~ lelaki??? perempuan???`~

Bismillahirrahmanirrahim...



Islam tidak menolak fitrah untuk berpasang-pasangan. Malah fitrah ini diatur begitu indah dalam islam. Cumanya, ramai yang berpandangan tidak mungkin keserasian dicapai tanpa perkenalan dan percintaan yang mendalam. Namun, ramai yang terlepas pandang dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang... taaruf yang menjadikan syarak sebagai panduan.


Dulu pernah terfikir, kalau tidak berkenalan mana mungkin mahu mengenali hati budi pasangan? Tapi terfikir juga apakah kita benar-benar akan mengenali hati budi pasangan dengan bercinta sakan? Lantas terfikir lagi... apakah sebenarnya keserasian yang di cari dalam diri pasangan?



Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat. Perkahwinan tidak cukup dengan cuma berbekalkan perasaan suka atau berkenan yang ada. Keserasian dalam agama itulah yang penting. Kefahaman dan kesedaran tentang tujuan perkahwinan yang sebenar, kesedaran bahawa perkahwinan bukan sekadar menjauhkan diri dari maksiat, bukan sekadar memenuhi fitrah. Ia lebih dari itu... oleh itu, bila telah mempunyai perasaan atau berkenan pada seseorang, kendalikanlah ia dengan iman. Tanamkan sifat malu yang tebal dalam diri. sifat malu yang boleh menghalang dan mencegah. malu untuk berdua-duaan, malu untuk bergayut, malu untuk ber'sms' dengan rakus, malu, malu, malu...




Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

" Malu dan iman itu adalah teman seiring sejalan. Jika yang satu diangkat, nescaya terangkat pula yang satu lagi" (Hadis riwayat Malik)


"Sesungguhnya bagi tiap-tiap agama itu ada ciri-ciri kesusilaan. Maka untuk Islam ialah sifat malu"


"Malu itu baik semuanya" (Hadis riwayat Bukhari)


Malu lambang keimanan dan kesusilaan....


Jadi, apa yang perlu dilakukan apabila hati telah bertemu dengan seseorang untuk dijadikan teman hidup? Atau, apakah usaha yang boleh dilakukan setelah menemui calon idaman hati?



Apabila situasti di atas telah berlaku, maka dua situasi ini wajar difikirkan:


1) Jika diri belum bersedia untuk berumah tangga



jangan terlalu dilayan perasaan yang ada, bermujahadah dengan bersungguh-sungguh untuk melawan bisikan-bisikan syaitan.


sibukkan diri dengan kerja islah, dakwah dan kerja-kerja yang berfaedah.


berusaha untuk memperbaiki diri sendiri menjadi seorang yang lebih baikdan lebih dekat dan lebih cinta pada Allah dan kekasihnya Rasulullah saw.


jauhkan diri dari mereka yang anda berkenan atau sukai sejauh mungkin bagi mengelakkan sebarang fitnah (cubaan) yang dibimbangi sukar untuk ditepis.


jangan risau yang bukan-bukan dan tak perlu. sebagai contoh risau jika mereka yang anda sukai jatuh ke tangan orang lain, etc... berdoalah dengan penuh keyakinan pada Allah. dan yakinlah dengan sepenuh keyakinan. jika niat di hati menjaga hubungan untuk menjauhkan diri daripada kemurkaan Allah, menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia, Allah akan menolong hambaNya satu hari nanti. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. sentiasalah berbaik sangka denganNya.

jangan putus asa dalam berdoa kerana doa juga satu usaha.









2) Jika telah bersedia untuk berumah tangga, situasi yang mungkin menyusul ialah



Jika belum ada calon di hati, maka boleh meminta ibu bapa yang mencarikan, kawan-kawan yang dihormati atau ditua-tuakan, dan juga orang tengah yang dipercayai.


Jika sudah mempunyai calon di hati, boleh meminta ibu bapa dan orang tengah yang dipercayai untuk merisik. atau bagi lelaki dan perempuan yang mempunyai keberanian yang luar biasa, maka bolehlah melamar sendiri.



Seterusnya bolehlah diteruskan ddengan aturan-aturan yang selanjutnya. yang pasti, pada setiap peringkat aturan, hubungan lelaki dan perempuan hendaklah dijaga dengan penuh mujahadah sehingga tiba saat ijabkabul.




“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari).



Firman Allah dalam surah An-nuur:32-33 yang bermaksud:


"dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-0rang yang soleh dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada merekadari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."


"dan orang-0rang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya..."





oleh itu, pandulah kehidupan dengan keimanan dan ketaqwaan yang jitu. yakni keimanan dan ketaqwaan yang menyebabkan kita sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan hukum Allah.




jika masing-masing fahan tujuan dan erti sebenar perkahwinan, insya Allah tidak akan timbul persoalan hati budi yang belum dikenali sepenuhnya sebelum perkahwinan. Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya. itu janji Allah.




perkahwinan merupakan medan untuk masing-masing memberi, memberi, dan memberi. kerana apabhila masing-masing memberi maka masing-masing juga akan menerima, menerima dan menerima. perkahwinan bukanlah satu pengharapan kepada sebuah kesempurnaan dalam diri pasangan. syukuri kelebihan yang dipunyai, redhai kekurangan yang menghiasi, dan tegurlah kesalahan dengan penuh hikamah dan kasih sayang. sabar, sabar, dan sabarlah kerana Allah. kerana sabar yang dibina kerana Allah pada tempat yang sepatutnya tidak akan ada hadnya...

"seorang wanita hanya untuk suami yang telah ditentukan oleh Allah untuknya, dan seorang lelaki hanyalah untuk isteri yang ditentukan oleh Allah untuknya"

"seorang wanita bukanlah umtuk dikagumi atau dibanggakan oleh semua lelaki. cukuplah dirinya membawa ketenangan dan ketenteraman kepada suaminya"

Sebagai penutup, jalanilah hidup ini dengan ajaran islam yang syumul. Jangan hanya tahu menjaga hubungan lelaki dan perempuan tapi masih mengumpat, masih berhasad dengki, masih berdendam, masih menderhaka pada ibu bapa, masih menyakiti hati manusia lain, masih, masih, masih... Islam adalah ajaran, panduan, aturan hidup yang sempurna dan indah. Bukan perca-perca kain yang diambil bila diingini dan dibuang bila dibenci...


segala tulisan siri Hubungan Lelaki dan Perempuan ini ditulis berpandukan:

1) buku-buku karangan Ust Maszlee Malik, Ustazah Hamidah Mat, Saudari Fatimah Syarha, Abu 'Urwah dll
2) kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Ust. Zaharudin Abd Rahman, Ustaz Maszlee Malik, Bro ShahKirit, Saudara Pahrol Joui, Ustazah Nik Isfadhiyah, Bro Norazman dll
3) tulisan-tulisan dari blog Ustaz Hasrizal, Saudara Muhtar Suhaili, dll
4) artikel-artikel dari majalah ANIS dan i.





Ingatan terutama untuk diri sendiri, sungguh-sungguh untuk diri sendiri. Yang baik datang dari Allah jua. sesungguhnya diri ini juga berbuat salah. jika ada salah dan silap harap ditegur dan dimaafkan.

"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"

http://khazanahrahsia.blogspot.com/


2 comments:



adila13430 said...

aku suke post ni... (^_^)

aRiEzEtIqAz said...

ske? pe lg copy n paste je ah kat blog ko..ahakz..hik..hik