www.iLuvislam.com
Ummu Sakinah Muhammad
editor : ImKoyube
Suasana riuh menyapa petang jumaat di rumahku. Aku dan adik-beradikku duduk-duduk santai diruang tamu sambil menjamah cekodok buatan bonda beserta teh tarik kegemaran kami sekelurga. Bonda dan ayah baru saja keluar dari kamarnya usai solat asar. Jarang kami dapat berkumpul seperti ini kerana aktiviti seharian menuntut kami sekeluarga untuk lebih banyak berkerja dan beraktiviti dari duduk santai begini. Apalagi bonda dan ayah, mereka berdua adalah sosok Pejuang yang tak kenal erti penat, itulah mereka yang aku kenal sejak kecil.
Berita petang menyapa aktiviti santai kami, berita yang amat mengejutkan. Berita tentang 102 warga negara Palestin yang syahid akibat serangan membuta tuli dari Israel. Mereka menyerang dari helikopter dan menembak kearah kem-kem pengungsian warga Palestin di Tel Aviv. Mereka menyerang bak Holocust! Aku terkejut! Bonda tersentak! Ayah terpana! Kedengaran sumpah seranah dari mulut kakak dan abangku. Adikku, Salahuddin mula menyalakan komputer kesayangannya untuk menulis berita tersebut di Blognya, kedengaran ucapan Innalillahiwainnailaihirojiun dari mulutnya.
Asap hasil letupan Israel di Gaza semalam [AFP]
Acara makan dan santai-santai di petang hari ini berubah menjadi sepi. Ku lihat mata bonda berkaca-kaca. Ku tahu jiwa bonda yang cintakan kedamaian dan jiwa pejuangnya sedang tercalar. Berita petang yang aku dengar sebentar tadi segera aku sebarkan kepada teman-teman seperjuanganku. Aku tidak mahu kekesalanku kerana tidak dapat bersama saudara-saudaraku di Palestin, berjuang melempar batu ke arah israel dan zionis laknatullah mambuatku lumpuh untuk terus berjuang dan berdakwah. Bagiku material bukan segalanya. Apalagi duit buat mengisi kredit handphoneku, itu adalah secuil dari perjuanganku buat membantu saudara-saudaraku disana.
“Assalamu’alaikum Ikwahfillah semua, ana dapat khabar dari berita petang tadi bahawa 102 saudara kita di Palestin telah Syahid dibantai oleh Israel laknatullah, mohon doa dan sedekahkah al Fatihah buat mereka, semoga saudara-saudara kita memperoleh Syahid di jalan Allah dan semoga Allah membalas segala perbuatan laknat Israel laknatullahalaih!! Allahu Akbar!! Sebarkan!!"
Keesokkan harinya aku dan keluarga beraktivitas seperti biasa. Ayah berangkat kerja pagi-pagi lagi kerana hari ini beliau mendapat jemputan untuk memberi cermah di sebuah sekolah menegah di Kuala Lumpur. Adik-adikku seperti biasa berangkat ke sekolah. Aku dan kakak mengikuti ibu ke “gua” nya. Aku memanggil markas persatuan milik bondaku itu “gua” kerana aku teringatkan kisah-kisah Mujahidin yang berjuang di Afghanistan dan Iraq dimana markas mereka hanyalah sebuah gua ditengah gurun yang ditutupi oleh gersangnya padang pasir. Walaupun mereka hanya bermarkaskan sebuah gua yang kecil, sempit dan kurang serba serbi, namun perjuangan mereka untuk mebela Islam tidak pernah luntur. Malah di markas yang kecil itulah tempat mereka mengasah sikap tawadhu', ikhlas dan sabar. Mereka adalah orang-orang yang tidak mencintai kenikmatan dunia yang sementara kerana mereka lebih mengejar Redha Allah.
Sikap tawadhu', ikhlas dan sabar juga merupakan sikap-sikap yang dianjurkan supaya kita tidak terlalu hubbu duniya(cintakan dunia). Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: “Perbanyakkanlah mengingat penghancur kelezatan iaitu kematian.” Kerana para Mujahidin tersebut sedar kematian akan menjemput mereka bila-bila saja maka mereka lebih memilih untuk berjuang hingga ke titisan darah terakhir walaupun dengan perlatan dan tempat yang sederhana.
Saat aku sampai di markas, aku melihat banyak timbunan kotak memenuhi ruang kerja dan garaj kereta bonda. “Kotak-kotak ni isinya baju-baju, telekung, sajadah yang orang ramai sedekahkan untuk anak-anak yatim di Aceh, orang-orang Islam di Pattani, Thailand dan orang-orang asli di pendalaman Pahang. Tapi… seperti yang kalian tahu, bonda kekurangan tenaga yang dapat menghantarkan barang-barang ne ke sana, kos penghantaran barang ke Aceh tak murah, apalagi ke Thailand. Setakat ni ibu hanya dapat hantarkan ke kampung-kampung orang asli je. Korang pun tahu yang buat kerja ni tak ramai. Siapa yang nak buat kerja tak dapat gaji sekarang ni”. Bonda menyuarakan suara hatinya.
Aku dan kakak termenung sejenak. Niat bonda yang begitu mulia tergendala hanya kerana kurang tenaga kerja dan kewangan. Tiba-tiba perasaanku menjadi marah, marah yang tak dapat aku laupkan. Kemana pergi orang-orang kaya di Malaysia ni? Mana pergi menteri-menteri yang menjanjikan bantuan buat kami? Kemana pergi pemuda-pemuda islam yang gagah berani yang mahu berjaung demi agama ini? Kemana mereka-mereka yang dulu pernah berjanji kepada bonda untuk membantu beliau? Kemana??
“Betul bonda, anak-anak pemulung di Indonesia tu dah berbulan-bulan kami tak datang jenguk. Bukannya taknak bunda, tapi nak ketempat mereka tu bukannya tak pakai duit, sedangkan kami ni mahasiswa, ingatkan adalah orang-orang yang nak bantu. Nak harapkan bantuan dari kita je mana cukup bonda…” keluh kakakku. Aku dan kakak sudah hampir 4 bulan tidak ke yayasan yang menguruskan keluarga pemulung di ciputat, Jakarta, Indonesia. Aku dan kakak yang belajar di Indonesia memang ditugaskan oleh bonda untuk memerhatikan dan menyalurkan bantuan yang kami dapatkan dari Malaysia. Namun sejak kebelakangan ini, bantuan dari Malaysia terhenti. Kenapa? Kami sendiri bingung, kata bunda derma yang dikirim oleh para penderma makin berkurang. Bagaimana nasib anak-anak Yatim di Aceh, apakah dengan berhentinya bantuan dari penderma maka bantuan buat mereka juga akan terhenti? Bagaimana nasib mereka? Sudah kehilangan keluarga apakah harus menanggung beban lagi dengan terhentinya dana?
Aku hampir saja menangis. Ya Allah… sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap tindakan hamba-hambaMu, Kau permudahkanlah urusan Bondaku ini untuk membantu saudara-saudara kami…
Cuti semester kali ini aku manfaatkan untuk mambantu bonda di markasnya. Sebenarnya tidak banyak yang dapat aku bantu kerana cutiku yang terbatas, aku hanya sempat membantu untuk mengadakan pameran kemanusiaan di beberapa tempat, mengadakan kursus dan kem-kem motivasi di beberapa negeri. Bonda sangat benci dengan sikap “malas” sehingga jika ada diantara kami yang cuba-cuba untuk culas pasti akan dileteri olehnya. Sikapnya yang tegas pernah membuat aku bosan, tetapi seiring berjalannya usia dan kematangan fikiran, sikap bonda membuatkan aku ingin menjadi seorang wanita yang berpotensi. Bukan hanya wanita yang hanya duduk dirumah dan goyang kaki.
Bonda juga tidak mahu mengambil pembantu rumah untuk membantunya menguruskan pekerjaan sehari-hariannya dirumah. Inilah yang membuatkan aku kagum dengan ketabahannya. Beliau bukan sahaja ibu yang solehah, tetapi merupakan mujahidah yang mengabdikan dirinya buat agama dan bangsa. Semangat bonda tak pernah patah walau sudah diuji beberapa kali. Pernah suatu ketika bonda mengadakan lawatan ke kampung orang-orang asli di pendalaman negeri Pahang. Oleh kerana memerlukan tenaga kerja yang ramai bonda telah mengadakan kerjasama dengan sebuah maktab perguruan. Alhamdulilah, pelajar-pelajar maktab tersebut bersemangat untuk membantu.
Sampai saja mereka di pendalaman kampung orang asli tersebut, aktiviti lansung diadakan. Namun, menjelang tengah hari mereka dikunjungi oleh beberapa orang polis dan orang-orang yang berpakaian rasmi. Bonda di panggil dan disoal siasat. Suluruh pelajar maktab tersebut dipanggil untuk naik keatas bas dan mengangkat semua peralatan milik mereka. Apa gerangan yang terjadi? Rupanya ada seorang guru di kampung tersebut telah melaporkan kepada pihak polis bahawa bonda menjalankan aktiviti tanpa permit dan aktiviti tersebut dianjurkan oleh persatuan haram. Yang lebih menyedihkan bondaku dituduh membawa pelajar-pelajar wanita dari maktab tersebut untuk dijual! MasyaAllah! Masih ada dimuka bumi Allah manusia sekejam itu yang sanggup menuduh sebarangan orang yang ingin menghulurkan bantuan kepada sesama manusia. Bukannya membantu malah memfitnah. Kebetulan di setiap aktiviti yang bonda jalankan ayah ikut serta kerana ayah merupakan penasihat di organisasi yang bonda jalankan. Dengan cara berhikmah bonda dan ayah menyelesaikan masalah tersebut. Dan akhirnya program bersama orang asli tersebut terus berjalan.
Aku bertanya kepada bunda. Apakah tidak ada tindakan yang diambil buat menghukum orang memfitnah tersebut? Bonda hanya tersenyum dan berkata “Biarlah Allah saja yang mebalas segala perbuatan mereka…” Oh bunda… sebegitu muliakah dirimu?
Semangat perjuangan yang tak pernah kunjung mati turut tertanam dihati kami; anak-anak ayah dan bonda. Abang dan kakak memang terkenal sebagai aktivis dakwah sewaktu di sekolah, sedangkan aku lebih suka independent sehingga aku pernah menjadikan semangat berani mati orang-orang Jepun “kamikaze” sebagai prinsip hidupku. Sehingga kini prinsip itu bercambah dihatiku namun telah berubah menjadi “isy kariiman auw muut Syahidaan” yang berarti “hidup mulia atau mati syahid”. Bagiku perjuangan tidak dapat dipisahkan dari ujian, dan untuk menghadapi ujian perlu keberanian. Bukan cuba keberanian anak ayam tetapi keberanian seperti singa yang bangkit dari tidur, yang laparkan mangsa. Dan mangsa-mangsaku adalah kebathilan yang bermaharajalela, yang kini telah merosakkan generasi muda Islam.
Mereka yang telah membantai saudara-saudaraku seimanku juga adalah musuh-musuh yang akan ku lahap. Aku memang tak pandai memegang senjata tetapi aku punya senjata lain yang akan kupergunakan buat menghancurkan musuh-musuh. Ayahku sering mengingatkan aku sewaktu kecil, seorang pelajar itu umpama tentera yang berjuang di medan perang. Buku, alat tulis dan ilmu, iman dan doa adalah senjata, jika kita belajar tanpa membawa semua itu, kita umpama tentera yang ke medan perang tanpa membawa senjata! Jadi, kita dengan senang dikalahkan oleh musuh. Ya, senjata-senjata itulah yang bakal aku gunakan untuk mengalahkan musuh-musuhku. Kerana musuh-musuh Islam kini sudah menggunakan cara yang berbeza untuk menyerang pemikiran remaja Islam. Mereka menggunakan cara “ghazwatul fikri” iaitu perang pemikiran. Makanya aku akan bertindak dengan cara yang sama untuk menyerang mereka.
Kepada adik-adikku aku sering tanamkan rasa cintakan islam dan perjuangan. Dulu, sewaktu baru menginjak usia remaja, aku sempat merasakan kejahilan hidup, aku sangat kesal kerana pernah tersasar dari landasan. Aku pernah terpengaruh dengan budaya-budaya Barat yang menjadikan kehidupan hanya untuk bersenang-senang. Aku kenalkan kepada adik-adikku budaya, lagu-lagu dan majalah-majalah yang tidak islami. Sehingga kini perkara tersebut amat aku kesalkan kerana adik-adikku masih terbiasa mendengar lagu-lagu dan membaca majalah tersebut. Bagi menebus semua kesalahan yang lalu, maka sekarang aku bertekad untuk memperkenalkan kepada adik-adikku tentang wajah Islam yang sebenar. Alhamdulillah, kini mereka mulai mencintai Islam secara penuh tanpa kurang sedikit pun.
Hari ini bonda masak lauk yang istimewa buat aku dan kakak. Kerana keesokkan harinya aku dan kakak akan pulang ke Indonesia buat menyambung kembali jihad yang kami tinggalkan sementara. Seperti biasa aku dan kakak turun ke dapur untuk mambantu apa yang patut. Setelah kami selesai menghidangkan makanan, aku memanggil ayah dan adik-adik untuk makan bersama. Seperti biasa, acara makan malam kami cukup sederhana tetapi meriah, jumlah ahli keluarga yang besar tidak mengurangkan sedikit pun kemeriahan malam yang penuh barakah tersebut.
Adikku Wafa’ memulakan makan malam tersebut dengan membaca doa dan kami semua mengaminkan. Adikku yang kedua bungsu meminta untuk dipasangkan televisyen kerana mahu menonton berita. Memang keluarga kami sangat menyukai berita, apalagi itu semua penting buat bunda untuk mengetahui info semasa mengenai tempat-tempat yang memerlukan bantuan kemanusiaan. Namun ia sangat mendukacitakan kerana kami cuma dapat mengandalkan berita-berita di televisyen yang tidak dapat dipastikan kesahihan beritanya. Seringkali para wartawan memutarbelitkan cerita dan fakta mengikut kesusaian nafsu mereka dan arahan individu tertentu. Menyembunyikan fakta yang benar dan menyodorkan berita yang palsu.
Namun, semua itu tidak akan melunturkan semangat perjuangan yang ada di hati kami kerana kami yakin bahawa suatu saat Allah pasti akan menunjukkan kebenarannya. Seperti yang terjadi pada 11 septemper 2001. Media barat mengeluarkan berita-berita yang menjatuhkan Islam dan sejak dari itu Islam dikenali sebagai agama terrorist. Namun, keluarga kami sedikit pun tidak tercuit dengan perkara tersebut. Malah kami yakin bahawa para mujahidin yang melakukan aksi tersebut mempunyai alasan tersendiri. Buktinya selepas peristiwa tersebut berbondong-bondong rakyat amerika yang memeluk agama Islam. Ini fakta yang tidak dapat disangkal. Begitu juga dengan perang yang terjadi di Afghanistan dan Iraq yang digelar oleh Bush sebagai perang Salib 2. Tentera-tentera mereka malah mengalami trauma berat kerana ketakutan mereka yang amat sangat kepada para mujahidin. Para mujahidin yang berjuang di jalan Allah berjuang untuk meraih syahid dan menggapai redha Allah sedangkan mereka, para tentera kuffar berjuang untuk meraih kehidupan dan pujian sementara dari pemimpin mereka. Tanpa disedari, mereka telah dijadikan boneka dan hamba oleh para pemimpin mereka yang kejam untuk mendapatkan dunia yang hakikatnya pasti akan berakhir. Seperti syair Khalid al-Walid: “Kami akan menyerang kalian dengan manusia-manusia yang sangat cinta kepada kematian sebagaimana kalian sangat mencintai kehidupan kalian!” Begitu juga yang dikatakan oleh salah seorang pejuang Palestin yang telah Syahid iaitu as Syahid Abdul Aziz Ar Rantisi: “Kita akan mati juga suatu hari nanti, entah disebabkan oleh Apache ataupun sakit jantung (yang pasti kita semua akan mati), dan saya memilih untuk mati dibom oleh apache (Israel)." Begitulah semangat para pejuang Islam. Mereka sama sekali tidak cinta akan dunia. Yang mereka kejar adalah kematian kerana kehidupan yang hakiki adalah setelah kematian datang menjemput, dimana syurga atau nereka yang bakal kita tempati.
Usai kami makan malam, adik-adikku masuk ke kamar untuk belajar, sedangkan aku dan kakak sibuk mempersiapkan barang untuk pulang keesokan harinya. Adikku Luqman kelihatan asyik dengan komputernya. Bonda dan ayah kelihatan sedang berbual di ruang tamu. Aku datang menyapa ayah dan bonda, kerana setelah pulang ke Indonesia nanti, pasti sukar untuk aku berbual dengan mereka. Seperti biasa, obrolan kami masih seputar perjuangan. Bonda menasihatkan aku untuk menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran, dan berharap agar aku dapat menjadi pendakwah suatu masa kelak setelah selesai belajar. Aku membayangkan tugasku sebagai pendakwah yang amat berat, namun, inilah tugas yang harus aku galas. Bukan cuma aku, malah seluruh umat Islam. Kerana sebagai khalifah kita bertanggungjawab terhadap saudara kita dan diri kita sendiri. Aku tidak boleh pesimis dengan diri sendiri kerana Allah telah berfirman: “Jangalah kamu bersikap lemah, dan janganah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman” (Surah Ali Imran: 139).
As Syahid Imam Hasan al Banna juga pernah berpesan: “Perbaikilah diri sendiri, serulah orang lain pada kebaikan”. Jika bukan kita sebagai generasi Islam yang akan meyeru kepada kebaikan maka siapa lagi? Aku menguatkan azamku. Bonda juga menceritakan tentang misi-misinya yang mendatang. Katanya salah seorang antara kami akan ikut bonda dan para sukarelawan yang lain ke Kemboja. Misi pertama ke Kemboja sudah berjalan dengan lancar melalui dana yang disumbangkan oleh para dermawan. Sewaktu salah seorang dari kami akan ke Kemboja, yang tidak terpilih akan ke Aceh untuk melihat yayasan anak yatim yang dikelola oleh bonda disana. Aku amat berharap dapat mengikuti kedua-dua misi tersebut. Namun kami harus memilih dan aku memilih untuk ke Aceh dan kakak ke Kemboja. Insya Allah misinya akan berjalan sewaktu cuti semester mendatang.
Ketika kesepian menyapa, tiba-tiba bonda menyuarakan suara hatinya yang lain. “Tahun depan bonda mau ke Palestin! Insya Allah, bonda mahu membantu saudara-saudara kita di sana. Bonda rindukan saudara kita di Palestin. Kita disini alhamdulillah dapat hidup dengan aman dan tenang tanpa tembakan peluru dan lontaran bom, sedangkan nyawa saudara kita di Palestin seperti telur dihujung tanduk. Bonda harus ke sana! Ada anak-anak bonda yang berminat nak ikut misi ini?” goda bonda sambil tersenyum. Aku terpana seketika. Berbagai bayangan muncul di benakku, tiba-tiba aku mendengar jeritan anak-anak yang kesakitan akibat tembakan dari para tentera zionis laknatullah. Darrr! Darr! Darr!! Aku mendengar lontaran bom. Bommbb!! Aku melihat lemparan batu dari para pemuda Palestin yang gagah berani yang akhirya menjahanamkan kereta kebal milik Israel. Di sekitarku penuh dengan serpihan-serpihan binaan rumah yang hancur. Para wanita dan anak-anak menagis ketakutan dan kelaparan akibat sekatan kepada bantuan yang dihulur oleh masyarakat antarabangsa. Dan aku seolah-olah menyaksikan para mujahidin yang mempersiapkan diri untuk melakukan Intifadah. Aku yakin aksi tersebut bakal menewaskan berpuluh tentera kuffar tersebut.
Lagi pembunuhan kejam Israel semalam [Reuters]
Dan sesaat kemudian.. Bommbb!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!" Sepuluh orang tentera Israel mati di tangan sang peminang bidadari tersebut.
"Ya Allah!! Jauhnya aku berkhayal." Benak aku sendirian.
Benarkah apa yang aku dengar dari mulut bonda sebentar tadi? Jika benar maka aku rela menjadi “tentera” buat bonda. Aku bakal menjadi tentera sekaligus “penghadang” buat bonda. Jika benar bonda rindukan Palestin, aku lebih lagi merindukannnya… Palestin, tanah seribu anbiya', tanah para pejuang.
"Oh Al-Aqsa, kami akan kembali memelukmu. Tidak akan kami biarkan tangan-tangan kotor itu memegangmu. Al-Aqsa pasti kembali ke pelukan Umat Muhammad. Ya Allah, semoga generasi inilah yang bakal mengembalikan Izzatul Islam yang telah tercalar. Semoga dari generasi inilah bakal lahir Salahuddin al-Ayyubi kedua yang akan menakluki kembali dua per tiga dunia. Ya Allah, jadikanlah dunia ini tempat buat kami mengejar cita-cita akhirat. Jangan kau biarkan kami mencintai dunia sehingga takut akan kematian. Ya Allah, jadikanlah kami tentera-tenteraMu, yang berjuang untuk mempertahankan AgamaMu. Ya Allah, Syahid di jalanMu adalah cita-cita tertinggi kami maka kabulkanlah doa hambaMu yang hina ini… kerana hanya kepadaMu kami meminta dan memohon…