani n kak afni wat surprise beday party..dah lama bru nk wat die mmg saja2 wat lupa..ktorg celebrate kat delican restaurant ( tuh kot nama die ) kat tasik tuh..tq hek for the suprise wahai kekanda2ku syg..u all nk tau akhirnya de gak org sudi hadiahkan kristal chees uwaa terharu tau..berthn2 ku menanti.minta kat abah..abah xkasi2 pon isk..isk..tq hek kak afni for that crystal chees tuh..kak wani lak hadiah die banyak ooo..de teddy bear cumey2..de key chain..rantai..rantai fon pon ade..besh2 hadiah tuh..paling besh hadiah yg mmg kelakar tol..hanya mereka yg berkenaan je tau..then ahad mlm ktorg g iu dinner a night to unite..tahniah kpd komiti2 iu dinner..GOOD JOB!! all the besh..

selama 3 hari beliau melepak kan diri beliau di ep B0204 nih..so ari dgn selamatnya beliau pulang ke shah alam kerna beliau perlu bekerja..jgn tertido lak tym keje okeh..tq kerna sudi dtg ke teratak ini..oh jgn sedey2 kerna beliau akan memunculkan diri beliau pada 1 mei ini..hahaha..beliau berjanji pada diri ini untuk belanja kami2 nih seoul garden..i will keep this word darling..hahaha..

akhir kata..semoga kakanda ku akan mendapat jodoh yg terbaik..ALLAH akan berikan apa yg kita perlu bukan apa yg kita mahu..ika harap akak bersabar meniti hari2 hidup..nasihat ini dituju khas juga pada diri ini..dan diri2 yg lain..anggaplah ia nya satu ujian dr ALLAH..mungkin dikesempatan ini kita perlu merapatkan diri kpd sang Pencipta cinta iaitu ALLAH..sebelum kita ingin menemui sang pendamping hidup yg jua mencintai ALLAH...

terima kasih juga kat akk coz perbincangan itu juga menyedarkan diri ika yg semakin menjauhi sang Pencipta cinta itu..MALU rasenya untuk mengadu segala kekhilafan diri ini..tapi kita tahu ALLAH sgt menyanyangi hamba-NYA..so tdk perlu teragak2 untuk mengadu dan mendamba kasih-NYA..

ya ALLAH,ku sgt merindui-MU..

tetiba teringat lagu dihening malam..diwani
Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi,
Kini terasa memecah kesunyian malam,
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah,
Dibayangi sesal yang tak sudah...

Renung langit sepi tiada purnama,
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri,
Terpaku membisu tanpa suara dan segala,
Apa petanda, apa rahsia..?

Oh Tuhanku Yang Maha Esa,
Maha Penyayang Maha Pemurah,
Andainya malam yang begini,
Memberi pengertian untuk ku,
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus,
Pengampunan dan pengharapan,
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam..

Cukup setakat ini... aku merasa,
Terasing terhukuman dalam sengsara,
Balasan dari kehancuran,
Yang aku ciptakan,

Dan kini ku mengerti,
Antara dosa pahala,
Yang mana lebih utama,
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
oh...

Andai malam ini satu peringatan,
Bersyukurku pada Illahi,
Andai malam ini satu kesudahan,
Ku pintakan... satu pengaduan..
Untukku menyudahkan kalimah..
Terakhir...


.....................ALHAMDULI LAH.................

Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dr zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini..


Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi
ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada' dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah
Alhamdulillah Syukur!

~maksiat di depan mata~

Maksiat Di Depan Mata, Dimanakah Kita?
www.iLuvislam.com
l@IYyinUL h@Rir
editor : everjihad

Hari ini, ketika ini, dan saat ini, ketika kemungkaran dan maksiat menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat dan ummat yang kita sayang, DIMANAKAH KITA?

Dimanakah kita yang mengatakan bahawa kita meletakkan

  • Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan,
  • Rasulullah sebagai model ikutan,
  • Allah sebagai tujuan dan
  • Jihad fi sabilillah sebagai penamat kehidupan??


Amatlah jelik sekali pada masa ini ketika ummat yang lantang berkata kononnya kita menegakkan negara Islam di kalangan pemimpin-pemimpin kita,mereka yang dengan lantang mengatakan kita ikut langkah Islam dalam negara ini, turut sama leka dalam jalan taghut.

Malah amat lagi menyedihkan bilamana maksiat itu dilihat sebagai perkara biasa yang normal untuk berlaku dimana-mana.


Saudara ku,

Syaitan akan mengindahkan pandangan manusia ini atas maksiat yang kita lakukan.

Perhubungan tanpa batasan atas nama cinta sejati antara dua insan dipandang indah oleh masyarakat, dipandang cantik oleh sahabat handai malah dipopularkan oleh ramai dalam kalangan kita dan bahkan ia dipandang mulia.

Namun, perhubungan untuk membina baitul muslim secara baik dan suci tanpa ikatan dan perhubungan yang keji dipandang kolot dan ketinggalan zaman bahkan tidak lagi sesuai dengan zaman ini.

Pemuda-pemuda dan para pejuang yang membawakan dakwah Islamiyah, yang ingin meletakkan kefahaman yang betul kepada ummat dipandang sebagai orang penyibuk bahkan mungkin sekali akan dilabel sebagai ‘terrorist’, pengganas, malah dilabel juga sebagai ‘extremist’. Wujudkah ekstremist dalam beragama? Andai mereka yang mahu menegakkan perintah Allah, mendukung kebenaran serta menjalankan perintah Allah itu digelar ekstrem, bukanlah patut kita gelarkan mereka yang sengaja mahu melanggar perintah Allah juga sebagai ekstrem? ‘Ekstrem’ dalam melakukan kemungkaran. Tidak layakkah begitu?



Para pendokong yang ingin membawa semula ummat Islam kepada Islam dipandang sebagai lebai-lebai yang kuno,kolot dan ketinggalan zaman. Bahkan senang sekali dikatakan:

“Aku enjoy,enjoy gak. Ibadat,ibadat jugak”.

Maka adakah kehidupan kita ini membezakan kehidupan ini dengan Islam?

Bukankah sebagai muslim, kehidupan kita adalah Islam dan Islam itu adalah kehidupan. Bahkan untuk berseronok sakan pun bukankah lebih cantik dan lebih indah sekali kalau ianya selari dengan jalan Islam.

Tiada pergaulan tanpa batas. Tiada kelucahan. Bahkan da`wah juga dapat disampaikan melalui hiburan. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Tidak semestinya lagu nasyid sahaja perlu ada unsur da`wah. Bukankah lebih cantik andai lagu rock juga ada unsur da`wah?

Tidakkah lebih jelik pabila ketika ada segolongan pihak yang ingin membuat tugas menyedarkan ummat tentang hakikat Islam ini dihalang dengan kuatnya. Tetapi mereka yang ingin melakukan konsert, pesta, keraian yang bukan-bukan dibenarkan dengan sesuka hatinya? Maka dimanakah kononnya Islam yang dilaung-laungkan itu?

Adakah Islam itu hanya tertegak dengan kata? Adakah Islam itu tertegak hanya dengan ceramah dan jualan air liur sahaja?

Saudaraku,

Islam itu adalah kehidupan kita. Saat kita mengucapkan shahadah, kita telah berikrar dan mengikat perjanjian untuk menerima Islam sepenuhnya.

Tiada istilah “part time Muslim”. Hari ini aku ikut jalan kafir, esok aku ikut jalan Islam. Tiada istilah pengasingan Islam dari kehidupan. Tidak ada pengasingan Islam itu dari pemerintahan. Kerana Islam ini sungguh lengkap dan syumul.

Segalanya dari aspek kehidupan seharian, pemerintahan malah kematian. Ketika kita bershahadah, kita telah berikrar pada aqidah kita dan juga kita juga berikrar bahawa kita sanggup mengikut Islam ini.

Adakah shahadah itu sekadar hanya kata-kata kosong??? Renung-renungkan bersama.


Sumber : www.cetusanminda.wordpress.com
Rujukan : www.halaqah-online.com

~untuk diri ini..dan diri2 yg lain~

Bismillahirrahmanirrahim...


Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

(Reff)
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna...


Didedikasikan khas:


Buat diri-diri yang masih sendiri, bersabarlah anda. Yakinlah di sebalik keseorangan itu punya hikmah yang hanya Allah saja mengetahuinya. Meski waktu terus berlalu, namun tak bermakna yang penantian itu adalah sia-sia. Saat perjalanan dalam kehidupan ini adalah pencarian hakikat diri. Justeru, gunakan waktu ini sebaik-baiknya untuk memuhasabah , mentarbiyyah, dan memperbaiki diri, moga ada sinar telus yang menanti di akhir pencarian itu. Bersabar dan berdoalah moga diperteguhkan iman sehingga saat itu tiba. Yakinlah dengan ganjaran Allah di SANA nanti. Kerana hanya Allah yang maha mengetahui segala yang terbaik buat diri kita.

Buat diri-diri yang telah berpunya dalam erti kata yang sebenar, telah menemui teman seperjalanan dan buat bakal-bakal pasangan yang akan mendirikan 'masjid', tahniah diucapkan. Moga bahgia hingga ke akhirnya. Bersyukurlah kiranya anda dipertemukan dengan sang pendamping untuk saling melengkapi diatas redhoNya. Syabas juga diucapkan kiranya hubungan yang halal itu telah menjadi benteng hawa nafsu, bakal melahirkan mujahid mujahidah sejati, meramaikan umat Muhammad penerus generasi rabbani, yang berpaksikan samara (sakinah, mawaddah wa rahmah). Biarkan syaitan-syaitan itu menangis di atas terbinanya sebuah hubungan cinta nan suci dalam rahmat Ilahi.


Buat diri-diri yang masih berstatus kabur (in relationship/ its complicated?), muhasabah kembali diri anda, adakah anda benar-benar telah yakin untuk meneruskan perhubungan itu? Adakah anda mampu untuk menunggu hingga tiba saatnya perhubungan itu diiktiraf halal dengan lafaz ijab dan kabul tanpa melanggar syariatNya? Ermm, fikir-fikirkan. Bagaimana untuk membina sebuah rumah yang teguh andai tapaknya saja sudah tidak kukuh? Wahai diri-diri, jangan dikau terpedaya dengan cinta palsu yang menipu itu. Cinta yang hanya membuatkan syaitan tertawa suka, kerana telah berjaya menyesatkan anak adam. Hingga terkabur mata, dinampakkan yang haram itu halal dan indah belaka . Justeru, sedarlah wahai diri-diri, kembalilah kepada pencarian hakikat diri, moga di situ kan kau ketemui cinta hakiki miliknya Al-Khaliq, kerana itulah sebenar-benar CINTA.

"If you want to build a faithful family,you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah s.a.w has taught us. In every family that stands until their dying day,they have Allah on their side!"

~Menunggu untuk dijemput. Walau ku bukan bidadari.~


sumber : http://ainnurhuda.multiply.com/

~abah sudah pulang~

alhamdullilah pagi td dlm kol 10 camtuh,abah dan tok selamat tiba di KLIA...5 hari lepas abah bgtau nak balik rini..waaaaaaa sekali lagi sedey coz xdpt sambut abah..kerna diri ini akan menduduki peperiksaan information system audit pada hari jumaat nih..

mak and pak cik muzammil je g sambut abah dan tok..haa xlupa gak sikecil 3 org nih pon g sambut tok mereka..tepat2 kol 10 dah kol mak tanya abah dah sampai ke belum..mak ckp dah cuma xnmpak abah je coz abah tgh bz punggah2 brg kot..pastu xlama pastu abah kol nak bgtau die dah sampai..alhamdullilah abah sehat cuma demam dan selesema skit..

hurm bile hek nak balik ipoh..nak balik jugak..xkira..pas hantar asemen multimedia design terus membawa diri ke perak k..hehe..