~nak habess dah~

alhamdullilah hari rabu nih habes ah praktikal ana..pas habes je nk g melepakkn diri di uitm shah alam..syuhhh..g senyap2 nk surprise kan diorg..hik..hik..xnk bgtau lagi,nnti jd cam ritu tetiba je xjd g la plak..kesian kat kawan2 ku disana..( cam ah diorg baca blog ana nih)..plan nyee camni..mula rabu or khamis g uitm shah alam..( xtau ah diorg jemput ke tak)..argh men redah je nih..hik..hik..duli hape..pastu jumaat flight ke penang..beshnyeee

1st time nih oo..nek kapal terobang..yeay2 jln2 penang..tujuan utama adalah g wedding kak nana ( suhana xmmu student)..pastu jln2..2 hari berturut2 weddingnyee..hoho..doakan keselamatan kami hek..selamat balik dan pulang..diri ini akan menerbangkan diri bersama2 kakak2 kesygn ku..kak afni,kak wani and kak aslah..lavender theme ok..

wassalam

~alhamdullilah~

alhamdullilah..selamat lah sudah puan ainul mardhiah diijab kabul kan siang td..majlis yg sederhana tapi meriah..doakan kebahagian beliau..lepas nih sape plak punya wedding hek?..
pagi td kami ( aitiqah,afifah,janariah,ain,wani,husna(a.n),masihah,shahirah,aishah solehah)..berkonvoi ke rumah kenduri.sambil g umah kenduri ktorg beraya gak..masa kat kenduri jumpa ustaz anuar n family include iffah..jumpa cikgu rahman dan cikgu safarina..yg putera nya..nih yg ktorg nampak ah kan...pak wan,pak lan,mad,syafik khalid and roslan..yg len ktorg xnampak....pastu pas kenduri pergi melwat rumah kerumah..sekitar kuala kangsar..mohon kemaafan bebanyak2..coz ktorg singgah yg mana sempat..coz hari pon dh nk mlm..

haa mane yg xsempat join konvoi wedding,don worry coz got other upcoming wedding..so keep in touch k ;)...

sesiapa yg nk usha2 pic wedding ainul mardhiah..please contact afifah shuib ye..die je yg bawak camera..k tata

eh lupa nk habaq plak..tadi ktorg konvoi g umah azali..alhamdullilah abg beliau dh lepas tahap kritikal but still in coma..doakan semoga abg beliau cepat sedar dr koma n sembuh seperti biasa..

~sandarji jokes~

(1)
Sardar: Miss, Did you call me on my mobile?
Teacher: Me? No, why?
Sardar: Yesterday I saw in my mobile - "1 Miss Call".

(2)
Judge: Don't you have shame? This is the third time you are coming to court.
Sardar: You are coming daily, don't YOU have shame?

(3)
Manager: Do you know MS Office?
Sardar: If you give me the address I will go there sir.

(4)
Sardar was in an airplane going to Bombay. While the plane was landing,
he shouted: "Bombay! Bombay!"
The air hostess said:"Be silent." Sardar replied:"Okay. Ombay! Ombay!"

Sardaji At Home

A man was in his front yard mowing grass when his neighbor,
Sardaji, came out of the house and went straight to the mailbox.
He opened it, looked inside, slammed it shut, and stormed back into his house.
A little later he came out of his house again, looking nervous, went to the mailbox, again opened it, and slammed it shut again before angrily going back into his house.As the man was getting ready to edge the lawn,
Sardaji came again, looking very heated up. He marched to the mailbox, opened it and then slammed it shut harder than ever. Puzzled by his actions, the man asked him, "Is something wrong?"To which the ferocious Singh replied, "There certainly is! My stupid computer keeps telling me I have mail!"

Sardaji At The Beach

One day, Sardaji Singh was enjoying the sun at the beach in America.
A lady came and asked him, "Are you relaxing?"
To which Sardaji answered, "No, I am Sardaji Singh.
"Another guy came and asked Sardaji the same question.
Sardaji answered, "No, no, me Sardaji Singh!"
A third stranger came and asked him the same question again.
Sardaji was so annoyed he decided to shift his place.While walking he saw another Singh soaking in the sun. He went up to him and asked, "Are you Relaxing?"
The other Singh was a lot more educated and answered, "Yes, I am relaxing."
Sardaji slapped him on his face and said," Stupid idiot! Everyone islooking for you and you are sitting over here?!"


http://nexus.mmu.edu.my/index.php?sectid=1&nesect=26

~tenang2 air~

alhamdullilah..sampai opis dgn tenang,nape tenang? selama nih xtenang ke?..huhu bukan pe pas bulan ramadhan nih opis TM seluruh mesia beroperasi kol 8.30am,..dan diri ini xde ah berlumba2 dgn org yg bekerja kol 8..hehe..jalan lenggang beb..xsesak pon..bagus ah TM nih wat time yg sgt2 molek..klu tak waktu lan ramadhan ah diri ini cam drifter..ye ah lan ramadhan org semua stat keje kol 8,sampai opis pon ngam2 je.

tapi pada hari ni ana awal 30 minit..bos tersenyum tanda menunjukkan kan prestasi ana nih meningkat hahaha...pagi2 pakcik2 makcik2 nih dh stat gosip..almaklum la dh bes lan pose..diorg ngumpat celcom..ye ah ana pon nk jd the hulk gak smlm..tak dpt msg n kol ( cam ah hdset aku de smlm )..hampeh tol celcom..last year xde ah teruk camni..naseb bek ah diorg dh kuar dr TM..klu tak mati TM nak naggung segala kerugian diorg..jawab ah ko CEO celcom oii wahai encik razali..dh ah dulu paksa staff2 tm pakai line diorg..TM NIH PUNYA ah bek hati ..tolong ah support..TM nih cam ala2 bdn kebajikan masyarakat..dh banyak sgt tolong celcom nih..pastu banyak vendor2 len die bg peluang..pemurahnyaa TM nih..tuh pon org tikam belakang..cthnya celcom nih ah..nak kuar sgt dr TM..pdn muka ko..hehehe..pdn muka aku gak,pakai celcom gak ana nih..

lagi satu kontraktor yg bekerjasama dgn TM ni,de ah sesetgh kontraktor nih..buat keje cam xikhlas geram tol aku..yg si TM nih keje bg peluang je kat kontrator nih..eieie klu ikutkan ana yg jd CEO dh lama berkubur kontrator2 yg xreti berterima kasih nih...malas nk sebut nama2 COD ni..better korg cek technician2 korg tuh..buat ah supervise skit..nih men mintak payment je tggi..korg ingat TM nih bdn kebajikan ke..keje elok2 ah skit...ikhlas ah skit...

k la sampai sini ngomelan diri ini..bnyak lagi nk tulis..tapi xpe ah..nnti2 k..tata

~salam lebaran~

berlalu lah sudah ramadhan,sebulan berpuasa..lalalala..dh tau dh lirik seterusnya pandai2 ah korg sambung..

sebenarnye diri ini ingin mengucapkan selamat menyambut syawal..beraya beraya gak..xyah ah sakan2 sgt..bawak2 g menziarah..( nasihat untuk diri sendiri )..hurm xtau nape,rse sedey la plak meninggalkan ramadhan,rase kejap je kan?..nampak sgt ah diri ini membiarkan ramadhan berlalu begitu saje..masih adakah ramadhan untuk aku??...

kpd sesiapa yg sudi nk berkunjung ke rumah ana..sila2 kan..kol je ana..umah sentiasa dibuka..kuih raya pon blom bukak lagi hihihi ( kuih beli je )..tahun nih beraya pertama dirumah tok di kedah..ktorg sambut simple2 je..tok masak nasi daging,pastu mak dan ana masak laksa mee..haa xdilupakan ketupat daun palas bersama2 rendang ayam..tuh je menu kali nih..tapi meriah ooo..ye ah klu rakyat dah ramai..kira meriah ah..cam biasa pas bersalam2..ber"klik" sana sini..ktorg pon konvoi g umah sedara mara belah abah...penat tuh xtau ah nk ckp..
haa kali nih xsemene2 sedondon la plak dgn mak..ktorg xplan pon..( xpenah seumur hidup diri ini bersedondon dgn family)..ktorg xpenah de tema2 nih..hehe xske la..dari kecik sampai la skrg nih..

raya kedua plak..bru nk gerak ke kuala kangsar,belah mak plak..aiseyman time nk gerak balik,skit lagi nk sampai highway,pesona nih plak wat hal..huhu tayar pancit daaa..tuh ah dr raya pertama lagi ana rase xbesh je drive..huhu alhamdullilah de org sedar awal.part nih ah semua org menunjukkan kepakaran masing2 nk tukar tayar,mcm2 diorg buat..hahaha.semua xmenjadi..so ana mengambil inisiatif sendiri,ckp kat abah"panggil je pomen..panas nih nk tggu tayar nih bukak"..kan senang..so ktorg xpanggil pomen..bawak je pesona g workshop..huhu.len kali cek tayar sebelum berjalan jauh..

alhamdullilah,akhirnya kami selamat tiba...mlm nyee pulak tok chu buat open house..makan kambing biri2 panggang ooo.hehehe..
k ah selamat menyambut xm final yg akan tiba hek ( mmuians & u len yg xm gak )..

p/s: fon tertinggal kat kedah..uwaaaaaaaaaaaaaa..sok bru along dtg hantaq..isk..isk..
xdpt nk dgr kabar org yg nk bertunang tuh..isk.isk..selamat bertunang jumaat nih..kpd org tuh..sedey la plak..pas ni xde sape nk melayan aku lagi...isk..isk.

~sy berpurdah bukan kerna alim h1n1~

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahumenjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana . Biar mereka tahu, sebagaimanusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup. Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil.Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.Nilai sepuluh sen Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satupengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran.

Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi
hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya belisebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satutempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisikkagum.Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itumenimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahumengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorangjutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Sayamahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainyapada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi sayamengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untukmengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumahsaya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah komplekshasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang sayasebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka 'ikan' tetapi'pancing' untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untukdipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripadamereka untuk dijual.Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumahperlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenagapengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmuagama di rumah tersebut.Kini mula berpurdah Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukanjuga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripadadirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yangmengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudungtetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya seringkalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuaistatus selaku pengasas produk kecantikan."Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orangtahu produk kau bagus" - itu juga antara bisikannya yang seringmenewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebutdalam hadis 'menutup aurat tetapi masih bertelanjang' .Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahusemuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedardan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu AllahTaala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di manazikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup.Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan NurainSufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat.Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong,kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam,lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga duniayang saya gelar Sorga Ammi.Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabusberlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakinyakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasihsayangNya.

pengajaran: sudah2 berthn2 ana mencari alasan2 kukuh mengapa wanita berniqab,kenyataan yg sering ditemui untuk mengelak fitnah..dan akhirnya ana temui kenyataan yg ana rasa kagum dlm kata2 wanita berjaya ini..iaitu untuk mengelak dr sifat riak dan ingin menjaga hati,riak adalah selendang ALLAH,siapa kita untuk bersikap riak dan takabur ia bagaikan menarik selendang ALLAH..semoga ALLAH menjauhi ana dari sifat2 mazmumah..amin2

~sang mujahid muda & warkah cinta-Nya~

Membiasakan Anak 'HIDUP BERSAMA' Al-Quran
http://www.iluvislam.com/
Oleh: Zulia Ilmawati (Psikologi, Pemerhati Masalah Anak dan Keluarga)
Kiriman: arinzone
Editor: b_b

Setiap orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak soleh-solehah merupakan harta yang paling berharga bagi orangtua. Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orangtua dalam mendidik anak. Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana ia adalah pedoman hidup manusia.

Rasulullah SAW pernah bersabda (yang ertinya):
Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci. (HR ath-Thabrani).

Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar. (QS al-Isra’ [17]: 9).

Bila al-Quran sebaiknya diajarkan pada anak? Tentu seawal mungkin. Semakin awal semakin baik. Akan sangat bagus jika sejak anak dalam kandungan seolah-olah calon anak kita itu sudah terbiasa 'hidup bersama' al-Quran; yakni ketika si ibu yang mengandungnya, rajin membaca al-Quran.

7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama al-Quran

1. Mengenalkan.
Saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Sayang, banyak orangtua yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas. Sesekali perlihatkanlah al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain, apalagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik. Mengenalkan al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan terlebih dulu huruf-huruf hijaiyah; bukan mengajarinya membaca, tetapi sekadar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C, D. Tempelkan gambar-gambar tersebut di tempat yang sering dilihat anak; lengkapi dengan gambar dan warna yang menarik. Dengan sering melihat, anak akan terpancing untuk bertanya lebih lanjut. Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.

2. Memperdengarkan.
Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD. Kalau ada teori yang mengatakan bahwa mendengarkan muzik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, insyaAllah memperdengarkan al-Quran akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi. Apalagi jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca al-Quran, suasana hati dan fikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang. Kondisi seperti ini akan sangat membantu perkembangan psikologi janin yang ada dalam kandungan. Ini kerana, secara teori kondisi psikologi ibu tentu akan sangat berpengaruh pada perkembangan bayi, khususnya perkembangan psikologinya. Kondisi tertekan pada ibu tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya. Memperdengarkan al-Quran boleh dilakukan bila-bila sahaja dan di mana sahaja; juga tidak mengenal batas usia anak. Untuk anak-anak yang belum boleh berbicara, insyaAllah lantunan ayat al-Quran itu akan terakam dalam memorinya. Jangan pelik kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surah al-Fatihah, misalnya, begitu dia boleh berbicara. Untuk anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat al-Quran (surah-surah pendek) kepadanya terbukti memudahkan si anak menghafalkannya.

3. Menghafalkan.
Menghafalkan al-Quran boleh dimulai sejak anak lancar berbicara. Mulailah dengan surah atau ayat yang pendek atau potongan ayat (misalnya fastabiq al-khayrât, hudan li an-nâs, birr al-walidayn, dan sebagainya). Menghafal boleh dilakukan dengan cara seringkali membacakan ayat-ayat tersebut kepada anak. Jadi latihlah anak untuk menirunya. Hal ini dilakukan berulang-ulang sampai anak hafal di luar kepala. Masa kanak-kanak adalah masa meniru dan memiliki daya ingat yang luar biasa. Orangtua harus menggunakan kesempatan ini dengan baik jika tidak ingin menyesal kehilangan masa emas (golden age) pada anak. Supaya anak lebih mudah mengingat, ayat yang sedang dihafal anak boleh juga sering dibaca ketika ayah menjadi imam atau ketika naik kereta dalam perjalanan. Disamping anak tidak mudah lupa, hal itu juga sebagai usaha membiasakan diri untuk mengisi kesibukan dengan amalan yang bermanfaat.
Nabi SAW bersabda:
Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan al-Quran itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya. (HR al-Bukhari dan Muslim).

4. Membaca.
Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat.
Aku tidak mengatakan bahawa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf. (HR at-Tirmidzi).
Sungguh luar biasa pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang biasa membaca al-Quran.
Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat. Orangtua penting memberikan contoh. Jadikanlah membaca al-Quran, terutamanya pada pagi hari usai solat subuh atau usai solat maghrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga. Ajaklah anak-anak yang belum boleh membaca untuk bersama-sama mendengar abang-kakaknya yang sedang membaca al-Quran. Orangtua mempunyai kewajipan untuk mengajarkan kaedah-kaedah dan adab membaca al-Quran. Untuk boleh membaca al-Quran, termasuk mengetahui kaedah-kaedahnya, sekarang ini tidaklah sulit. Telah banyak metode yang ditawarkan untuk boleh mudah dan cepat membaca. Ada metode Iqra, Qiroati dan sebagainya. Metode-metode itu telah terbukti memudahkan ribuan anak-anak bahkan orangtua untuk mahir membaca al-Quran. Alangkah baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di bawah bimbingan orangtua. Ketika seorang anak membaca, yang lain menyemaknya. Jika anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan. Dengan cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkat.

5. Menulis.
Belajar menulis akan mempermudah anak dalam belajar membaca al-Quran. Ajarkan kepada anak kata-kata tertentu yang mempunyai makna. Dengan begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak belajar bahasa Arab. Mulailah dengan kata-kata pendek. Misalnya, untuk mengenalkan tiga kata alif, ba, dan dal anak diminta menulis a, ba da (tolong tuliskan Arabnya, ya: a-ba-da) ertinya diam; ba-da-a (yang ini juga) ertinya mulai; dan sebagainya.
Sesekali di rumah, cuba adakan lumba menulis ayat al-Quran. Berilah hadiah untuk anak yang paling kemas menulis. Jika anak memiliki kemampuan yang lebih dalam menulis huruf al-Quran, mereka boleh diajari lebih lanjut dengan mempelajari seni kaligrafi.
Rangkaian huruf menjadi sukukata yang mengandungi erti bertujuan untuk melatih anak dalam memperkaya kosakata, di samping memberikan kesempatan bagi mereka untuk bertanya tentang setiap kata yang diucapkan serta mengembangkan cita rasa seni mereka. Jadi, tidak hanya bertujuan mengenalkan huruf al-Quran semata-mata.

6. Mengkaji.
Ajaklah anak mula mempelajari isi al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah solat maghrib atau subuh. Paling tidak, seminggu sekali pelajaran sekeluarga ini dilakukan. Tajuk yang diketengahkan boleh jadi tajuk-tajuk yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari. Kajian bersama, dengan merujuk pada satu atau dua ayat al-Quran ini, sekaligus dapat menjadi sarana tawsiyah untuk seluruh anggota keluarga.
Pada waktu yang sama, tajuk yang akan dikaji boleh diserahkan kepada anak-anak. Adakalanya anak diminta untuk memimpin kajian. Orangtua boleh memberi arahan atau pembetulan jika ada hal-hal yang kurang tepat. Cara ini sekaligus untuk melatih keberanian anak menyampaikan isi al-Quran.

7. Mengamalkan dan memperjuangkan.
Al-Quran tentu bukan hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji. Justeru yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapat menyinari kehidupan manusia. Sampaikan kepada anak tentang kewajiban mengamalkan serta memperjuangkan al-Quran dan pahala yang akan diraihnya. InsyaAllah, hal ini akan memotivasikan anak. Kepada anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana para Sahabat dulu yang sangat teguh berpegang pada al-Quran; ceritakan pula bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar al-Quran tegak dalam kehidupan.

~ikhtilat yg tiada kesudahan~

Allah SWT berfirman di dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 110:
“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh berbuat yang makruf, mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah!.”


Mengambil ungkapan kata menarik dari seorang sahabat ana dari sahabatnya:
“Pilih jalan juang, bukan jalan jiwang”


nasihat ini ditujukan khas untuk diri ana dan diri ana dan diri ana dan kpd kalian sekalian..terima kasih kpd sahabat yg memeberikan rencana ini..ya ALLAH ampunilah dosa2 hamba-MU yg hina ini..amin2

Ikhwah dan akhawat (muslimin dan muslimat)Ikhtilat yang tiada kesudahan...Ini bagus untuk memberi pedoman buat pembaca. Moga-moga diberi taufik dalam penghayatan pembacaan. InsyaAllah. Amin.Teringat dialog antara sahabat seperjuangan (yang mungkin tidak berapa mengerti akan 'izzah atau nilai harga diri seorang muslimat dan hakikat ikhtilat (pergaulan ikhwah/akhawat) yang sewajarnya dijaga rapi)

Muslimin A : Kenapa kawan enti tu garang sangat? Kalau cakap tu tegas semacam je. Kalau cakap dengan ana, bukan nak tengok muka. Dahla kerja sama-sama untuk program ni. Dia tak suka ana ke?

Muslimat B : Habis tu enta nak macam mana?

Muslimin A : Cubalah lembut-lembut sikit. Dia kan perempuan?

Pemerhati dari jauh : (Oh? Lembutkan suarakah maksudmu? Manjakan lirikankah maksudmu? Bukankah itu menggadaikan ke'izzahan seorang muslimah? Atau aku yang tidak faham apa kehendak sebenarmu? Atau aku yang buruk sangka?)Maruah seseorang adalah bergantung kepada dirinya sendiri.

Dengan penuh sedar, saya ingin menegaskan bahawa saya bukanlah manusia terbaik untuk dijadikan contoh dalam hal ini, apatah lagi untuk mengatakan bahawa saya tidak terjebak dengan sebarang kesilapan ketika berbicara. Namun, bila baru masanya akan datang manusia yang serba sempurna yang dinobatkan layak berbicara tentang adab? Berbicara di sini saya fokuskan kepada adab berbicara antara ikhwah dan akhawat. Allah swt menegaskan adab berbicara khususnya bagi golongan muslimat apabila berkomunikasi dengan lelaki bukan mahram :

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit hati dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Al-Ahzab : 32)

Ibnu Katsir Rahimahullah di dalam Tafsir Quranul 'Azim semasa menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa perintah tersebut tidaklah hanya terbatas kepada isteri-isteri Nabi bahkan kepada semua wanita-wanita muslimah. Apa yang dimaksudkan dengan lembut manja itu ialah sengaja melembutkan suara apabila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Termasuk juga di dalam perintah ini ialah para lelaki semasa berbicara dengan wanita-wanita yang bukan mahram.Manakala Al-Qurtuby pula berpendapat percakapan yang dimaksudkan ialah percakapan yang hanya meliputi perkara-perkara yang perlu sahaja dengan suara tidak sengaja dilembut-lembutkan. Berdasarkan kepada ayat ini, kita sepatutnya boleh melakukan satu muhasabah yang terbaik.Sudah seringkali kita laungkan untuk membina atau sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang kita namakan sebagai 'biah solehah', namun semakin hari rasanya impian itu semakin terhakis apabila melihat adab berbicara dan berkomunikasi antara ikhwah dan akhawat yang semakin tidak terjaga.

Kenapa ini harus berlaku apabila kita suburkan cita-cita murni untuk melahirkan generasi pejuang? Realiti kita hari ini menyatakan kepada kita bahawa semakin ramai yang berani 'memperkosa' suasana murni yang ingin kita wujudkan. Maaf seandainya perkataan kurang elok terpaksa digunakan namun itulah hakikatnya.Di hati ini hanya Allah sahaja yang tahu pedihnya hati ini bila melihat siswa dan siswi berbicara antara satu sama lain dengan jarak ynag mampu diukur oleh pembaris 30cm, deselangi dengan hilai tawa dan suara lemak manja persis suara di sekolah menengah.

Mana lagi maruah sebagai pejuang Islam?

Saya ingin bertanya kepada siswa yang terlalu enak berbicara dengan siswi bersama lagak yang kurang menyenangkan itu, tidak malukah anda meruhtuhkah kredibiliti anda sebagai seorang pemimpin? Tidak malukah anda memperhatikan kepada orang lain betapa besarnya keruntuhan moral yang ada di dalam jiwa anda? Tidak malukah anda menzahirkan betapa anda tidak layak untuk digelar sebagai pejuang Islam? Pejuangkah anda yang sudah tunduk dengan kelunakan suara seorang wanita?Kepada siswi, tentu sekali kita ingin bertanya, tidak aibkah anda mendedahkan kelunakan suara yang begitu lemak manja yang pastinya hanya layak untuk seseorang di malam yang pertama? Realitinya, ramai di kalangan anda yang memakai jubah luaran namun tidak 'menjubahkan' hati dan peribadi. Tahukah anda, ramai lelaki yang runtuh hatinya semata-mata kerana kelunakan suaramu? Tidak sedarkah anda, dengan melunakkan suara selembut yang mungkin bila berbicara, anda sebenarnya sudah merosakkan 'dara' suaramu? Masih tidak tahukah anda bahawa walau senakal manapun seorang lelaki beriman yang normal, dia tetap akan mencari isteri solehah yang terbaik menjadi suri hidupnya?

Namun, solehahkah ketawa terkekek-kekek di tengah khalayak ketika berbicara dengan lelaki bukan mahram? Anda bangga denga perbuatan itu? Terpulanglah!Kita tidak mahu siswa-siswi menjaga adab pergaulan hanya kerana malu kepada mata-mata yang memandang.

Apa yang kita mahukan ialah generasi pemuda-pemudi yang hanya takutkan Allah. Kita tidak suka munculnya generasi yang penuh dengan sikap kepura-puraan, tunduk menikus hanya kerana malu menghadapi kata-kata orang lain, namun di celah-celah yang tersembunyi, kita membenarkan diri kita merobohkan pagar IMAN!

Tanyalah driri sendiri layakkah aku digelar pejuang? Dalam kelemahan diri yang begitu banyak kita lantas melabelkan diri kita sebagai pendukung kebangkitan Islam, tidak malukah kita? Kita yang mendapat jawapannya seandainya kita ikhlas dalam memberikan jawapan. Sudah ramai di luar sana yang rebah kerana tidak mampu bertahan dengan ujian di zaman remaja. Lalu, masihkah ingin kita mamilih untuk turut menjadi mereka?Sepatutnya kita sudah patut untuk menangis dengan kemunculan generasi remaja yang sudah lupakan Tuhannya, lalu kita bangkit sebagai generasi qudwah yang akan mengungguli contoh yang terbaik.

Sayang, dalam keadaan kampus kita seperti hari ini, secara ikhlas ingin saya nyatakan, kita mungkin hanya akan mengulangi sejarah kegagalan generasi yang terdahulu. Di peringkat umur sebegini, tentulah kita tidak mahu siswa-siswi perlu 'dimarahi' terlebih dahulu untuk melazimkan mereka dengan adab pergaulan. Lebih berkesan seandainya masing-masing menyedari tanggungjawab dan batasan pergaulan khususnya golongan yang sepatutnya menjadi contoh (tentunya pimpinan dan senior).Mungkin ramai yang menganggap ia sebagai isu yang remeh di tengah-tengah cabaran globalisasi menuntut kia berfikiran terbuka, namun bagi saya, ia tetap isu yang besar dalam menjana pertumbuhan generasi qudwah.

Sekali lagi, sebelum mengakhiri tulisan ini, penulis rencana ini bukanlah seorang contoh yang terbaik, malah mungkin kadang-kadang turut rebah di tengah-tengah kehebatan prinsip dan idealisme. Namun, kalau tidak sekarang kita menegur, bila lagi? Dan kalau tidak kita, siapa lagi?"Untungnya orang mukmin semakin banyak masalah, semakin mustajab doanya, bukan perjuangan tanpa kesulitan, tapi dalam kesulitan ada ketenangan, memagar kekuatan. Daerah kita bukan daerah cinta, bukan masanya merajuk, kasih memujuk, tiada senda gurau memanjang, kerana kita dalam berjuang.

"Moga Allah beri kita bantuan untuk bermujahadah, memperelokkan akhlak dan ketaqwaan kita, kita semua barisan mujahid dan mujahidah Islami. Moga Allah beri sokongan dan kemudahan untuk kita gilap kembali permata yang sekian lama bersalut lumpur, yang sekian lama terbenam di ceruk rumpaian-rumpaian yang telah mati.

Kepada para daie, tolong copy dan sebarkan risalah ini untuk menjadi panduan kita bersama dalam membangunkan generasi qudwah. InsyaAllah...

~ke rumah opah aku pergi~

alhamdulilah pukul 12 td bru sampai cucu nya yg tercinta ini..dengan senyum yg paling manis berdiri dihadapan pintu rumah opah di kuala kangsar..smlm janji dgn acik nk dtg umah opah ptg smlm..tetapi anak saudara yg tercinta ini muncul tengah hari ,hari ini..hik..hik..soweiiii!!!..

smlm ( jumaat ) acik kol..

acik:" ikah de buat pe2 tak ptg nih?

ana:" xde pe2..free je..nape?..de nk buat bbq ke.."

acik:" xde ah..acik dgn makcik siti nk balik baling jap..opah dgn bibik tggal berdua je kat kg tuh..ikah balik ah teman opah...

ana:" oo ok..ptg nih sampai ah ikah kat kuala tuh".

tapi hampeh je cucu opah sorg nih..alih2 tgh hari hari ini baru nampak btg hidung..soweii opah traffic jam..tuh yg lambat sampai..opah ckp: hai?? traffic jam dr semlm ke??..keh keh..hamik ko kene sebijik..
huhu terpaksa cancel nk g shah alam dis weken..sebenarnya dh janji dgn geng2 uitm nk ke sna..huhu..soweii kawan2..eda..along..jana and zai..dgr cite zai nk blanja diri ini berbuka..daku menyusun sepuluh jari memohon maaf..opah ku harus diutamakan juga..

abah said:" nak wat pe g shah alam..tau tak skrg susah nk dpt tiket balik kg"..

anak die yg cumel said:" nk sopim baju raya la..kak yong xbeli baju lagi..kat sini sume baju sme je"

abah said:"skrg kan dh 10 mlm terakhir..org dok umah beriktikaf..yg korg nih dok bersopim je.."

arghh aku nih kan selalu je kene dibebelkan..uwaaaaaa..begitulah alasannya mengapa ku harus cancel ke shah alam..maaf banyak2..moga2 kita dpt bertemu al-qadr yg dirindui..

td bertolak dr umah lewat skit..coz kene kemas bilik..tu ah kebiasaan hari minggu..hahaha..ngok ngek tol ana ni..pastu mak soh gerak cepat skit..mak ngan abah xdpt join balik kg coz my parents ada meting umno katanya..so daku mendrivekan diri sorg2..dgn dibawa bubble bee..( kaler silver bukan kuning) dgn machonya beliau meluncur laju..jumpa geng2 die kat highway tuh..optimus prime punya family yg ramai..menyampah tol ana..dah ah besar dok lane kanan..langgar kang baru tau!! padan muka aku gak..
sampai2 je opah tgh nak buat karipap..yeay!!! paham2 je opah nih kan..klu u all nak tau,my opah punya karipap yg the best kat dunia nih..hehehe..muka ana pon dh mcm karipap..SAYANG OPAH LEBIH..muahhhh..k ah selamat beriktikaf hek kekawan

ha kpd dak2 madid sape yg nk g kenduri kahwin ainul mardhiah sila bgtau ana okeh..0195944842..kpd puteri2 idrisian shj yg bleh bgtau kat ana..hehe..yg putera idrisiah sila bgtau sesama antum..nnti alamat mintak kat ana...pas kenduri tuh kita leh jln2 berhari raya..

~jom beiktikaf~

Nuzul Quran dan Lailatul Qadr
www.iLuvislam.com
Dr. Samsu Adabi Mamat
Editor : kasihsayang




Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Mencari Malam Al-Qadar


Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.

Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).



Sumber : JAKIM