~sy berpurdah bukan kerna alim h1n1~

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahumenjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana . Biar mereka tahu, sebagaimanusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup. Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil.Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.Nilai sepuluh sen Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satupengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran.

Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi
hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya belisebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satutempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisikkagum.Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itumenimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahumengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorangjutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Sayamahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainyapada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi sayamengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untukmengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumahsaya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah komplekshasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang sayasebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka 'ikan' tetapi'pancing' untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untukdipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripadamereka untuk dijual.Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumahperlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenagapengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmuagama di rumah tersebut.Kini mula berpurdah Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukanjuga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripadadirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yangmengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudungtetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya seringkalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuaistatus selaku pengasas produk kecantikan."Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orangtahu produk kau bagus" - itu juga antara bisikannya yang seringmenewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebutdalam hadis 'menutup aurat tetapi masih bertelanjang' .Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahusemuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedardan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu AllahTaala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di manazikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup.Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan NurainSufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat.Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong,kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam,lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga duniayang saya gelar Sorga Ammi.Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabusberlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakinyakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasihsayangNya.

pengajaran: sudah2 berthn2 ana mencari alasan2 kukuh mengapa wanita berniqab,kenyataan yg sering ditemui untuk mengelak fitnah..dan akhirnya ana temui kenyataan yg ana rasa kagum dlm kata2 wanita berjaya ini..iaitu untuk mengelak dr sifat riak dan ingin menjaga hati,riak adalah selendang ALLAH,siapa kita untuk bersikap riak dan takabur ia bagaikan menarik selendang ALLAH..semoga ALLAH menjauhi ana dari sifat2 mazmumah..amin2

0 comments: