~ warkah untuk warga EP yg disayangi~

assalamualaikum dan salam sejahtera,

kehadapan warga EP sekalian,diharap anda semuanya sehat sejahtera.sy disini ingin memohon kerjasama anda semua untuk menolong saya dalam menyiapkan 2 assigment yg perlu dihantar pada hari rabu nih dan sy juga sdg mengulangkaji pelajaran agar menambah baikkan result saya.pertolongan ini tidaklah seberat mana,hanya diri ini meminta anda sekalian untuk senyap @ tidak terjerit2 sepanjang kita akan menghadapi exam final.diri ini yg hina amat2 memerlukan pertolongan anda.tdk perlulah anda jerit2 bagaikan kwn anda sdg duduk beribu batu sdgkan beliau hanya disebelah anda.jika anda2 sekalian ingin sekali terjerit2 silalah ke hutan kerna disana masih ramai " sahabat perjuangan" anda sdg menanti.tidak perlulah sy menerangkan siapa sahabat anda disana,kerna diri kalian lebih memahami.

maaf sekali lagi jika pesanan ini amat merungsingkan.diri ini juga amat memahami kalian yg sedang dalam tekanan jiwa,dan kalian akan menghilangkan tekanan itu dgn mendengar muzik2 yg sgt membingitkan telinga.oh bahawasanya diri ini dan mungkin sebahagian penduduk ep yg lain berpendapat muzik anda itu sgt menyakitkan bukan sahaja akal fikiran malah jiwa dan raga. oh kawan2 tolonglah fahami diri ini.tdk kisah lah anda ingin mendgrnya sekuat yg mungkin atau sampai terpecah speaker,tapi biarlah telinga anda shj yg mendgr- maksudnya disini pakai lah headset yg pelbagai jenis yg dijual dipasaran.sy juga tdk teragak2 untuk memberi sedikit cdgn,hilangkanlah runsing anda dgn alunan zikirullah@nasyid@ lagu sentimental yg lain.supaya diri lebih tenang menghadapi peperiksaan kelak.

saya juga mengerti jika warga mmu or ep sgt2 lah pandai lagi bijak sana.tapi tolonglah wahai kwn2 jangan lah anda mem"press"kan kenderaan anda bagaikan anda shj yg menyewa ep ini,dan menganggap kawasan ini dibeli oleh ibu bapa kalian.silalah hormati kepentingan orang lain.dan hormati lah diri ini yg kurang bijak untuk mengulangkaji pelajaran.wahai kawan2 ini bukanlah bebelan untuk anda,saya harap anda tdk memusuhi sy.
\
sebagai seorg wanita melayu terkahir,ketika disiang hari sgtlah sopan dan ayu,tapi dimalamnya mengilai2 bagaikan pontianak,oh sungguh menakutkan.berhentilah dr mengilai..kerna dirimu begitu berharga.dan ilaianmu begitu menakutkan dan memberi gangguan untuk sy berjaga malam.tidak lupa juga kepada yg mempunyai minat dlm sorakkan bola..bolehkah anda melihat shj,tdk perlulah terjerit2.bagi 2 sahabat yg sering berjumpa tdk perlulah bersembang bagai anda berjumpa dgn 10 org..suaramu sampai ketingkat 5 boleh didengari.setiap inci bicara mu boleh ku catat,kerna ianya sgt jelas dan nyata.

bagi yg berminat untuk bernyanyi,alangkah baik nya jika diperlahankan suara mu itu,tdk perlulah sampai kerumah sebelah boleh mendgrnya,alhamdullilah jika dirimu memiliki suara yg sedap dan merdu dan boleh diterima akal serta memberi ketenangan.tetapi alangkah ngerinya jika suaramu sgt2 lah..oh tdk sampai hati untuk ku katakan,sehingga nya sampai ku luahkan dgn " u giving me nightmare".

rase nya sgt panjang diri ini menulis warkah ini.diri ini yg hina lagi dhoif memohon maaf jika warkah ini menyakitkan,ini adalah kata2 yg paling lembut untuk ku nyatakan.semoga kita semua mendapat result yg cemerlang.
jika dipenghujung exam anda hendak menjeritkah,mengilaikah,terjun bangunankah,membuat deruman yg paling kuat kah,nk buat drift kah,terpulanglah,tapi biarlah ianya bermula pd 12/1/2009,kerna pd hari itu diri ini telah habis berjuang dgn kertas bg sem 2.

sekian terima kasih,
dr warga ep yg sgt tdklah hebat seperti kalian

6 comments:



shahmi said...

hahhahaha!!
cabut ulu hati baca post blog yg ini
sabar ya wahai sahabat
selamat berjuang dan good luck utk final akan dtg~

Anonymous said...

saya rasa nak tergolek baca warkah saudari ni..
sekiranya perkara sama berlaku terhadap diri saya, bolehkah kiranya saya meminjam idea saudari untuk menyampaikan pesanan kepada warga MMU di Cyberjaya pula..??

wakakakak..

aRiEzEtIqAz said...

to shahmi..ini baru permulaan..tq for that wish..gud luck gak 4 ur xm

aRiEzEtIqAz said...

to dila..sila lah awk amik sbg rujukan..mungkin boleh diperbaiki agar nada nya nampak cam kita betol2 serius..huhuhu..mrk mmg kurang mngerti

nur_afni said...

hahhahaa...naseb gua dah tak kene study...hahha....study rajin2 sume org...hormatilah org di time xm..respect is earned nt asked...ku memahami betapa seksa nye memaksa diri mendengar lagu dr winamp jiran2 tatkala nk xm...hahha....

aRiEzEtIqAz said...

terima kasih juga kerna anda juga memahami..nih kot balasan kat ika diatas menyanyikan lagu pupus bersama2 kak afni n kak nana..masih ingat enggak??