~thank you ALLAH~

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


hanya dgn lagu shj dapat mengimplikasi perasaan diri ini..thanks sahabat2 sekeliling..ayuh kita mencari redha ALLAH itu yg utama..moga dipermudahkan..ameen

2 comments:



hazwan said...

moga akak terus istiqamah dlm perjuangan. sy teringat kata2 seorang ustaz.. rasa naik n jatuh itu adalah sunnah perjuangan. n ia juga satu ujian juga drpd Allah.

"selepas kesulitan pasti ada kemudahan"ayat alquran(surah al-syarh)

-ingatan khas buat diri saya juga.:D

aRiEzEtIqAz said...

tq, ya adik