~Perkongsian email~

Assalamualaikum, tadi baru sahaja membaca email dari seorang sahabat di alam maya, beliau berkongsi sedikit pendapat mengenai pembesaran kanak - kanak dari segi fizikal dan mental.
maka marilah membaca ;)..tetiba je jatuh cinta sama Khalifah Institute, hurm bila agaknya boleh jadi part of them..

Arwah Prof Dr Muhammad Al Mahdi, pengasas Khalifah Institute, dalam ceramah beliau di sekolah Rendah Islam Adni beberapa tahun dulu sebelum kematiannya, menekan kepentingan konsep "I'm Khalifah of Allah" bagi menagani masalah keruntuhan akhlak remaja. Beliau yg berasal dari USA, a muslim convert, mempunyai 3 Phd, termasuk dalam child psychology dan nuclear science, memilih utk menetap di Malaysia dan menumpukan perhatiannya dalam bidang pembelajaran. Sayangnya beliau pergi dalam usia yg begitu muda akibat kanser.

Beliau menekankan bahawa dalam pembesaran kanak2, "Environment" merupakan satu element yg amat penting mempengaruhi minda mereka. Ciri2 dalam environment termasuklah rakan2 (top of the list), sekolah, TV/radio/gadget, Ibu bapa, guru/mentor dll. Correlationnya amat mudah. Jika negetif environment, maka negetiflah pembesaran mereka.

Cuba kita tengok environment kita sekarang:

1. -ve mentor dibesar2kan. Artis2 menjadi idola kanak2 skrg.
2. Hiburan hendonistic tanpa henti. Semua gadget yg ada (TV/Radio/HP/ Computer etc) lebih digunakan untuk berhibur.
3. Access kpd bahan2 -ve dan lucah terlampau mudah
4. Pengisian Rohani terlampau kurang. Lihat je silibus pengajian anak2 disekolah, terutama disekolah kebangsaan. Penekanan kpd perkara asas, seperti solat disekolah rendah hampir takda.
5. Ibubapa kurang memainkan peranan sebagai filter utk anak2.

Kalau kita perasan, keruntuhan moral kanak2 semakin teruk. Buang bayi, berzina (skrg ni bukan budak sekolah menegah je, sekolah rendah pun sama mcm article MannTrex dibawah), mencuri, dll. Tak perlu cerita panjang2.

Yang saya ingat pesan Dr Muhammad, kita perlu buat 2 perkara:

1) 75% masa anak2 dirumah. Ibubapa perlu mendisplinkan anak walaupun nampak keras. Kerana, menurut beliau, bila kanak2 melepasi umir 13 tahun, ianya menjadi amat sukar. Islam membenarkan ibubapa merotan anak jika perlu. Siapa anak2 kita berkawan perlu discrutini. Jangan dbiarkan keluar tak tentu sebab terutama pd waktu malam walaupun kekedai. Jangan digalakkan buka aurat walaupun budak2 sekolah rendah, ataupun budak lelaki nak pergi main bola. Control internet & TV.
2) 25% lagi disekolah. Ianya banyak bergantung pd guru2. Penerapan nilai2 islam dan positif amat perlu

Memang bukan mudah..macam David vs Goliath. Sukar tapi insyaallah boleh. Memang kena buat kalau taknak anak2 kita turut hanyut.

Waulahu' Aklam

2 comments:



aMeL said...

childrens do not hate to be taught.. they just shy~

aRiEzEtIqAz said...

ooicc...xtau plak