~jiwa mati berserta akal yang mati~

Anda mengaku umat Islam yang lain sebagai saudaramu. Akan tetapi kamu selalu menzalimi mereka. Sedang anda tidur lena, dibiarkan sahaja saudaramu yang di dalam kesusahan. Sedang saudaramu pergi berjuang, anda membiarkan sahaja mereka keseorangan, bahkan membuat kerja yang menyusahkan mereka. Hidup di dalam kebencian dan permusuhan. Suka sangat mencari kesalahan orang.

Itu semua merupakan sebahagian tanda yang jiwa kita yang sudah mati.

Ibarat badan manusia, matinya kerana terpisah antara roh dengan jasad. Roh itulah merupakan sebab mengapa manusia itu bernyawa. Tanpa roh, manusia itu mati. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hijr ayat 29, ketika mencerita penggabungan roh dan jasad:

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُواْ لَهُ سَاجِدِي

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanku) maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

Dalam surah al-Waqi’ah ayat 83, Allah menceritakan mengenai kematian, iaitulah ketika roh terpisah daripada jasad.

فَلَوْلاَ إِذَا بَلَغَتِ ٱلْحُلْقُومَ

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya.

Sangat sedih bila orang yang disangka akan melindungi masyarakat terutamanya kanak-kanak, wanita dan orang tua telah berlaku kejam..saya sendiri terlalu sedih untuk mendengar kisah kebenaran ini. Kalau ia seorang kanak -kanak bersalah pasti ada cara untuk membenterasnya kerna mereka berbeza dgn penjenayah dewasa..argh geram2..pasti ada pembalasan dari Tuhan yg Maha Adil..

Semoga keluarga mangsa tabah dan sabar, doa orang2 yg mengerti pasti bersama kalian.AL-FATIHAH kepada adik Aminulrasyid Amzah..

0 comments: