~SEMINAR:Khilafah Penyelamat Umat~

SEMINAR - Demokrasi di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat

Written by Administrator
Sunday, 12 July 2009 23:31

Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan Kerjasama Khilafah Centre dengan ini menganjurkan seminar Demokrasi di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat.

Seminar ini akan di adakan seperti butir- butir di bawah:
Tarikh : 26 Julai 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Dewan Cempaka, Tingkat 4, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi

Semua di Jemput Hadir, Masuk Adalah Percuma

Anjuran Bersama : Khilafah Centre & Hizbut Tahrir Malaysia

● Apakah Demokrasi sesuai dengan Islam kerana Islam seperti juga demokrasi menyeru kepada kebebasan, persamaan dan hak asasi manusia?
● Apakah Demokrasi sebenarnya milik umat Islam yang dicuri oleh Barat?
● Apakah Demokrasi hanyalah alat/cara untuk memilih pemimpin, justeru ia langsung tidak bertentangan dengan Islam?
● Benarkah Demokrasi itu sama sahaja dengan pilihanraya?
● Benarkah Demokrasi sama dengan syura di dalam Islam?
● Benarkah Demokrasi dapat mewujudkan kesejahteraan kepada manusia?
● Benarkah tidak ada dalil yang mengharamkan Demokrasi kerana Nabi SAW bersabda, "Apa yang didiamkan itu merupakan keringanan"?
● Bolehkah kaedah syarak "Ma la Yatimul Wajib Illa Bihi Fahuwa Wajib" menghalalkan demokrasi?
● Sampai bila umat Islam akan mengharapkan Demokrasi?
● Apakah tidak ada sistem lain yang lebih baik dari Demokrasi?
● Apakah perbezaan sistem Demokrasi dan Sistem Khilafah?
● Tidak yakinkah ada bahawa Khilafah akan kembali dan menjadi penyelamat umat?

Masih banyakkah persoalan tentang demokrasi dan Khilafah yang bermain di benak anda?

Anda dijemput datang beramai-ramai untuk memahami dengan tepat konsep demokrasi, pilihan raya, suara majoriti, syura dan penggubalan undang-undang dari perspektif yang sebenar. Luangkan masa untuk menghadiri seminar anjuran Hizbut Tahrir Malaysia berhubung isu ini yang bertemakan “Demokrasi Di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat.”

0 comments: